27 Dec 2012

Gambar Makanan Yang Sangat Menyelerakan (7 Gambar)

No comments:

Eksotik makanan ni. Aku rasa kalau kunyah tu mau macam makan keropok Mony bunyi dia haha.









Top 10 Blog Yang Paling Dicari Tahun 2012

No comments:

Berikut adalah senarai 10 blog yang paling dicari oleh penduduk Malaysia pada tahun 2012. Mengikut sumber dari Google.

1. Beautifulnara

2. Rotikaya

3. Oh Bulan

4. Papagomo

5. Blog Serius

6. Malaysia Chronicle

7. Paultan

8. Anak Sungai Derhaka

9. Kari Ngeri

10. Media Malaya

24 Dec 2012

Makanan Kegemaran RASULULAH S.A.W

No comments:


  1. Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  3. Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  4. Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
  7. Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” Wallahullam.

4 Nov 2012

Gambar Eksklusif Diana Danielle dan Farid Kamil (8 Gambar)

4 comments:










Kesemua gambar-gambar Farid Kami & Diana Danielle yang disiarkan adalah hakmilik Annas Easkey. Siapakah Annas EaskeyAnnas Easkey adalah seorang jurugambar professional yang pakar dalam bidang Fotografi Potrait. Juga seorang jurugambar fesyen di Malaysia.

Cantik bukan gambar-gambar yang diambil oleh Annas Easkey ni. Kalau anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau boleh melawat beliau di laman-laman berikut : 


By the way, aku nak ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai ni semoga bahagia hingga ke anak cucu. 

Komik Naruto, Bleach dan Lain-lain Adalah Lucah!

No comments:

MARAN - Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.


Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.

Perkara itu diakui seorang remaja berusia 14 tahun, Rizal (nama samaran) yang ketagih membaca komik berjudul popular dengan alih bahasa secara atas talian kerana mudah dilayari, selain mempunyai beberapa versi untuk golongan dewasa.

Walaupun sedar kecenderungannya terhadap komik lucah itu tidak baik, namun Rizal sukar meninggalkan tabiat tersebut.

“Dari kecil lagi saya suka baca komik kerana boleh mengurangkan kebosanan dan ada dialognya membuatkan kita ketawa sendirian. Sekarang dengan kemudahan internet di rumah, saya beralih membaca secara online (atas talian) dan tidak perlu lagi keluarkan belanja beli komik.

“Masa saya darjah lima ketika sedang melayari internet untuk mencari siri komik, secara tidak sengaja terpampang laman memaparkan siri komik popular, tetapi dialog berbeza dengan anime lucah,” katanya.

Rizal berkata, insiden tidak sengaja itu menarik perhatiannya untuk meneroka lebih banyak judul komik popular lucah seperti Naruto, Bleach, Dragon Ball, 3x3 Eyes, GTO dan sebagainya termasuk dialih ke bahasa Melayu.

Menurutnya, kepuasan berbuat demikian menyebabkan dia ketagih sehingga sering menghabiskan masa di hadapan komputer sepanjang malam di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Waktu siang, saya akan muat turun siri komik ini dan membacanya pada sebelah malam untuk mengelak disedari ahli keluarga lain.

“Abang saya sendiri banyak menyimpan koleksi komik lucah, tetapi dia tidak tahu saya selalu salin fail simpanan daripada komputernya. Tetapi saya tetap baca komik biasa kerana sudah minat, cuma membaca komik lucah secara online memberi satu kepuasan lain,” katanya.

Mudah diperoleh tanpa bayaran


Rakannya, Adnan, 16, berkata, alamat laman sesawang komik lucah seperti hentai juga jarang disekat dan tidak ‘berat’, maka mudah dilayari menggunakan aplikasi internet di telefon bimbit.

Katanya, pengendali laman tersebut menyediakan pelbagai koleksi komik dewasa tanpa bayaran dengan siri tertentu terutama komik dari Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Peminat sahaja akan tahu nilai kepuasan membaca komik walaupun secara atas talian.

“Pada usia kami, bahan lucah bukan lagi benda pelik kerana mudah diperoleh, selain mempunyai rakan ada tabiat sama,” katanya.

Adnan berkata, dia pernah kantoi dengan bapanya ketika sedang asyik membaca komik lucah kegemaran, One Piece dan G-taste menggunakan telefon bimbit di biliknya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan bapanya menarik balik pemberian telefon bimbit, namun dia tidak sama sekali mengurangkan tabiat negatif tersebut.

“Saya dipukul dengan tali pinggang walaupun beri alasan tidak sengaja terjumpa gambar kartun lucah itu, tetapi bapa tidak percaya.

“Komik di internet memang banyak, tapi lama-lama bosan juga. Akhirnya saya cuma layan tengok gambar kartun sahaja. Selain anime seks, dialog komik pun lucu dan boleh dijadikan bahan bualan dengan kawan-kawan ketika melepak,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Komen Aku


Hahaha aku tak tau pulak yang komik Naruto, Bleach dan lain-lain tu komik lucah. Kartun Naruto yang disiarkan dekat TV3 tu asal tak diharamkan? kalau komik dah lucah apakan lagi ceritanya.

Astro Yang Typo!

1 comment:

Setiap manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga pihak Astro bila mana aku dapat detect kesalah typo yang dilakukan oleh pihak mereka. Tak tahu pulak yang jantina asal si Taukeh Raja Lawak ni perempuan asalnya. Haha.




















Baru aku tau nama sebenar Taukeh iaitu Zamatul Amri Zakaria. Hehe. Kalau nak maklumat mengenai Maharaja Lawak Mega 2012 seperti barisan pelawak, galeri gambar dan lain-lain lagi bolehlah ke laman web Astro Gempak atau pun klik link di bawah.

3 Nov 2012

Jom NuffnangX

No comments:

Baru sekarang aku nak update pasal NuffnangX ni. Padahal dekat luar tu ramai blogger-blogger yang dah pakai NuffnangX ni. Betul tak? Aku pun sebenarnya baru 6 minggu lepas kot baru tau pasal NuffnangX ni.


NuffnangX ni apa?


NuffnangX adalah sebuah aplikasi yang direka khas untuk memudahkan para-para pembaca mahupun para blogger untuk mengikuti perkembangan blog-blog yang mereka minati melalui smartphone. Ala macam Facebook dan Twitter jugak korang boleh follow profile orang tu then stalk mereka. Faham tak? kalau tak faham boleh tengok video dekat bawah ni.


Macam mana nak pakai?


NuffnangX ni dicipta untuk pengguna-pengguna smartphone Android dan Apple. Untuk memuaturun aplikasi ini korang terlebih dahulu perlulah ke laman Google Play bagi pengguna Android manakala bagi pengguna gajet Apple pula bolehlah ke muaturun menggunakan AppStore.

Menarik tak?


Menarik, bayangkan korang dapat baca blog-blog yang korang minat dimana saja. Jika korang berminat nak gunakan NuffnangX ni dan ingin tahu dengan lebih lanjut serta cara-cara menggunakannya sila klik sini.

Nota Kaki : Kalau korang dah create NuffnangX jangan lupa add aku! terima kasih.


25 Oct 2012

Ulasan Sony Xperia Sola

1 comment:

Siapa dekat sini pakai telefon pintar Sony Xperia Sola? sila angkat tangan sambil korek hidung! Haha.

Ok kali ni aku nak buat review sikit tentang Sony Xperia Sola ni. Untuk pengetahuan korang aku mula pakai Xperia Sola ni pada 25 September yang lepas. Jadi sekarang ni dah dekat sebulan aku pakai.


PENGENALAN

Xperia Sola membawakan skrin bersaiz 3.7-inci dengan ketumpatan skrin sehingga 265PPI. Skrinnya turut didatangkan dengan Sony Mobile BRAVIA Engine. Ia turut didatangkan ruangan storan terbina sebanyak 8GB dan juga 512MB RAM. Cip pemprosesan yang digunakan pula adalah cip dwi-teras 1GHz Cortex A-9. Xperia Sola hanya membawakan kamera pada bahagian belakang, iaitu kamera 5-megapixel dengan sokongan autofokus, dan rakaman video 720p pada kadar 30FPS. - Sumber

APA YANG BEST
  • Xperia Sola didatangkan dengan teknologi "Floating Touch"
  • Skrin Xperia Sola memang amat cantik sebab ianya menggunakan enjin Sony Mobile BRAVIA
  • Rekabentuk yang agak nipis
  • Mempunyai memori dalaman sebanyak 8gb.
  • Interface yang memang cantik bagi aku. 


APA YANG TAK BEST
  • Walaupun kelajuan cip pemprosesannya adalah Dual Core 1Ghz bagi aku masih ada sedikit lag
  • Tak ada kamera hadapan. Jadi macamana nak 3G call?

PENDAPAT PERIBADI

Bagi aku overall Xperia Sola adalah terbaik bagi pengguna telefon pintar yang biasa-biasa. Dari segi screen, camera, kelajuan telefon memang aku puas hati. Tapi kalau korang kaki gaming, aku suggest angkat Sony Xperia Play ataupun Play Station 3. Hehe.

Bagi pengguna Xperia Sola yang dah update kepada ICS, mesti korang perasan kan ada fungi Glove Touch. Hebat kan?


Untuk pengguna Xperia Sola, Xperia Go dan Xperia U korang dah boleh update ke Ice Cream Sandwich. 

Gempar! Peragut Mati Disembelih

2 comments:

PONTIAN - 26/10/12, Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kayu Ara Pasong. Menurut saksi, Haji Manan Abd Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tetapi sempat dihalang oleh jirannya. 


Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu. Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini, kaki-kaki peragut itu diikat. 

Dengan takbir yang bergema, beliau telah menyembelih peragut-peragut tersebut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk Hari Raya Aidil Adha.

Kui kui kui

Kui Kui Kui...jangan marah ha. Apa-apa pun aku nak ucapkan Salam Aidil Adha 1433H kepada semua muslimin dan muslimat. 

Bagi yang pulang ke kampung halaman, pandu kereta tu perlahan-perlahan. Pandu cermat, jiwa selamat. Terima kasih.

22 Oct 2012

Sebab Rakyat Malaysia Kedekut "Signal"

No comments:

Banyak sebenarnya sebab-sebab kenapa sesegelintir rakyat Malaysia ni kedekut dan malas nak bagi lampu signal kereta mahupun motor.


Korang mesti biasakan waktu tengah drive, tetiba je kereta depan belok masuk simpang tanpa bagi signal. Memang sakit hati. Dalam hati konpem sumpah seranah punya. 

Jom tengok sebab apa rakyat Malaysia ni sayang sangat nak bagi signal lagi-lagi waktu nak masuk simpang.
  1. Takut kalau-kalau bateri kereta mereka habis dengan cepat - Bang, kereta lu pakai bateri apa? Everyday Double A eh?
  2. Kalau bagi signal, nanti dia kena bayar RM 10.00 satu kali signal - Meh sini aku cabutkan signal kereta kau tu. Pasni takde la secara tak sengaja terbagi signal kan. Nanti kau kena bayar pulak.
  3. Dulu, waktu kelas memandu cikgu dia tak ajar cara-cara nak bagi signal - Mana taknya, cikgu duk usha awek-awek dalam kelas sampai lupa nak sentuh topik cara memberi lampu signal dengan betul.
  4. Mak dia pesan, nanti kalau bawak kereta atau motor ke bawak je macam kau sorang je dekat jalan raya tu - Mak kau dengan kau dua kali lima. Esok ko baringlah atas jalanraya tu. Kata kau sorang je kan dekat jalanraya tu.
  5. Kerajaan tak wujudkan papan tanda suruh bagi signal kalau nak masuk simpang atau ubah laluan so buat apa nak susah-susahkan diri bagi signal - Apa kejadah entah. Haha.

Bai, kalau betul la ni sebab-sebabnya kenapa kebanyakkannya rakyat Malaysia malas bagi signal aku rasa dekat jalanraya tu mahu setiap minit akan berlakunya kemalangan.

Jadi jangan pentingkan diri sendiri. Cuba kalau orang lain buat dekat kau mesti kau marahkan. Kalau orang hon kau, tau pulak nak melenting. Korang jangan terasa pulak kalau sebab-sebab yang dinyatakan dekat atas tu ada terkena dekat korang pulak. Ampun maaf dipinta ok.

Pandu selamat, jiwa selamat. Majulah sukan untuk negara. Terima kasih.

3 Oct 2012

Apa Kaitan Antara Izara Aishah Dengan Jet Lee?

2 comments:


Aku tak paham sebenarnya apa kaitan Izara Aishah dengan Jet Lee? Nak tau? jom tengok video dekat bawah ni. Video yang bertajuk "Kehebatan Jet Lee Menepuk Lalat Sehingga Menjadi Kerepek Tempe" ni memaparkan Izara Aishah menari Tango. Tajuk sebenar video ini adalah "Cell Block Tango Girls".

Izara Aishah membuat persembahan tersebut sewaktu masih lagi menuntut di Sunway College. Tak hairanlah sebab si Izara Aishah ni memang minat menari. Sekarang ni pun Izara Aishah masih menangguhkan pengajian dia sebab nak tumpukan pada kerjaya lakonan.


Seksikan? hehe by the way. Video yang bertajuk "Cell Block Tango Girls" telah pun didelete oleh orang yang menguploadnya. Tetapi entah malaun mana entah upload video yang sama tetapi dengan tajuk yang berlainan. Aduii..

Nota Kaki : Tak sabar nak tengok filem "Balun" lakonan Izara Aishah dan Beto Kusyairy yang diarahkan oleh Bob Singah

30 Sept 2012

Burger Panggang Station, Kampung Baru

1 comment:

Burger Panggang Station atau dikenali sebagai Pileh Grilled Patty terletak di dalam Restoran Selera Putih di Kampung Baru. Beroperasi di dalam Restoran Selera Putih dan waktu beroperasi bermula dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 12.00 pagi setiap hari.


Apa yang istimewa di Burger Panggang Station Kampung Baru ni? kalau korang nak tahu dekat sini korang boleh merekabentuk burger korang sendiri mengikut cita rasa masing-masing. Korang boleh buat pilihan  seperti patty, sos, topping dan juga keju.

Nak tahu lebih lanjut boleh ke laman Facebook mereka - Facebook Burger Panggang Station


Alamat :

Restoran Selera Puteh.
Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur.


GPS Koordinat :

3.160784
101.702402

Ulasan

Baru semalam kami makan di Burger Panggang Station. Lokasinya mudah dicari betul-betul terletak di tepi jalan besar berdekatan dengan Menara DBKL (Kampong Bharu), Universiti Kuala Lumpur, Menara Bank Pembangunan, Kelab Sultan Sulaiman.

Suasana di dalam Restoran Selera Putih amat selesa, bersih dan memang sesuai untuk tempat melepak bersama kawan-kawan mahupun dengan keluarga.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang best sangat Burger Panggang Station ni? bagi aku dekat Burger Panggang Station ni mereka ada menawarkan sos seperti sos cili padi, sos lada hitam dan lain-lain lagi. Pernah tak korang makan burger dengan sos cili padi? tak pernah? silalah datang cuba.

Selain itu, mereka ada juga menawarkan pilihan keju yang pelbagai seperti mozzarella cheese, american cheese, cheddar cheese, edam cheese dan nachos cheese.

Agak mengecewakan kerana disana mereka hanya menjual air seperti air kopi, teh, milo dan juga air tin. Mungkin masa akan datang mereka akan mempelbagaikan lagi. Kami juga rasa yang servis di sana agak lewat sedikit, mungkin sebab mereka perlu ambil masa yang lama untuk memanaskan dapur dan juga untuk memasak patty.

Rating

3.5/5 bintang



27 Sept 2012

Bagaimana Memuaskan Wanita Setiap Masa?

1 comment:

Pergh tajuk dia, agak 18sx kan. Weh sebenarnya ni bukanlah entry lucah. Cuba korang baca petikan dalam gambar dekat bawah ni. Betul ke macam ni cara dia untuk memuaskan wanita? Kalau lelaki pulak?hehe


Bila tengok pada gambar diatas ni, banyak cara yang boleh dibuat untuk memuaskan hati para wanita. Kalau lelaki pulak? haha renung-renungkan dan selamat beramal.

23 Sept 2012

Membeli Belah di IPmart.com

10 comments:

Pernah membeli belah di IPmart.com? tak pernah? pernah dengar IPmart.com? tak pernah juga? Baiklah kali ni aku akan kongsikan dengan korang pengalaman aku membeli belah secara online di laman web IPmart.com ini.

Bagi yang tak tahu, tak pernah dengar dan taknak ambil tahu, IPmart.com ni serupa je macam Lazada yang menawarkan pembelian barangan secara online atau atas talian. Cuma IPmart.com ini menawarkan barang-barang seperti telefon pintar atau telefon pintar, tablets, laptop, PC, aksesori telefon dan pelbagai lagi. IPmart.com mungkin tak ramai yang tahu sebab mereka tidak mempromosikan jenama mereka seperti Lazada dimana iklan Lazada ada dimana-mana.

IPmart.com adalah 100% berbeza dengan Lazada, di IPmart.com barangan yang anda tempah serta sudah membuat bayaran, barangan anda akan dihantar dalam masa 1 hingga 4 hari selepas pengesahan terhadap tempahan anda dibuat. Berbeza pula dengan Lazada yang mengambil masa dari 4 hingga 7 hari masa bekerja bergantung kepada produk yang ditempah.


Yang bestnya, IPmart.com juga menawarkan penghantaran secara COD iaitu "Cash on delivery" dimana anda perlu membayar apabila barang telah tiba. Setakat ini ianya terhad pada sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

Harga yang ditawarkan di pula adalah murah sedikit daripada harga yang ditawarkan di Lazada. Setakat ini, aku belum lagi dengar tentang aduan yang dibuat terhadap IPmart.com. Cukup dengan pengenalan IPmart.com ni. Jom aku kongsikan sedikit pengalaman sewaktu membeli belah di IPmart.com ni.

19 September 2012

Setelah puas membuat kajian, ujian dan lain-lain lagi aku membuat keputusan untuk membeli sebuah telefon pintar yang baru di laman web IPmart.com. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari Lazada.

20 September 2012

Aku menerima panggilan dari Customer Service IPmart.com untuk pengesahan produk yang aku beli dari mereka. Boleh dikatakan Customer Service yang menelefon aku tu mesra. Dengan bagi salam dan cara dia bercakap dah macam kami ni kenal dekat 5 tahun. Cewahh.

Customer Service IPmart.com berjanji, bahawa kurier mereka akan menghantar barang yang aku tempah tu pada keesokkanya.

21 September 2012

Barang telah tiba pada tangan aku tepat pukul 12.30 tengahari. Dikurier kan oleh syarikat Ta Q Bin. Barang dibungkus dengan baik.

Packaging yang diterima dari IPmart
Barangan yang diorder
Kesimpulannya, pengalaman aku membeli belah di IPmart.com ni adalah memuaskan. Dengan penghantaran yang mengambil masa yang singkat, harga murah sedikit dan juga Customer Service yang agak mesra dan bagus.

Korang bolehlah lawati IPmart.com dengan klik pada link ini - IPmart.com

14 Sept 2012

Nora Danish Kena Sore Eyes?

2 comments:

Haha video dah lama sebenarnya. Saja nak share dengan korang bertapa comel, cute, cantik sangat-sangat si Nora Danish ni.


Jom tengok video parody "Sore Eyes 5 Day MC" oleh Nora Danish dan Adi Putra.

22 Aug 2012

Bersedih-sedih Di Hari Raya

1 comment:

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk Raya keempat. So macamana raya korang? terbaik ke terboeekk? haha. Berapa banyak dapat duit raya? ke berapa banyak dah perhabis untuk duit raya? haha.

Gelak-gelak jugak. Tatkala aku mengarang entri ini aku sebenarnya sedang bersedih-sedih di hari raya yang mulia ini. Kenapa? ye la orang lain sibuk bercuti raya aku pulak sibuk bekerja. Duduk sorang-sorang dekat pejabat ni sambil dengar lagu raya. Lepastu makan kuih raya. Sedih.


By the way, sebenarnya ramai yang dah mula bekerja hari ini. Walaupun jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni belum lagi sesak tapi aku tau ramai dah yang mula bekerja. Yang mula bekerja semalam pun ada jugak.

Di radio-radio dan surat khabar menyatakan bahawa jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur sudah mula sesak. Jadi pandu hati-hati. Biar lambat sampai asalkan selamat.

Sumber : Kosmo Ahad tahun lepas

Nota kaki : Setakat ni duit raya yang berjaya dikumpul adalah dalam RM35. Lepas la buat beli boxer 2 helai.

19 Aug 2012

Kesalahan Berhari Raya

1 comment:

Dalam kita menyambut Hari Raya jangan dilupa ada juga kesalahan-kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Jom tazkirah.

1. Bermegah-megah dengan perhiasan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

3. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

4. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zohor.

5. Minta maaf bermusim : hanya pada hari raya sahaja.

6. Bersalaman antara lelaki dan wanita (ajnabi @ bukan mahram).

7. Makan berlebihan.

8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.... Kredit kepada : Akuameer


18 Aug 2012

Aku Fobia Bila Tiba Hari Raya

No comments:

Aku sekarang ni jadi fobia bila tibanya Hari Raya. Bukan sebab fobia kemalangan jalan raya di hari raya ke. Bukan-bukan. Takde kaitan pun.

Ingat lagi raya tahun lepas. Aku telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas yang amat sangat. Dekat seminggu tak kebah-kebah. Bila check dekat Hospital, doktor syak aku kena demam denggi. What the what, demam denggi? tak mungkin. Jadi duduklah aku selama seminggu di hospital.

Badan aku penuh dengan wayar-wayar ape entah. Dengan tangan habis lebam-lebam sebab kena cucuk nak ambil darah katanya. Sakit bai. Dahlah aku fobia jugak dengan jarum. Huhu.

Last day, waktu nak discharge tu baru la doktor tu beritahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya tekanan darah aku tinggi. Doktor dah suspek aku memang ada penyakit Darah Tinggi. Dah lah keturunan aku memang ada penyakit Darah Tinggi ni. Aku jadi risau. Takpelah redha je. Then doktor pesan jaga makan.

Memang pun sebelum raya dan hari raya tahun lepas memang aku tak jaga makan. Aku bantai makan rendang daging dekat semangkuk jugak lah. Haha. Last-last darah naik. Amek kau.

So guys, cuma nak pesan raya ni nanti jagalah makan dan minum. Kurangkan makan makanan yang berkolestrol dan kurangkan minum minuman yang manis-manis. Ingatlah orang yang tersayang.


Nota kaki : Raya ni aku tak tau nak makan ape. Makan nasi himpit dengan kuah kacang je la gamaknya.

17 Aug 2012

Nak Raya Dah Oi!!

1 comment:

Pejam celik pejam celik. Tup tup dah nak raya. Rasa macam sekejap je. Mana yang puasa penuh ni semuanya excited nak beraya. Sibuk buat persiapan bagai. Tapi macamana pulak dengan yang tak berpuasa penuh ni? haha.

Lama jugak aku tak update blog ni. Mungkin aku sibuk beribadat kot. Hehe. Bila bukak je blogger ni tengok ada dekat 11 entry berstatus Draft yang masih aku belum publish. Banyak bai. Aduu rasa rugi pulak kalau nak diabaikan begitu saja.

e-Kad Raya

Macamana dengan persiapan raya korang tahun ni? Baju raya berapa pasang. Kasut raya, kuih raya, langsir raya semua dah ready ke? Aku pulak macam tahun-tahun sebelum ni. Beraya dengan apa yang ada. Bukan kedekut cuma berjimat. Baju melayu 4 tahun lepas pun masih boleh pakai lagi.

Jadi sebelum aku bercuti dari dunia blogging ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Terimalah e-Kad Raya yang tak seberapa dari aku dekat atas tu.

Nota Kaki : Tahun ni raya macam kurang sedikit sebab aku nak kena bagi duit raya dekat anak-anak buah.

22 Jul 2012

Kenangan Berpuasa Part 1

6 comments:

Agak-agak valid lagi tak kalau aku baru nak ucap Selamat Berpuasa? hehe. Ala rilek ar geng baru 2 hari kot puasa. Amacam? ok tak haha. Jangan ada yang pagi-pagi buka periuk nasi, goreng telur mata makan dengan kicap. Opss macam biasa buat pulak aku hehe.

Nak cerita dekat korang sikit kenangan aku waktu dulu-dulu semasa di bulan Ramadhan. Ada kenangan pahit ada juga kenangan manis.

Tiap-tiap nak masuk bulan puasa atau ramadhan biasa kanak-kanak ni gembira diorang lain macam sikit. Gembira diorang ni bukan main pelik lagi. Yalah mana tak nya gembira nak dapat duit raya waktu hari raya nanti dengan kegembiraan untuk bermain mercun bersama rakan-rakan. Aku dulu-dulu waktu kecil pun sama jugak.

Nak diceritakan waktu tu umur aku baru 7 ke 8 tahun entah. Ada satu malam tu aku beritahu mak aku, aku nak ke masjid pergi solat terawih. Padahal nak pergi main mercun atas bukit sebelah masjid. Hehe. Orang lain sibuk berterawih, aku dengan geng-geng sibuk duduk cucuh mercun thunderclap, mercun mancis la dan macam-macam lagi. Pernah satu kali tu pak imam sound kitorang pakai speaker dekat masjid tu je. Haha. Kenangan-kenangan.

Mercun Mancis - Kredit :  http://zulfikarhazri.blogspot.com

Banyak lagi kenangan aku sebenarnya, nanti-nantilah bila aku rajin sikit aku kongsikan lagi. By the way dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam semoga puasa dan ibadah anda diterima oleh Nya. Amin. Doa ni bukan takat wish je.

p/s : Hari ini mak aku masak Nasi Ayam weh. Bau ayam dia je dah menusuk sampai lubang hidung plus lubang telinga. Dugaan dugaan.

5 Jul 2012

Jualan Sempena Ramadhan dari Carlsberg

2 comments:


Apa kes ni? siapa yang patut dipersalahkan? "Carlsberg Green Label Can - Ramadhan Sale". Gambar ni diambil di sebuah pasaraya di Sri Petaling. Ini macam dah mencabar kredibiliti Umat Islam. Macam mempersendakan bulan Ramadhan.

4 Jul 2012

Abraham Lincoln: Vampire Hunter - Tak Rugi Tengok

No comments:


Sipnosis

Filem ini mengisahkan tentang Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 berjuang membunuh Pontianak. Kisah bermula apabila Ibu kepada Abraham Lincoln ini dibunuh oleh Pontianak. Ini menyebabkan Abraham Lincoln menyimpan angan-angan untuk membalas dendam ke atas kematian ibunya.

Henry Sturgess, seorang pemuda yang telah menolong dan melatih Abraham Lincoln untuk menjadi seorang pembunuh Pontianak yang hebat. Kewujudan Pontianak tidak pernah berhenti ini menyebabkan Abraham Lincoln mengambil keputusan untuk berhenti membunuh mereka lalu menyambung hasratnya untuk menjadi seorang peguam dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 16 yang berjuang untuk menghapuskan penghambaan.

Ulasan

Filem ini telah diadaptasikan dari novel karangan Seth Grahame-Smith. Filem ini diarahkan oleh Timur Bekmambetov yang juga pengarah bagi filem Wanted, Night Watch, Day Watch dan banyak lagi. Filem ini bagi aku biasa-biasa saja. Nak kata teruja sangat tak jugak. Bagi sesiapa yang menggemari filem-filem yang berunsurkan aksi memang diwajibkan tonton filem ini.

Pada pandangan aku, plot filem ni tak membosankan. Ada konflik dan macam-macam lagi. Penuh dengan aksi lawan, aksi grafik yang memang awesome. Berbaloi jugak la kalau korang pergi tengok dekat wayang. Cerita ni agak best jugak sebab ada Mary Elizabeth Winstead yang comel dan cantik.

Rating 4 / 5 bintang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...