30 Jan 2012

Nak Dijadikan Cerita #4 - Tagged & Jagung

No comments:

Nak dijadikan cerita, eh jap korang tau tak Tagged tu ape? kalau tak tau korang "Google" dulu.  Kalau dah tau teruskan sambung membaca.  Malam kelmarin, aku dengan sepupu aku Jenol online sama-sama.  Niat nak bantu si Jenol ni buat surat permohonan kerja.  Alih-alih terbuka Facebook pastu melaratlah ke Tagged.

Semasa aku nak login Tagged sempatlah jugak aku terangkan apa yang best dan apa yang tak best pasal Tagged ni.  Maklumlah sepupu aku ni buta IT.  Ha ha ha.  Harap dia tak baca blog aku ni.

Sedang kami godek-godek Tagged, aku pun klik bahagian "Match".  "Match" ni aku tak tau apa fungsi dia.  Yang aku tau cuma klik YES atau NO.  Kalau awek cun, aku klik YES la.  Kalau tak cun aku klik pangkah, shutdown laptop pergi tidur.

Tengah sedap klik YES aku pun sembanglah dengan sepupu aku.

"Nol, ko tengok awek ni comel doh!" ujar aku sambil menggosok mata yang mengantuk.

"Mana-mana? comel sangat ke?" Jenol membalas dengan pantas.

"Ni ha, muka comel gila.  Jom tengok picture dia." aku berseronoh.

"Haha ni muka macam jagung, comel pebenda nya. Hahaha" Jenol berkata-kata dengan gaya bersahaja sambil di sambut dengan gelak ketawa kami berdua.

Cilaka punya Jenol.  Aku tak tahu pulak, ada orang muka macam jagung.  Jenol..Jenol.  Dah kau pergi tidur la Jenol.  Ha ha ha.

~Tamat~

29 Jan 2012

Apple Crumble Punya Pasal!

2 comments:

Hari ni hari ahad, sebab kan aku malas nak menaip so apa kata korang layan gambar-gambar pencuci mulut Apple Crumble.  Bagi sesiapa yang tak tau Apple Crumble ni sila "Google" ok.  Kalau korang tak pernah makan dan nak cuba buat atau masak ke sila "Google" jugak.  So senang cita "Google" dihujung jari hahaha.

Kalau korang nak tau jugak, Apple Crumble ni akan bertambah sedap jika dimakan dengan aiskrim vanilla.  Nyum Nyum.  Tapi awas kalau lepas korang tengok gambar-gambar Apple Crumble ni then mengidam macam aku jugak.  So sorry ok!.  Hahaha. 

Credit to : http://jalphonsa.blogspot.com
Credit to : http://www.haveyoueaten.net
Credit to : http://thepipedreamdaily.wordpress.com
Credit to : http://pincurlmag.com

Nak Dijadikan Cerita #3 - Order Air

1 comment:

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku ke Lowyat Plaza bersama member untuk membeli pendrive.  Puas shopping, cuci mata, buang duit apa semua kami pun mulai berasa laparnya pun.

Apa lagi terus la turun tingkat bawah dengan niat nak makan.  Jadi kami pun menuju ke foodcourt.  Aku rasa ada la dalam 4 ke 5 kedai yang bukak.  Tanpa buang masa aku ke kedai menjual makanan Sizzling dan aku order makanan lah.  Takkan nak order air pulak.

Dah order makanan pastu kami ke kedai jual air.  Tengok takda pilihan hanya satu kedai je yang bukak.  Kami pun menuju ke kedai air tersebut yang tukang amik order dia seorang Bangla.

"Bos I nak order....." aku memulakan bicara sambil mata melihat buku menu.

"Bos, ini air perisa Coklat takda ke?" member aku Salahuddin mencelah.

"Ini perisa Yam ini macam mana? sedap ke?" aku mengajukan soalan cerdik pandai.

"Aaa..ini perisa Yam sedap jugak la. Dia ada bubuh susu sama gula" jawab si Bangla tadi dengan gagapnya.

"Ooo..ini Yam apa ya? I tak tau lah" aku macam biasa, soalan celaka mesti ada.

"Aaa.Yam ini macam air. Dia ada susu, bubuh gula manis-manis sikit" ujar si Bangla tersebut.

"You mau ini satu ke?" tanya si Bangla tersebut sambil tangan menulis order.

"Eh tak lah..I nak order Air Soya je.  Air Soya satu!" aku membalas.

Habis je order, aku dengan Salahuddin berambus ke meja makan.  Ha ha ha.

~Tamat~

26 Jan 2012

Nak Dijadikan Cerita #2 - Raya Cina

No comments:

Nak dijadikan cerita, cuti Tahun Baru Cina yang lepas selama 4 hari aku manfaatkan dengan merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur.  Singgah sebentar di Bukit Bintang untuk meronda di Sg Wang Plaza dengan tujuan mencuci mata yang agak layu ini.

Sambil berjalan dengan gaya Malik, aku terpandang seorang lelaki berbangsa Cina yang tengah duduk di kioks menjual jam tangan dengan muka agak ketat.

Aku nak juga tahu kenapa muka dia ketat.  Datang bulan ke?tapi dia lelaki.  Aku pun menghampiri dia dan memulakan perbualan.

"Bos, ini jam berapa harga?" aku memulakan bicara.

"25" dia membalas.

"Eh you ni mau meniaga ke tidak? muka masam saja apa cerita? eh Bos, you tak raya ke? tak balik kampung ke? Mesti mak you suprise punya kalau you balik nantinya pun" ujar aku sambil membuat nada Eric Leong.

Aku dengan langkah selaju halilintar cabut menuju ke tangga eskalator. Ha ha ha.

~Tamat~

Segmen "Ya, saya kecewa!" by Wafa Awla

2 comments:


Yeah, kali ni aku nak join satu segmen yang  telah dianjurkan oleh Cik Wafa Awla.  Ni aku rasa 1st time aku join segmen untuk blog bebeldotsorang ni.  Kalau dekat blog lama dah dekat berpuluh-puluh.  Ecece tipu je.  Anyway aku rasa terharu sebab telah diinvite oleh Cik Wafa Awla untuk join segmen dia.  Dia "PM" I kat Facebook ok!.  Hahaha.  Apa kata korang terjah blog Cik Wafa Awla ni dengan klik gambarajah dibawah!.


Nak diceritakan tentang kekecewaan.  Banyak sebenarnya kekecewaan yang pernah aku alami.  Antaranya kucing hilang, handphone jatuh longkang, komputer rosak dan macam-macam lagi.

Untuk Segmen "Ya, Saya Kecewa!" anjuran Cik Wafa Awla ni aku nak berkongsi kekecewaan aku dengan korang semua tentang sikap aku yang suka buat kerja di saat-saat akhir.  Ya aku kecewa dengan sikap sendiri.

Cuba korang bayangkan, esok pagi aku nak kena present kerja dekat bos aku.  Pukul 11 malam aku boleh lagi main Facebook, tengok movie, melepak dan lain-lain.  Pastu tengok jam eh dah pukul 1 pagi, time tu la baru nak mengelabah.  Time tu la baru nak buat kerja.  Siang-siang taknak buat.

Ada satu kes, zaman belajar dulu.  Esok ni ada ujian, orang lain sibuk study la, buat nota ringkas, berhempas pulas la senang cerita.  Tapi aku, rilek je tengok movie.  Pastu tidur.  Sok time nak ambil ujian baru la sibuk nak pinjam nota orang.  Hahaha.  Kenangan tu beb.

So aku nak nasihatkan pada para remaja diluar sana.  Kalau korang mak orang pun tak kisah lah.  Aku nak nasihatkan supaya jangan ikut perangai syaiton nirojim aku nih.  Membahayakan diri.  Kalau boleh korang terapkan peribahasa "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dalam diri korang dan bukan "Bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian!".  Ok, terima kasih.

25 Jan 2012

Nak Dijadikan Cerita #1 - Barang Free

No comments:

Nak dijadikan cerita, semalam aku dengan member aku lepak dekat Lowyat Plaza.  Disebabkan kami baru habis tawaf satu Bukit Bintang jadi kami pun bercadang untuk berhenti merehatkan kaki sebentar.  Sedang duduk melepak datang seorang gadis berbangsa cina.  Muka agak comel tapi aku rasa aku lagi comel. Dia pun menegur kami.

"Hi bang, dekat saya ni ada satu kad mata ganjaran.  Saya nak bagi dekat abang berdua tanpa perlu bayar apa-apa. Percuma je. Nak tak?"

Aku memandang muka gadis ni, wah kau ni biar betul.  Nak berak pun kena bayar 20sen.  Mana ada benda percuma lagi dah dalam dunia ni.  Aku pun seraya memandang kembali ke arah kawan aku.  Dia, aku tengok diam seribu kali sayang eh seribu bahasa.  Mungkin dia teruja, terkejut atau terpikat dengan gadis berbangsa cina ini.

Tiba-tiba terpetik idea untuk aku mengenakan si gadis ini.

"Maaf ya, kami ngak berminat.  Kami dari Indonesia datang melancong saja.  Permisi pak!" ujar aku dalam loghat Indonesia.

Tanpa membuang masa aku terus mengajak member aku berambus. Ha ha ha.

~Tamat~

24 Jan 2012

D-Link DWM-156 3.75G HSUPA USB ADAPTER

4 comments:

Ok bertemu kita lagi dalam rancangan Santai Pagi Petang Siang Malam bersama Abang A. Adli.  Ok tipu je, tu cuma selingan saja nak bagi panjang intro.  Lagipun aku ni bukanlah Keyboard Warrior atau pun Panglima Puiii nak bermadah berhelah panjang-panjang.  Takda idea beb.

Kali ni aku cerita, bukan cerita kot.  Maybe nak story, tak juga mungkin tutorial ringkas? erm atau product intro kot.  Takpelah korang bacalah sampai habis.

Pada entry yang lepas, entry SOPA, PIPA dan Mr. Soparuddin.  Aku ada cerita yang aku ada beli Dlink DWM-156 3.75G HSUPA USB ADAPTER.  Apa tu? ala broadband la yang macam korang pakai tu Broadband Celcom atau Maxis tapi yang ni jenama D-Link.  Kali ni aku nak intro sikit apa yang best dan apa yang tak best pasal menatang ni.


Apa Yang Best?
  • -  Harga berpatutan.  Boleh dapat dalam RM100++.
  • -  Comel....do, macam Boboiyot....do
  • -  So far senang untuk guna.  User friendly la senang citer.
  • -  Support semua sim card dan boleh cucuk Micro SD juga.

Apa Yang Tak Best?
  1. -  Duit aku terbang dalam RM100~.
  2. -  Aku just nak pakai broadband ni seminggu je. Pas Unifi aku ok, aku jual atau frame kan.


Gambarajah dekat atas ni user interface dia.  Aku rasa lagi cantik dari Maxis atau Celcom Broadband punya interface. 

Apa yang aku nak share pada korang.  Pada sesiapa yang nak pakai internet dalam jangka masa yang singkat maybe 1 minggu atau 1 bulan pastu taknak pakai dah korang disarankan untuk beli benda ni dan jangan lupa untuk subscribe sim anda dengan service BROADBAND WEEKLY OR DAILY.  

Memang berbaloi la wa cakap sama lu.  Cuba bayangkan kalau korang subscribe Celcom or Maxis Broadband then tak sampai sebulan taknak pakai dah.  Pastu kalau nak unsubscribe kena denda kan rugi tuh.  Ok terima kasih kerana sudi membaca.

23 Jan 2012

Lawak Politik Malaysia

No comments:

Sorry la aku bukan taik Pembangkang. Aku juga bukan Panglima-Panglima Puii. Aku punya hak untuk memilih yang benar. Jom baca lawak selingan dekat bawah ni. Aku copy lawak ni dari Facebook. Terima kasih pada tuan empunya lawak dan pesanan pada para pembaca. Aku bukan lah kaki Politik dan aku jugak dah bosan dengan Politik Malaysia. Peace Yo! :)

1. ANEHNYA

Pabila PAS mengatakan perjuangannya adalah jihad untuk menubuhkan negara Islam.

LAWAKNYA

Selepas 60 tahun, tiba-tiba Hadi kata Negara Islam tiada dalam Perlembagaan PAS dan tiada dalam Al-Quran. Bahkan PAS telah menukar halatuju asalnya ingin menegakkan negara Islam, kini berubah kepada konsep negara berkebajikan bagi mengambil hati rakan sekutu DAP.

2. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO jadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MCA dan MIC. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur," (Kuliah di Marang 1983).

LAWAKNYA

PAS berkomplot dan berpelukan dengan DAP serta calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. Bahkan pemimpin PAS tanpa segan silu turut menjulang panji-panji DAP.

3. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Haram bagi orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin."

LAWAKNYA

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Penang.

4. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi."

LAWAKNYA

Selepas Pakatan menang di Selangor, mereka tidak pula menutup kilang-kilang arak di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship, sedangkan dahulunya Pas begitu marah dengan kilang-kilang tersebut.

5. ANEHNYA

Sebelum ini PAS mengata Paklah ketika beliau TPM yang menguruskan virus JE, "Badawi di arab jaga unta tapi Badawi di Malaysia jaga babi."

LAWAKNYA

Kerajaan Selangor bersama Pas kini cuba mencanggih serta menambah luaskan ladang babi di negeri itu tanpa dituduh sebagai 'kerajaan hal ehwal babi'.

6. ANEHNYA

Pabila Pas berkata kerajaan membenarkan hiburan dan konsert hingga menyebabkan gejala sosial berlaku dikalangan anak muda.

LAWAKNYA

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menganjurkan konsert dan hiburan melampau ketika hampir bulan Ramadhan tetapi tidak pula ditegah atau ditentang oleh PAS habis-habisan.

7. ANEHNYA

Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan Liwat dan Zina, PAS kata, "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan mesti ada empat orang saksi." Perkara sama dituturkan Pas semasa kes Mat Sabu dituduh berkhalwat.

LAWAKNYA

Ramai penceramah PAS menuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan membunuh, rasuah, seks dan sebagainya tanpa sebarang bukti mahupun saksi dengan alasan kononnya Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

8. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir."

LAWAKNYA

Pas Kedah yang baru memerintah berkata, "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua perkara seperti menutup pusat judi, kerana di Kedah ramai orang bukan Islam berbanding Kelantan."

9. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang kepada dasar Islam adalah sesat dan kufur."

LAWAKNYA

PAS berjihad bersama DAP dan PKR. Bahkan DAP LAH yang memimpin PAS hari ini walaupun parti itu jelas menolak negara Islam sebagai dasar partinya.

10. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud bertentangan dengan Quran berdasarkan ayat, "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir."

LAWAKNYA

Pabila Pas melalui Menteri Besar Kedah menegaskan "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah."

11. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO mungkar kerana membenarkan pembinaan kuil yang banyak, terutamanya di Batu Caves.

LAWAKNYA

PAS Kelantan telah mengizinkan pembinaan tokong Budha tidur yang terbesar di Asia. Bahkan pemimpin Pas turut bersedekah wang yang banyak kepada tokong-tokong berbanding di masjid-masjid.

12. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, UMNO mungkar kerana membenarkan kumpulan liberal yang menghina Islam menulis dalam akbar seperti Astora Jabat, SIS etc.

LAWAKNYA

Harakah turut membenarkan Raja Petra menjadi penulis tamu mereka sedangkan Pas tahu RPK adalah individu yang sering mempertikaikan Islam.

13. ANEHNYA

Amanat Hadi menyatakan, "Menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO tak pakai undang-undang Islam untuk memerintah, dan andai kita mati menentang mereka maka kita akan mati syahid."

LAWAKNYA

PAS memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun, Trengganu 4 tahun dan kini Kedah serta Selangor. Namun hari ini mereka mengatakan undang-undang hudud bukanlah menjadi keutamaan Pas. Adakah menentang PAS hari ini boleh disifatkan sebagai jihad dan syahid?

14. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO tidak amanah kerana kononnya membazirkan wang rakyat.

LAWAKNYA

PAS melesapkan berjuta duit koperasinya sendiri iaitu Ko-Hilal, wang kutipan tabung Memali, ladang rakyat, balak di Lojing, Bazar Tok Guru, derma aka rasuah tajaan Nik Aziz ke Mekah oleh syarikat yang dapat kontrak dengan kerajaan Kelantan, skandal menantu jadi CEO anak syarikat Kelantan etc.

15. ANEHNYA

Pabila Pas berkata tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO tolak Islam.

LAWAKNYA

Pas kini bekerjasama erat dengan DAP yang berkata, "Kami menentang negara Islam." (Lim Kit Siang dan "Langkah mayat saya dulu jika nak tubuh negara Islam." (Karpal Singh). Bahkan pemimpin Pas Perak pernah berkata, "Bekerjasama dengan DAP, lebih mulia daripada berkerjasama dengan UMNO."

16. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah."

LAWAKNYA

Pas hanya mendiamkan diri dengan pelbagai pusat mungkar yang wujud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Malah PAS terpaksa tunduk dengan berbagai tuntutan DAP.

17. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Tidak boleh mewujudkan jemaah Islam lain selain Pas kerana Pas merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud selepas itu adalah penentang gerakan Islam," Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS.

LAWAKNYA

PAS meredhai kewujudan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR. Bahkan Pas berkerjasama begitu erat dengan mereka. Kenapa ahli PKR tidak pula disuruh bubar dan masuk Pas?

18. ANEHNYA

Semasa berkerjasama dengan Semangat 46, Pas memuji kebijaksanaan Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Bahkan Pas pernah bertakbir dalam majlis mereka.

LAWAKNYA

Pabila Tengku Razaleigh dan Rais Yatim membubarkan Semangat 46, Pas telah mengutuk mereka dengan pelbagai kata nista. Adakah selepas ini Pas juga akan turut mengutuk PKR dan DAP sekiranya kerjasama antara mereka hari ini gagal?

19. ANEHNYA

Pabila Pas berkata tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam kerana ia boleh menyebabkan Islam seseorang itu terbatal.

LAWAKNYA

Pas telah berbaik dengan pemimpin Yahudi IFC serta Majlis Peguam yang jelas menentang Islam di negara ini.

20. ANEHNYA

Pabila Pas berkata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO disebabkan dasar mereka yang tidak Islam.

LAWAKNYA

PAS tidak pula marah apabila ada umat Islam yang menyertai PKR dan DAP. Bahkan PAS pula menyeru ahlinya untuk menolong PKR dan DAP demi kemenangan di PRU ke-12. Adakah DAP dan PKR cenderung kepada dasar Islam? 

22 Jan 2012

SOPA, PIPA dan Mr. Soparuddin

2 comments:

Pergh akhirnya dapat jugak aku online dekat rumah dan barulah dapat nak update blog. Agak lama jugak aku tak update blog (padahal last update 11 Januari 2012). Ok banyak jugak aku nak bebel kali ni. Tapi aku rasa aku tak tulis semua kot dalam blog ni. Banyak kot. Kang bukan korang baca pun.

Pertama sekali aku nak cerita pasal internet. Macam-macam sekarang ni yang berlaku. Sekarang ni dekat internet tengah kecoh pasal SOPA dan PIPA (sorry la kalau aku lambat update). Korang tau tak ape itu SOPA dan PIPA? bukan SOFA atau PAPA tau. 

Ok SOPA adalah singkatan daripada perkataan Stop Online Piracy Act dan PIPA bermaksud Protect IP Act. So aku rasa tak perlulah kot aku nak "Google" kan untuk korang. Korang "Google" la sendiri kalau nak tau lebih lanjutan.


Akhirnya, setelah ramai pengguna internet, dan syarikat gergasi internet yang memprotes terhadap akta SOPA dan PIPA pada hari Rabu yang lepas, kini ianya kelihatan akta tersebut telah ditamatkan perbincangannya, apabila beberapa pihak utama dibelakang SOPA mula menarik diri daripada menyokongnya. (Sumber dari Amanz.my).  Long Live for Internet!!!! LOL haha.

Pastu masih lagi pasal internet jugak.  Lately aku pindah rumah baru.  Then Unifi aku pun pindah jugak la.  Takkan nak tinggal dekat rumah lama kan.  Dan aku pergi la ke TMPoint apply itu apply ini, beli itu beli ini.  Bergurau senda sebentar dengan Customer Service TMPoint dan lain-lain.  So nak dijadikan cerita dalam 2-3 hari kehadapan aku dapat mesej dari TMUnifi yang berbunyi begini :

"Dear Valued Customer,  please be informed that your UniFi BTU COLLECTION will be held on 19/01/2012 Morning session (9:30am - 1:00pm).  Please feel bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla and bla bla bla bla."

So means that aku punya application dah dimakbulkan.  Aku apa lagi happy la macam Azwan Ali kan.  Mulut bacul haha.  Ok back to our story.  Aku suruh la adik aku ponteng sekolah stanby sebab orang TM nak datang.  And guess what, sehari suntuk adik aku tunggu, sorang pun tak datang pu****k.  Rugi dan buang masa je.  

Balik je keje terus aku call 100 dan maki-maki operator dengan nada mesra then dia bagitau aku yang BTU Collection tu adalah untuk collect box TV, router dan lain-lain je and pemasangan Unifi akan dijalankan selepas raya cina 26/01/2012.  Aku pun apa lagi.  FUUUUUUUUUUU sepanjang hari.

Dan lagi best, line Unifi aku dorang terpaksa close dulu sebab taknak bill running.  Waklu TMPointless.  Haha marah ni bai.  Then sekarang ni aku terpaksa pakai broadband seperti gambarajah 4.12 di bawah.


Nak taknak terpaksa la bai melabur dekat jamban dan melabur sikit duit untuk beli broadband ni.  So aku rasa sampai sini je la kot bebelan lagha aku ni.  Next entry nanti aku update pasal broadband ni.  Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s : Maaf, kerana entry kali ini dipenuhi dengan kata-kata kesat, cacian, makian, lucah dan lain-lain lagi.  Harap anda takkan cuba ini dirumah.  Maaf juga sebab entry ni tiada kaitan dengan Encik Soparuddin Ali.

12 Jan 2012

Meatball IKEA Punya Pasal

3 comments:

Lama seyh aku tak makan Meatball IKEA.  Aku rasa adalah dah dekat 2 tahun.  Pergh lama gak siot.  Ea la bila ingat-ingat balik, last aku makan tahun 2009.  Tu pun dengan Officemate.  Time tu aku ingat lagi, org duk sibuk kerja.  Aku dengan 2 orang officemate aku kasi alasan dekat boss aku yang kitorang bertiga ni ada meeting dekat luar.  Bos boleh pulak percaya! thank you.

Bos dah bagi green light kami bertiga pun tunggu apa lagi.  Terus ke IKEA di Damansara. Ha ha ha.  Amik ko, mengidam punya pasal kot.  Padahal kitorang bertiga ni lelaki boleh pulak mengidam macam perempuan!.

So untuk entry kali ni aku taknak tulis panjang-panjang.  Aku just nak mintak tolong dari korang untuk tengok gambar-gambar Meatball IKEA kat bawah ni.  Kira macam aku blanje korang makan la ni.  So kalau korang dah habis layan gambar-gambar Meatball IKEA kat bawah ni jangan salahkan aku sekiranya korang mengidam cam aku jugak! Ha ha ha.

Credit to : IKEA Meatball Facebook
Credit to : annalee-leeanna.blogspot.com
Credit to : smartcanucks.com
Credit to : newyork.seriouseats,com

11 Jan 2012

Wordless Wednesday #2

2 comments:

Flat Colombia.  Aku tak duk kat sini.

10 Jan 2012

Cakap Tak Serupa Bikin

2 comments:

Sorry la, aku just nak bagitau lately ni aku suka cakap tak serupa bikin.  Kenapa? ea la dalam entry "Perlu ke Chatbox?" aku dah bagitau rasanya aku tak perlukan chatbox.  Tapi semenjak dua menjak ni, adalah beberapa orang telah merachun aku.  Demm you.  Ha ha.

Ok fine, aku tewas.  So aku ter"Google" nak cari Chatbox yang menarik dan free.  Ea la biasa aku pakai Cbox ataupun ShoutMix.  Tapi kali ni aku inginkan kelainan.  Dah macam ayat drama melayu petang-petang tu plak.

Tengah "Google-google" terjumpa la Fibox.  Fibox ni menda eh? ok Fibox ni serupa jugak macam Cbox dan ShoutMix.  Eh free ke? of course la free kakak-kakak, abang-abang semua.  Kalau berbayar aku tak pakai dah.  Senang ke nak pakai? buat masa ni aku belum dengar lagi dalam berita, orang tekanan sebab susah nak pakai Fibox.  Ha ha ha.  Kelakar tak?.

Ok berikut adalah sedikit pengenalan berkenaan Fibox.  "Fibox adalah platform sembang real-time PERCUMA. Tidak seperti lain-lain shoutbox percuma yang perlu dikemaskini setiap beberapa saat untuk mesej baru, Fibox menolak mesej baru dengan segera seperti yang mereka menghantar".


Sorry la, ayat kat atas tu pun aku translate dari website Fibox guna Google Translate.  Buat masa ni, Fibox masih lagi dalam versi beta.  Kalau korang ke laman Fibox, dia akan mintak korang untuk register sebelum membolehkan korang menggunakan Fibox.  Senang je nak register Fibox ni.  Korang boleh pilih samaada nak register guna form biasa atau login guna Facebook.  So senang cite memey Tegas, Adil dan Berhemah. Eh?


9 Jan 2012

Makcik Maimun dan Anwar Ibrahim

4 comments:

Hari berganti hari, masa berganti waktu.  Nasi sekali makan dua pinggan.  Aku sebenarnya tengah buntu, tak tahu nak update ape sebenarnya kat blog ni.  Terlampau busy pun ea jugak.  Takkan nak update pasal kucing je manjang.  Aku taknaklah jadi lelaki kucing seperti yang dihebahkan di media massa.

Kang kalau aku cerita benda merepek-repek, ada ke orang nak melawat singgah baca entry dekat blog aku ni?  atau aku akan dicop sebagai mamat merepek ataupun lelaki kerepek.

Kalau aku update pasal Dato' Sri Anwar Ibrahim kang orang kata aku pembangkang.  Kang kalau aku update pulak pasal Saiful Bukhari kang ada pulak yang kata aku "die hard fan" Saiful Bukhari butthurt.  Wahai duniawi, sudah-sudahlah dengan fitnah.

Aku rasa dekat luar tu mesti ramai yang butthurt bila mengetahui Dato' Sri Anwar Ibrahim telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bahawa tidak bersalah.  Aku dengar cerita kecoh dekat Jalan Duta, sampai 3 letupan.  Aku tak tau la letupan apa, aku malas dah nak ambik tau pasal politik Malaysia ni.

Tak lama lagi pilihanraya akan berlangsung, macam-macam la fitnah akan sampai dan keluar.  Aku sebagai pengundi, nak kata aku ni pembangkang tak jugak.  Nak kata kerajaan tak jugak.  Mungkin sampai masa nanti aku akan undi Makcik Maimun kot.

2 Jan 2012

Comel Kucing Aku Ni!

10 comments:

Aku ada seekor kucing yang diberi nama Comel.  Nak kata si Comel ni comel sangat tak la comel sangat pun.  Comel ni sangat unik.  Aku pun tak pasti kenapa aku kata dia unik.  Sebenarnya yang paling tepat Comel ni gedik.

Comel aku rasa dah setahun nak kedua tahun dah aku bela dia.  Dah makin besar.  Tapi, walaupun si Comel ni  seekor kucing jantan yang normal maksud normal bagi aku adalah dia tak mandul atau pun dot dot dot.  Tapi kerja dia suka memerap dalam rumah.  Ada la jugak kadang-kadang dia keluar bersiar-siar naik motor dengan aku.  Hik hik hik.

Sebab apa aku kata dia gedik? sebab si Comel ni tak macam kucing yang lain.  Apa yang aku campak dekat dia semua dia sebat.  Contoh kalau macam aku campak roti, habis.  Kalau aku campak nasi lemak tak makan la.  Kucing mane makan nasi lemak.  Kalau aku campak keropok, licin.  Hebat gak kucing aku.  Kalau bagi nasi tak nak pulak makan.

Lagi satu alasan yang membuatkan aku panggil dia ni gedik.  Si Comel ni hobi dia suka duduk atas mesin basuh mak aku pastu termenung jauh dekat luar.  Mentang-mentang la mesin basuh tu dekat tepi tingkap baik je dia landing kat situ.  Aku tak tau la dia mengenangkan masa depan ke hape ntah.  Tak amik port plak.

Sekarang ni aku tak tau dia dah kenapa baru-baru ni aku dengar suara dia kalau mengiau macam suara Adlin Aman Ramli.  Ah sudah.  Tak pasti la kenapa.  Adoi.

Comel~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...