31 Dec 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

No comments:

Sedar tak sedar kita dah nak melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012.  Rasa sekejap je masa berlalu.  Makan, tidur, berak, makan, tidur, blogwalking.  Tup tup 2012 dah.  

Banyak sebenarnya perkara yang dah berlaku sepanjang tahun 2011 ni.  Kalau nak diceritak satu-satu mahu tahun 2013 pulak habis.  Erk, mungkin aku boleh buat ringkasan kot. Ok kita mula dari awal tahun 2011.  Bagi aku permulaan 2011 aku memang terbaik.  Dengan kewangan yang agak stabil, aku mudah berpoya-poya dan mengamalkan amalan syaitan iaitu membazir.  Astaga.

Masuk je pertengahan tahun, aku mula bertukar kerja.  Orang kata tukar angin.  Masuk je tempat baru ni, hish macam-macam perkara terjadi.  Masuk hospital lah, bos macam palat cirit or die la.  Kewangan pun terumbang ambing.  So aku membuat keputusan untuk mencari kerja lain.  Tapi aku punya pandai,  boleh pulak aku blah awal dari company tuh.  So ini menjadikan aku penganggur berjaya dan disegani selama 3 bulan lamanya.

Ya 3 bulan tu bukannya lama pun kan?. Memang la tak lama.  3 bulan je kan.  Tapi kalau kena macam yang aku kena ni baru padan.  Ya lah tiap-tiap bulan nak kena bayar itu bayar ini.  Paling kurang pun dalam poket kena ada dalam RM500++.  So nak taknak aku terpaksalah buat freelance.  Terpaksa bai, apa boleh buat.

Dah nak akhir tahun, dalam bulan 12 baru-baru ni.  Aku dapat tawaran kerja lain.  Bolehlahkan dari tak bekerja.

So dari ringkasan yang telah buat ni aku dapat rumuskan yang tahun 2011 adalah tahun agak kurang sedikit bagi aku.  InsyaAllah dan mudah-mudahan tahun 2012 dapat memberi aku lebih apa yang aku impikan. Amin.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan kepada semua.  Eh sebelum tu aku nak tanya apa azam tahun baru korang? Dah tanam azam korang tu dalam-dalam ke belum?.  Azam aku tahun 2012 nak operate muka aku jadi macam Harun Aziz (gabungan Harun Salim Bachik dengan Arron Aziz). Hik hik hik.

So di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua yang telah sampai kat blog aku ni semoga anda sukses selalu.  Amin!


30 Dec 2011

Aku Hangin Betul

2 comments:

Haha bagi sape yang layan Cerita Tentang Dhia mesti hangin tengok gambar ni wakaka.  Macam haram jad.  Aku hangin ni.  Kredit gambar ni dari Facebook.  Terima kasih owner gambar :)

29 Dec 2011

Ongbak Rindu di Terengganu

3 comments:

Gambar-gambar dibawah ni adalah gambar live dari Terengganu sewaktu berlaku nya kejadian Ombak Besar di sana.  Dasyat.  Tengok dari gambar-gambar kat atas tu je aku dah cuak apa ntah lagi mahu menonton beramai-ramai di tepian pantai.  Gambar-gambar ni aku dapat dari Facebook.  Kredit pada owner asal gambar ni.  Thanks :)






22 Dec 2011

Result PMR 2011 Hampeh?

No comments:

Haha ada aku kesah kalau result PMR korang hampeh?haha so by the way actually aku nak ucapkan selamat mengambil result PMR esok ke hari ni. Haha. Lupakan.  Aku result PMR 2011 ni takde kaitan pun dengan aku sebenarnya.  Saja je menyebok nak tulis entry pasal result PMR 2011 ni.  Saja nak provoke korang haha.

Cerita pasal result PMR, aku punya result pun tak lah sebagus mana pun tapi lepas la nak sambung ke Tingkatan 4.  For your information adik-adik abang, sesiapa yang tak pass PMR tak layak naik tingkatan 4 tau.  Ni apa yang cikgu aku pernah kata dulu la.  Aku just menyampaikan je. 

Cerita pasal result PMR, dulu mak bapak sebok or sebuk or sibuk la suruh anak-anak diorang belajar pandai-pandai score dalam PMR tu nanti dapat masuk MRSM lah, teknik lah.  Ok fine tu anak mereka lantaklah.  Bagi aku, PMR ni just satu orang kata batu loncatan je  nak tengok pencapaian selama korang belajar dulu sampai la Tingkatan 3.  Menaik ke menurun ke atau masih kekal.  Pernah dulu rasanya kecoh, ada orang sebut-sebut PMR ni akan dimansuhkan.  So entah sampai sekarang aku tengok ade je PMR.

So kalau korang dapat result yang hampeh atau lebih senang cerita macam celaka jangan risau.  Tu tak menandakan korang gagal seumur hidup.  Tak dapat masuk MRSM atau Sekolah Teknik, tak mengapa belajar dekat sekolah biasa pun ok what.  Sape kata tak cemerlang PMR tak boleh berjaya? boleh je. 

So akhir kata, majulah PMR untuk sekolah korang.  Ada satu tips untuk sesiapa yang nak amik result PMR esok.  Sebelum korang nak keluar tu, mintak restu salam cium tangan mak ayah.  Then doa banyak-banyak.  Ok goodluck semua!


21 Dec 2011

Wordless Wednesday #1

No comments:

Cun jugak awek yang pegang duit ni XD 

18 Dec 2011

Comic Fiesta 2011 Day 2

1 comment:

Macam semalam, pukul 8.00 pagi aku dah terpacak dekat Taman KLCC. Dan seperti biasa janji Melayu, kalau janji pukul 8.00 pagi mesti sampai pukul 8.30 pagi punyalah. Tapi tak semua Melayu macam tu. Seperti semalam juga, aku tengok hari ni start pukul 8.00 pagi lagi orang ramai dah beratur. Dafuq. 

Apa yang aku dengar pada hari pertama Management KLCC buat palat, diorang boleh tak kasi masuk sape yang dah beli tiket atau sesiapa yang keluar sebentar mencari surau. What the hell, siap tutup pintu. Hari kedua, tak banyak sangat aktiviti. Organiser pun jangka hari kedua tak ramai sangat. Tapi tu lah biasanya jangkaan tak selalunya tepat. Hehe. So kita layan gambar-gambar untuk hari kedua.























p/s : Tadi pun aku blah awal. Tengok macam dah boring xde aktiviti so blah ar.

Comic Fiesta 2011 Day 1

No comments:

Aku sampai awal dalam pukul 7.45 pagi aku dah terpacak dekat taman KLCC sambil menunggu kawan yang berjanji akan sampai sebelum pukul 8.00 pagi. Memang janji Melayu tak serupa bikin, tepat 8.01 pagi baru lah mamat ni memunculkan diri dengan gaya jalan yang agak nak mintak di maki. Huhu.

Sembang punya sembang tengok orang ramai dah mula beratur untuk membeli tiket seawal jam 8.30 pagi. Gilalah ramai siot, aku rasa ada dekat 100 meter orang beratur. Memang agak terkejut beruk sebab ni first time aku ke Comic Fiesta. Tak sangka pulak memang ramai orang datang.

Tak payah cerita panjang, korang tengok jelah gambar-gambar ni. Bak kata Yuna "setiap gambar ada lagu" tapi bagi aku "setiap gambar ada cerita". So biarkan gambar bercerita :)



















p/s : Sorry gambar tak banyak sebab aku blah awal. Kepala pening migrain sebab pack sangat-sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...