26 Feb 2012

Kerja Itu Ibadah

10 comments:

Hari Isnin muncul je ramai yang secara tiba-tiba diserang penyakit malas.  Penyakit yang tiada ubat atau pun penawar melainkan kalau adanya langkah-langkah pencegahan awal.  Dari yang muda sampai la yang ke tua.  Semua akan diserang penyakit malas bila tibanya hari Isnin. 


Yang tua malas nak ke tempat kerja manakala yang muda pula malas nak ke tempat belajar. Untunglah jikalau anda ni seorang surirumah dah tentu 24 jam sehari anda akan dihabiskan dengan membuat kerja-kerja rumah.

Kerja itu adalah satu ibadah. Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, yang kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Ingat tu! anggaplah semua kerja yang anda lakukan adalah sebagai sebuah ibadah. Dengan niat yang betul, halal dan lain-lain lagi anda boleh mendapat pahala. Ayuh kita tempuh hari Isnin dengan muka yang penuh dengan senyuman.

Bahasa Alien Dikenalpasti

2 comments:

Aku tak tahu la zaman sekarang ni kenapa ramai sangat orang yang nak merosakkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita. Macam-macam bahasa wujud. Bahasa Rojak, Bahasa Rempit, Bahasa Gedik dan lain-lain lagi. Nak kata mereka tak pernah belajar bahasa Melayu waktu disekolah, tipulah sebab subjek Bahasa Melayu merupakan subjek wajib di semua sekolah-sekolah kebangsaan.

Kredit : Owner Asal / oomangaih.blogspot.com

Kalau korang tengok atau baca dari ayat-ayat diatas ni sudah cukup untuk membuatkan korang rasa loya dan mungkin ingin sedikit termuntah. Betul?

Aku rasa bahasa dekat atas ni tak pernah pun diajar di sekolah-sekolah. Baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Nak kata bahasa ini yang dituturkan dalam kehidupan seharian tak juga. Mungkin akan ada yang tidak paham.

Ada yang memberi gelaran bahasa ini adalah bahasa rempit atau bahasa alien. Kelakar rasanya ada alien yang duduk sekali dengan kita di muka bumi ni.

Jadi pada perosak-perosak bahasa di luar sana, silalah hentikan kegiatan anda ini kerana saya takut nanti Bahasa Melayu kita iaitu Bahasa Ibunda kita akan pupus.

Pasukan Sorak Dulu & Sekarang (6 Gambar)

No comments:

1920

1930

1960

1980

1990

2000 hingga sekarang
Kalau korang perasan, beza Pasukan Sorak dari dulu hingga sekarang adalah pada pakaian. Semakin meningkat tahun semakin meningkat jugalah cara pemakaian mereka. Dari kain labuh hingga hanya berseluar pendek. Ini lah peradaban manusia zaman sekarang.

Tapi gambar yang terakhir sekali tu paling aku tak boleh terima. Sorak sampai berpeluh-peluh dah macam buat tarian erotik pula.

24 Feb 2012

Gambar Eksklusif Neelofa (5 Gambar)

5 comments:






Kesemua gambar-gambar Neelofa yang disiarkan adalah hakmilik Napie Moksin. Siapakah Napie Moksin? Napie Moksin adalah seorang jurugambar professional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang fotografi. Ramai yang mengenalinya sebagai jurugambar bawah air. Pernah menjadi jurugambar rasmi bagi majlis-majlis perkahwinan selebriti seperti Dynas Mokhtar, Tam Spider dan lain-lain lagi.

23 Feb 2012

Sajak Untuk Dato' Seri Najib

8 comments:

"Adik Ain sakit waktu menulis sajak ini. Harap dia sudah sembuh. Terima kasih & belajar sungguh2 agar jadi org berjaya!"
Dipetik daripada Twitter YAB Dato' Seri Najib Razak - https://twitter.com/#!/NajibRazak

p/s : Pandai adik Ain Farhanah ni tulis sajak untuk Dato' Seri. Belajar pandai-pandai semoga boleh jadi orang berjaya tapi jangan jadi macam Nur Amalina Che Bakri ya! :)

Apa Celop Bawa Maksud Lucah?

2 comments:

Apa celop tok? Apa Celop sebuah drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama bersiri Nilapura yang telah pun tamat. Drama 13 episod itu mula disiarkan bermula 20 Februari lepas dan hari siaran adalah hari Isnin.


Apa Celop memaparkan kisah-kisah kehidupan Mat-Mat Rempit dalam menempuhi kehidupan mereka yang dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. Antara barisan-barisan pelakon yang membintangi drama bersiri Apa Celop ini adalah Kamal Adli, Wan Sharmila, Amanda Misbun dan lain-lain. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh pengarah filem dan drama hebat Ahmad Idham.

Bagi sesiapa yang meminati filem Hantu Bonceng bolehlah tonton drama bersiri Apa Celop. Tapi sayang Zizan Razak tak berlakon. Pada pendapat aku filem Hantu Bonceng yang telah ditayangkan pada 31 Ogos 2011 tak berapa nak menarik. Boring dan bosan.

Sekarang ni Ahmad Idham tengah dihujani dengan pelbagai isu-isu berkenaan dengan drama bersiri Apa Celop. Ada sesetengah pihak mengatakan drama bersiri Apa Celop menghina Islam. Dari aspek apa? pelakonkah atau dari jalan ceritanya sendiri?

“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop. “Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujar Ahmad Idham kepada mStar Online.

Ada juga khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa maksud Apa Celop ini adalah "What The F**k". Mana satu ni? menghina Islam ataupun membawa maksud lucah? Apa-apa pun kita tak boleh terus menunding jari. Kita perlu faham dan tahu apa mesej yang ingin disampaikan oleh Ahmad Idham. Mungkin ada mesej-mesej baik yang ingin beliau sampaikan.

By the way, filem Adnan Sempit 2 dah keluar. Menurut kenyataan dari Nisa Kay, dia tonton filem Adnan Sempit 2 sampai menangis-nangis sebab kelakar sangat. Tak sabar nak tengok nanti!

22 Feb 2012

Kecoh! Ahli Parlimen Azan

6 comments:

KAHERAH - Speaker Parlimen Mesir, Saad al-Katatni menegur seorang ahli parlimen kerana melaungkan azan semasa persidangan Dewan Rakyat sedang berjalan, kelmarin.

Teguran itu mencetuskan perbalahan antara wakil Parti Salafi, Mamdouh Ismail dan Saad semasa sesi itu disiarkan secara langsung di televisyen kerana Mamdouh didakwa melanggar peraturan dewan.

“Ini adalah dewan untuk perbincangan. Jangan jadikan ia sebagai pentas untuk menarik perhatian media,” menurut Saad selepas menegur perbuatan Mamdouh.

Parti Islam di Mesir memenangi 70 peratus daripada kerusi di Parlimen negara itu dalam pilihan raya bebas pertama sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, tahun lalu. 


Walaupun berita pasal seorang Ahli Parlimen Mesir melaungkan azan ketika Parlimen sedang bersidang sudah berlalu, tapi aku masih nak kongsi juga dengan korang. Sentiasa mengingatkan antara satu sama lain. Apa salahnya. 

Bagi aku tak salah kalau nak laungkan azan tetapi perlu tengok kesesuaian pada masa dan tempat. Melaungkan azan adalah satu perkara yang baik kerana mengingatkan orang lain kepada waktu solat. Dekat bawah ni ada video dari Parlimen tempoh hari.

Wordless Wednesday #5

2 comments:

Only in Malaysia

21 Feb 2012

Hukum Solat Berkemban

12 comments:

Amboi, kalau ada perkataan-perkataan yang agak 18sx laju je korang klik kan? Anyway, hukum solat berkemban. Mesti ada yang nak tergelak sampai berguling-guling disebabkan soalan ini. Ada juga ya orang yang ingin bertanyakan soalan begini. Ada, masih ada.

Kadang-kadang benda seremeh beginilah tak ada yang ambil tahu atau mungkin tiada sesiapa pun yang terlintas di fikiran apa hukumnya jika solat dalam keadaan berkemban? Haramkah? Berdosakah? atau mungkin juga jatuh Makruh?

Mustahil jika seorang perempuan Islam solat dalam keadaan berkemban. Bagi yang sudah lupa, syarat-syarat sah solat adalah menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut manakala aurat bagi wanita pula adalah seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan.


Aku sebenarnya nak berkongsi dengan korang semua koleksi soal jawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Walaupun kadang kala ada soalan-soalan yang boleh dikatakan kelakar tapi ada betulnya. Jikalau ada keraguan eloklah bertanya dengan orang yang arif.


Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus memang munasabah. Cuba korang bayangkan, kalau korang ingin berjumpa dengan Menteri ke Artis ke mesti pakai segak-segak. Kemas, bersih dan wangi. Apa salahnya kalau nak menghadap Allah kita pakai pakaian yang kemas. Ni tak solat pun masih ada yang nak berkemban.



Kadang-kadang ada soalan yang memang saja menguji keimanan Ustaz Azhar Idrus. Nasib baik Ustaz Azhar Idrus ni baik hati orangnya. Tak sombong dan yang paling penting ringan tangan untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya di Facebook beliau.

Kalau korang nak tengok Koleksi-koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus yang telah di printscreen kan bolehlah ke link ini http://goo.gl/KY3HU. Terima kasih.

20 Feb 2012

Video Seks Jadi Bualan

6 comments:

Ni la orang Malaysia, pantang kalau ada tajuk bogel, lucah atau seks mesti ramai yang nak baca. Ramai yang klik nak tau cerita sebenarnya. Tak kurang yang nak tengok gambar saja. Entah betul ke tidak cerita tu, korang telan bulat-bulat.

Dari kajian dan pandangan aku, rakyat Malaysia memang suka dijaja dengan cerita-cerita seks, politik kotor, hantu dan macam-macam lagi.  Tak hairanlah kalau dekat Malaysia ni masih ada segelintir rakyat yang kurang cerdik. Mana taknya, dijaja dengan cerita-cerita kotor sebegini.

Dulu pernah kecoh, video seks pemimpin parti politik tersebar. Seluruh blog, tak kira baik yang Melayu atau bangsa lain bercerita perihal video seks tersebut. Kalau sesiapa dapat tengok Video Seks Chua Soi Lek untung la.

Baru tak baru sangat kecoh pula dekat internet Video Seks Anuar Ibrahim. Keluar segala video dan panggil segala saksi untuk beri keterangan. Lepas tu, Dato' tu tuduh Dato' ni. Apa kejadah semua ni? tak malu ke dengan negara luar?. Dekat dada akhbar hari-hari cerita skandal seks politik.

Aku ada bertanyakan soalan di status Facebook aku, ramai juga rakan-rakan Facebook aku komen  berkenaan tabiat rakyat Malaysia yang suka baca bacaan lucah ni.  Ramai yang bersetuju dan tak kurang juga ada yang bagi cadangan untuk tajuk blog aku seterusnya. Berikut beberapa petikan dari komen di status Facebook aku.

"Lepas ni teruskan update blog dengan tajuk GEMPAR GADIS KANTOI BERCIUM"
"Gambar Lisa Surihani Bogel"
"SIAPA ARTIS MELAYU GAY TERKINI? KLIK SINI PANAS"

Aku pun kurang pasti kenapa masih ramai lagi yang masih menaruh harapan hingga tahap memuja pada Lisa Surihani.  Biarkan beliau, nak kahwin dah. Tak tahu la pula kalau sebulan dua kahwin lepas tu bercerai pula. Untung-untung boleh jadi janda hot macam Rozita Che Wan


Apa-apa pun aku nak ucapkan pada Yusry dan Lisa Surihani selamat bernikah. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan majlis akan berlangsung pada 23 Februari ni.  Semoga kekal ke anak cucu. Amin. Eh kejap, aku keliru tarikh nikah Yusri dengan Lisa ni. Kejap 23 Februari, ada yang kata 26 Februari la mana satu ni?

19 Feb 2012

Lagi Video Bogel Melia Aimiellia

8 comments:

Sekarang ni tengah kecoh pasal Isu Video Lucah Melia Aimiellia si pelakon Karipap-Karipap Cinta.  Dekat busuk.org, kalau tak silap aku dekat seminggu jadi artikel-artikel berkenaan dengan Video Lucah Melia Aimiellia ni tersenarai.

Nak kata korang ada jumpa video tu dan kongsikan pada umum takda pulak.  Semua pakat-pakat kongsi gambar separa bogel Melia Aimiellia seperti di bawah.  Bila ditanya tuan punya badan ini pula jawabnya.

"Melia rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan Melia. Melia akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat Melia jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun Melia bukanlah sepopular pelakon lain."

Sumber : Oh Bulan
Lepas tu kecoh pula laman Facebook milik si Melia Aimiellia digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Semuanya gara-gara ingin mencari Video Lucah Melia Aimiellia yang dikatakan telah diupload di Facebook beliau untuk tatapan peribadi.  Apa kejadah semuanya ini?

Tak reda lagi dengan kisah laman Facebook Melia Aimiellia digodam, kecoh pula tentang cincin yang dipakai oleh pelanduk dua serupa itu sama dengan cincin kepunyaan Melia Aimiellia.

Sumber : Oh Bulan
“Melia pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu Melia buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah. Melia juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.”

Inilah rakyat Malaysia. Terikut-terikut sangat dengan budaya barat.  Tak tahu nak beza mana dosa mana pahala.  Buat macam dunia mereka yang punya.  Kalau betul mengaku saja.  Kalau tak betul kesian pada mangsa. Kesian pada keluarga mereka. Malu pada saudara mara mereka.

“Melia sedih dan terkilan. Apa motif semua ini. Ini maruah diri kita. Bila orang mengaibkan kita, macam nak sorok muka ni. Walaupun semua ini tidak betul, tetapi apa tanggapan orang?”

Jadi pada Melia Aimiellia banyakkan bersabar.  Anggap saja semua ini hanya ujian dari Allah s.w.t.

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM

3 comments:

Seperti biasa, kalau ada waktu terluang aku akan sertai giveaway/contest/segmen.  Giveway kali ni dianjurkan oleh Kak Ina dari www.kakinakl.com.  Bagi aku, aku lagi selesa panggil Auntie Ina.  Aku biasa blogwalking ke blog Auntie Ina untuk tengok resepi-resepi masakan dia yang sedap-sedap.  Al-maklumlah aku ni suka makan hehehe. Tapi aku ni silent reader. Malu katanya.


Contest/Giveaway anjuran Auntie Ina senang je.  Peserta diminta untuk mereka dialog kreatif untuk gambar di atas. Ayuh kita terjah blog Auntie Ina dan join Contest/Giveaway beliau disini - http://www.kakinakl.com/2012/02/kakinaklcom-nak-bagi-rm.html

Hadiah dan Cara Pemenang Di pilih 
5 orang peserta yang dapat membuat juri tertarik dengan ayat-ayat lucu akan dikira pemenang.  Setiap penyertaan akan di upload di laman Facebook "kakinakl.com".

Hadiah
5 orang yang berjaya mengeletek hati juri akan menerima RM 20.00 setiap seorang.

Tempoh GIVEAWAY Ini bermula pada
15hb Februari sehingga 29hb Februari 2012 pada / atau pukul 12.00 tengah malam.

Tunggu apa lagi? Jom kita join!

GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com

Blogger Semakin Berani

2 comments:

Blogger semakin berani.  Tajuk mestilah kena gempak.  Barulah ada orang baca.  Aku rasa sedikit terharu bila ada orang sudi kritik blog aku. Rasa macam dapat makan Ayam Goreng KFC malam-malam buta. Dalam entri aku yang lepas, aku ada join segmen anjuran Abang Ben. Segmen "BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU?"

Korang berani ke nak kutuk blog aku ni? ramai kot yang berani-berani. Apa-apa pun terima kasih daun keladi diucapkan. Tanpa kritikan dari korang aku takkan kemana. Mungkin aku akan duduk rumah sambil menghadap laptop main Angry Bird.

Nak kata banyak tak banyak sangat la kritikan yang aku terima dari ruangan komen entri yang lepas. Boleh dikatakan 90% kritikan adalah berkenaan header blog aku, 8% pula berkenaan word verification di ruangan komen dan 2% lagi adalah berkenaan lain-lain.

Cuti sabtu ahad ni aku tak berapa nak sihat. Migrain la, demam la, macam-macam la. Jadi mood untuk berblogging tu kurang. Jadi selepas aku telan 2 biji panadol, aku rasa aku ada sedikit tenaga untuk meneruskan kehidupan aku sebagai blogger. Hehehe.

Dalam banyak-banyak komen tu adalah satu ke dua ke tiga komen yang amat menarik hati aku kau memang debomm.  Jom tengok komen-komen mereka.


Komen dan kritikan ni datangnya dari Mohd Ridwan. Sampai terbatuk-batuk dia nak kritik blog aku. Apa kata korang rajin-rajin kan sikit diri tu singgah ke blog Mohd Ridwan ni. Terima kasih kerana sudi kritik dik!. Kau memang berani kan. Hehehe. Ok sebenarnya aku tengah takde idea nak design-design header ni.  Nantilah kalau aku terlampau rajin aku buat. Aku ni susah sikit, aku bekerja ikut mood. 


Yang ini bukan kritikan mahupun kutukan. Ni aku rasa macam perli aku je ni. Sebenarnya kalau korang nak tahu. Muhammad Saiazuan Norhalik ni bekas rakan sepoliteknik aku. Seorang yang aktif berblogging. Sangat kacak (sambil tangan kat dada mata terbeliak kat atas). Kalau korang rajin atau ada masa lapang bolehlah singgah blog dia.

"Bagi yang masih baru berblogging.  Kalau korang nak tahu, antara tips-tips yang berguna untuk menaikan hits blog anda adalah dengan cara sertai apa-apa segmen, giveaway, peraduan atau apa-apa lagi yang boleh mempromosi blog korang.  Jadi jangan malas untuk blogwalking."

Akhir kata, majulah blogging untuk negara. Terima kasih.

16 Feb 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

22 comments:

Bai, gua nak tanya lu ni.  Lu berani tak mau kritik blog gua? gua banyak abang-abang besar kot.  Eh adik-adik yang badannya besar kot.  Lu ada berani ka?

Gua kali ni macam biasa, memang kegemaran gua untuk join segmen kendalian Abang Ben Ashaari.  Tarikh tutup untuk segmen ni hari ni jam 10 malam.  Rilek dulu sebab gua baru bangun tidur jadi rasanya sempat jap gua g beli aiskrim ni.


Gua nak tanya sama lu ar, lu cukup berani ka?  Gua bukannya apa nya pun, gua saja mau mintak lu punya kritikan ma.  Gua tak mau lu punya pujian.  Pujian gua sudah biasa dapat ma.  Gua nak sangat lu kritik gua punya blog ar sebab ar gua rasa gua punya blog tak banyak bagus la.  Berapa banyak "gua" da gua pakai.  Rasa macam duduk dalam gua la.

Sebenarnya aku ingin meminta sedikit tak pun banyak pun boleh kritikan-kritikan yang membina dari korang semua yang pernah singgah ke blog aku ni untuk tujuan aku menambah baik lagi blog aku ni.  Aku pun manusia biasa juga.  Tak lari dari kesilapan.  Kalau boleh korang kritiklah dengan ayat-ayat yang membina apa yang kurang dekat blog aku ni.  Ikhlas dari hari tau.

Lagi sekali ar, gua mau tanya lu ar.  Lu ada kakak-kakak yang cun tak mau kasi kenal sama gua? Kalau takde lu kasi kritik ma gua punya blog.

Macam biasa ar, kritik kasi nice-nice la.  Jangan kasi hati gua tergores ar.  Nanti gua nangis sapa mau pujuk ma. Haiya.

Ikhlas dari,

Ah Beng
Pengerusi Persatuan Penjual Aiskrim Mat Kool

Fakta Ke Auta? #4

2 comments:


1. Nama domain www.youtube.com telah didaftarkan pada 14 Februari, 2005.  Sempena sambutan Hari Valentine.  Bagi umat Islam kita tak sambut kan?

2. Pengaturcara Komputer adalah salah satu pekerjaan yang paling ramai yang berkecimpung. Diikuti oleh Pengawal Keselamatan dan Pekerja Am.

3. 29% wanita menghabiskan masa membeli-belah untuk kasut daripada mereka mencari pasangan hidup yang panjang.

4. Di Quitman, Georgia, Amerika Syarikat, ia adalah haram untuk membenarkan ayam menyeberang jalan kerana dikhuatiri akan terhasilnya banyak ayam golek.

5. Di Perancis, terdapatnya undang-undang yang membenarkan anda untuk berkahwin dengan orang mati!.

6. Jika anda ingin menjual rumah anda dengan lebih cepat, sila cat rumah anda dengan warna kuning.  Sebab warna kuning ni ada daya penarik.

7. Cuma hanya dengan menghidu bau Pisang atau Epal Hijau ianya boleh membantu anda menurunkan berat badan.  Bau je tau, jangan pula korang pergi gosok-gosok seluruh badan.

14 Feb 2012

Fakta Ke Auta? #3

12 comments:


1)  Di Bangladesh, pelajar-pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas boleh dihukum penjara jika menipu pada peperiksaan akhir mereka.  Kalau di Malaysia pula, pelajar-pelajar sekolah yang menipu pada peperiksaan akhir mereka akan dipanggil ibu bapa mereka.

2)  Di Holland, anda boleh didenda jika tidak menggunakan bakul sewaktu membeli di kedai runcit.  Kalau hari sabtu di Malaysia adalah hari tanpa plastik.

3)  Di Singapura, ianya adalah salah di sisi undang-undang untuk menjual atau memiliki gula-gula getah.  Kalau jual gula pasir tidak mengapa.

4)  Di Georgia, Amerika Syarikat, keldai tidak boleh disimpan dalam tab mandi.  Kerana ianya menyalahi hak asasi kebinatangan.

5)  Undang-undang Alaska mengatakan bahawa anda tidak boleh melihat rusa Amerika Utara dari kapal terbang.  Kalau tengok atau skodeng orang mandi boleh.

6)  Di Corpus Christie, Texas, ianya haram untuk membela buaya di rumah anda.

7)  Sehingga tahun 1960-an lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan memasuki Disneyland.

8)  Deria rasa kanak-kanak adalah lebih baik daripada deria rasa orang dewasa.

9)  Wanita matang lebih cepat berbanding lelaki.  Ni aku rasa macam tipu.

10)  Bayi menangis tetapi mereka tidak menghasilkan air mata sehingga 1-3 bulan selepas kelahiran.

13 Feb 2012

CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz

8 comments:

Entri kali ni aku tak mahu cerita banyak. Tapi aku nak juga cerita sikit. Kali ni aku ingin menyertai sebuah contest iaitu CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz. Menarik kan? Menarik bai wa cakap sama lu. Siapa yang nak lepaskan peluang berkaraoke bersama Artis iaitu Abang Zarul Umbrella.


Hadiah yang ditawarkan bagi CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz ialah 3 Pemenang Bertuah akan disponsor oleh MadammondoqAbangEnsem & Eyriqazz untuk berkaraoke bersama mereka pada 25 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Red Box Sunway Pyramid.

Tapi untuk menang contest ni aku perlu untuk mencipta dialog kreatif bagi gambar di bawah ni.  Jom lihat dan wish me good luck. Terima kasih.



“Hadiah Contest Karok ini ditaja bersama oleh Abangensem.com dan Eyriqazz.com

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

14 comments:

Pertama sekali aku ingin meminta maaf kerana untuk entri kali ini aku akan menggunakan kata ganti diri yang agak kesat sedikit iaitu wa dengan lu.  Bukan untuk bersikap kurang ajar.  Pakcik-pakcik dan makcik-makcik  mungkin tidak percaya, kata ganti diri wa dengan lu sudah biasa digunakan dalam perbualan seharian.  Kita ambil contoh pada kaum Baba dan Nyonya, mereka membahasakan diri mereka wa atau pun gua.  Bukannya www.gua.com.my ya!

Mesti ramai yang pelik.  Malah mesti ada juga yang menggaruk kepala tanda keliru.  Kenapa? sebab wa menggunakan kanta ganti diri yang agak kurang hajar.  Ibarat bercakap dengan itik tetapi bertelurkan ayam.  Apa kejadahnya semua ini?

Untuk entri kali ini, saya atau aku mungkin juga wa ingin mengupas bawang untuk membuat tumisan sambal.  Ha ha ha.  Itu cuma lawak selingan sahaja.  Tujuan wa menulis entri dengan bertajukkan BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU ni adalah kerana sudah tentu wa join segmen yang dianjurkan oleh Otai Blogger BEN ASHAARI.


Kejap, aku rasa macam geli pula kalau membahasakan diri aku wa.  Rasa macam nama aku Wawa pula.  Jadi aku rasa selesa untuk menggunakan kata ganti diri Aku.  Jangan marah haaa.

Abang Ben Ashaari meminta untuk aku ataupun sesiapa saja yang menyertai segmen ini untuk memberikan satu sebab ringkas kenapa anda perlu baca blog aku atau siapa saja.

Jawapannya, sudah tentulah blog aku ni lain dari lain.  Tak sama kot dengan blog orang lain yang meleweh-leweh.  Maaf kalau sesiapa terasa.  Tapi kebenaran kot.  Blog aku ni bukannya khusus untuk entri-entri personal dari aku.  Entri-entri luahan perasaan.  Entri-entri cintan cintun.  Maaf aku bukan lelaki jiwang karat bak batang besi yang semakin reput kerana karat.  Malah aku ni seorang lelaki yang berblog untuk mengajak anda semua jalan lain ke syurga.

Sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi sebab-sebab yang aku nyatakan diatas ni aku lampirkan sekali link ke entri blog aku yang aku rasa paling mencabar kelakian korang.  Silalah baca.  Harap korang tak akan rasa bosan waktu baca entri-entri yang ada dekat blog aku ni.


~Terima kasih kerana sudi singgah dan baca!~

11 Feb 2012

Fakta Ke Auta? #2

14 comments:


1)  Anda berkongsi hari jadi dengan sekurang-kurangnya 9 juta orang lain di dunia ini.

2)  Manusia yang warna matanya biru mempunyai kelebihan untuk melihat dalam gelap.

3)  Muhammad adalah nama yang paling ramai digunakan di dunia.

4)  Lebih banyak kanak-kanak lelaki dilahirkan pada waktu siang manakala kanak-kanak perempuan pula ramai dilahirkan pada waktu malam.  

5)  Manusia berkelip lebih 10,000 000 kali setahun!.  Ini tiada kaitan dengan Kelip-kelip di Kg Kuantan.

6)  Semua bayi buta warna apabila mereka dilahirkan.  Buta huruf pula bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ke sekolah.

7)  Bayi menghabiskan lebih banyak masa bermimpi daripada orang dewasa.  Mimpi basah pula hanya dialami oleh orang-orang yang kesepian.

8)  Coca Cola asalnya hijau bukannya warna seperti sekarang.

9)  Jepun adalah pengeksport terbesar kaki katak.  Euwww.  Siapa yang order kaki katak ni?

10)  Masa yang diambil untuk makanan turun dari ke perut anda adalah selama 7 saat.  Kalau aku pula biasa habiskan sepinggan nasi selama 7 minit.

Fakta Ke Auta? #1

No comments:


1)  Kalau korang nak tahu buaya boleh hidup sehingga 100 tahun lamanya.  Nasib baik buaya darat tak macam tu.

2)  Susu badak merah jambu dan sama juga susu Dutch Lady perisa Strawberi pun warna merah jambu juga.

3)  Penyu boleh bernafas melalui pungkok mereka.  Pungkok tu apa eh? (pura-pura tak tahu).

4)  Buaya tidak boleh menjelirkan lidahnya.  Kalau buaya darat memang boleh menjelirkan lidah.

5)  Getah adalah salah satu bahan di dalam gula-gula getah.  Bahan yang sama digunakan dalam pembuatan tayar kenderaan.

6)  Strawberi mempunyai lebih Vitamin C daripada Oren dan kalau Strawberi cicah coklat memang sedap berbanding Oren. 

7)  Produk pertama yang mempunyai kod bar adalah Gula-gula Getah Wrigleys! 

8)  Terdapat kira-kira 100,000 bakteria dalam satu liter air minuman.  Tetapi di dalam sebotol Yakult terdapatnya 8 billion bakteria baik di dalamnya.

9)  Kentut adalah mudah terbakar.  Kerana kentut mengandungi gas Metana dan Hidrogen.  Hati-hati jangan kentut di kawasan kebakaran kerana dikhuatiri akan memarakkan lagi api.

10)  Walaupun mereka tidak akan mengakuinya, wanita kentut lebih banyak dari lelaki.  Ini memang diakui oleh persatuan Kentut-kentut Sedunia.

9 Feb 2012

Komik #4 - Ujibakat

3 comments:

Orang buat komik aku nak buat komik jugak. Orang karang cerita lawak aku pun karang jugak. Orang sibuk ngumpat pasal artis aku pun sibuk jugak nak mengumpat. Orang sibuk berpolitik aku pun sibuk nak berpolitik. Pendek kata korang layan je la komik dekat bawah ni. Terima kasih.


Komik #3 - Ayam

3 comments:

Orang buat komik aku nak buat komik jugak. Orang karang cerita lawak aku pun karang jugak. Orang sibuk ngumpat pasal artis aku pun sibuk jugak nak mengumpat. Orang sibuk berpolitik aku pun sibuk nak berpolitik. Pendek kata korang layan je la komik dekat bawah ni. Terima kasih.


8 Feb 2012

7 Feb 2012

BBQ Kanak-Kanak Ribena Siri 1/2012

6 comments:

Pada tanggal 5 Februari 2012 sebuah acara BBQ anjuran Persatuan Kanak-Kanak Ribena telah telah dijalankan.  Acara BBQ kali ini telah diadakan di Sg Ramal Luar Dalam, Kajang.  Seramai 10 orang tetamu kehormat telah turut serta dalam acara kali ini.

Tepat pukul 6 petang acara pun bermula.  Seramai 5 orang telah ditugaskan untuk ke Tesco untuk mencari bahan-bahan untuk acara BBQ.  Sewaktu dalam perjalanan ingin ke Tesco.  Sinzmanual (Bukan Nama Sebenar) telah tertinggal roadtax keretanya di rumah.  Situasi itu telah menyebabkan suasana riuh rendah dengan gelak ketawa kami di dalam kereta.

Sampai sahaja di Tesco kami dengan pantas terus menuju ke tempat menjual Ayam.  Tapi malang Ayam yang kami idam-idamkan sudah habis.  Rupa-rupanya hari tu ada jualan tidak langsung di Tesco dimana harga Ayam yang ditawarkan jauh lebih rendah dari harga Pesaing B.  Jadi kami pun meneruskan perjalanan untuk mencari bahan-bahan lain.

Sesi beramas mesra bersama pekerja Tesco
Antara barang yang sempat kami angkut
Setelah menyedari yang Ayam sudah habis kami pun terus menuju ke Giant Senawang Utama.  Jauhkan perjalanan kami?  tapi sebenarnya aku tipu.  Kami terus menuju ke Giant Saujana Utama.

Mamat yang berbaju coklat tu sebenarnya
Pegawai Kesihatan saje menyamar
Setelah kesemua bahan-bahan yang diperlukan telah kami beli.  Kami bergegas pulang kerana tetamu-tetamu kehormat yang lain telah kelaparan sebab menunggu kami.  Tempat pembakaran mayat dan tempat penyembelihan kali ini telah diadakan di rumah Mohd Rizuan Rawzak (Bukan Nama Sebenar).  Terima kasih diucapkan.

Sampai dirumah, kami telah menerima kehadiran tetamu-tetamu kehormat lain yang hanya datang membawa perut yang boyot.  Kecuali Ahmad Mijan Snaillkuzer (Bukan Nama Sebenar), beliau datang dengan membawa ais.

Tanpa membuang masa yang banyak kami buang tadi, aku selaku Master Chef dari Sri Langkawi memulakan acara menurun.  Acara menurun dimulakan dengan membawa ayam turun ke lantai dan dibawa ke tempat pencucian untuk dibersihkan sebelum ramuan-ramuan jijik di campurkan.

Acara mencampur ramuan-ramuan jijik
Selepas siap ayam yang diperap.  Tempat pembakaran pun dah sempurna maka acara BBQ pun bermula.  Jadi korang layanlah gambar-gambar yang selebihnya.  Sebab aku nak keluar makan ni.

Ceramah Bebas dari Tn Haji Ahmad Shamar

Acara hidup menghidupi api

Selesai acara membakar

Acara luahan perasaan
p/s : Akan datang nanti aku kongsikan resepi rahsia BBQ aku turun temurun hehehe.

KLCC, LRT & Touch N Go

2 comments:

Aku tak tahu la apa dosa yang telah aku lakukan sehingga aku jadi begini.  Cerita dia bermula pada hari Isnin lepas iaitu semalam.  Kalau sesiapa ada baca pasal entry Street Photography Style DSLRM1H1F mesti korang tahu aku kemana kelmarin.

Habis je sesi outing semalam, aku pakat la dengan member aku untuk balik ke rumah.  Jam dah menunjukkan pukul 4 petang.  Aku nak kena balik cepat sebab petang dalam pukul 6 aku nak ke Kajang pula menghadiri BBQ bersama bekas member-member Politeknik.

Kaki melangkah laju ke stesen LRT KLCC.  Malas nak tunggu bas, aku dengan member aku membuat keputusan untuk naik LRT.  Disebabkan aku ingin ke arah Gombak dan member aku nak ke arah Kelana Jaya jadi aku suruh dia gerak dahulu.

Bukan apa, tengok tempat mesin membeli token ramai yang beratur.  Tanpa membuang masa aku pun beratur.  Eh bila tengok dalam dompet aku, alamak! ada sekeping not RM50.  Adui nak kena tukar la pulak.  Malaslah.

Aku ke kaunter pembelian Kad Touch N Go.  Belum pernah lagi aku pakai Touch N Go dan ini adalah pertama kali.  

"Bang, kad Touch N Go ada?" aku bertanya.

"Alamak dik, kad Touch N Go semua dah habis lah.  Kalau nak topup bolehlah" brader baju merah tu membalas.

"Aduh camne ni bang? tak kesian ke kat saya? nak beratur orang ramai ni" aku membuat ayat simpati.

"Pakai IC pun boleh dik.  Bak sini IC abang check tengok" brader tu kesian dekat aku agaknya.

"Nah bang.  Kalau boleh saya nak topup RM10 ya!" aku berkata sambil menghulur kad pengenalan aku dan sekeping not RM50.

"Ha dik, lagi 8 minit baru boleh topup.  Adik pergi la mana-mana dulu" brader tu menghampakan aku.

Aku apa lagi teruslah beredar sambil mencarut secara sopan di dalam hati.  Adui, brader ni kalau nak 'troll' aku pun agak-agak la.  Tak kesian dekat aku ke?

Aku tak boleh lama ni.  Aku terus menuju ke kedai topup untuk membeli kasut.  Eh beli topup la brader takkan beli mee goreng mamak telur mata.  Jadi dapat jugaklah aku pecahkan duit.

Bila dah pecahkan duit, aku terus ke mesin untuk membeli token.  Nasib baik ada satu mesin tu tak ramai sangat orang beratur.  Beratur punya beratur akhirnya sampai jugak ke giliran aku.

Ok destinasi aku rahsia. Tiket 1 je.  Jumlah RM1.60.  Ok cun.  Terus aku masukkan duit kertas bernot RM10.  Treeett treeettt mesin tu memulangkan duit aku tanda tak terima.  Takpa aku masukkan lagi sehelai.  Treeettt treeett.  Sama jugak.  Sekali baru aku ingat dia tak terima duit bernot RM10.  Adui, buat malu je.

Malas dah nak pikir.  Malas nak beratur.  Akhirnya aku buat keputusan untuk balik kerumah dengan jalan kaki.  Sekurang-kurangnya boleh kurus sikit.  Habis cerita.


Street Photography Style DSLRM1H1F

No comments:

5 haribulan Februari 2012 bersamaan hari Ahad.  Iaitu kelmarin.  Aku telah menyertai sebuah program 'Outing' Fotografi yang telah dianjurkan oleh Group DSLR MALAYSIA - 1 HARI 1 FOTO.  Untuk kali ni Group DSLR MALAYSIA - 1 HARI 1 FOTO memilih tema Street Fotografi ataupun Foto Jalanan.

Lebih kurang 44 orang telah menyertai program 'Outing' kali ni.  Apa yang menjadikan outing kali ini lagi menarik adalah kerana outing ini telah disertai sekali oleh para admin DSLR MALAYSIA - 1 HARI 1 FOTO iaitu En Shahrulfizam Adam, En Elkay Lee dan En Ezuandy Suradi.

Program outing pada hari itu bermula tepat pukul 10 pagi.  Sebelum acara bermula, sesi bacaan doa telah diketuai oleh En Ezuandy Suraidi.  Tanpa membuang masa mari kita lihat gambar yang sempat dirakam pada hari program itu berjalan.

Bergambar beramai-ramai sebelum acara 'memburu' dimulakan kredit kepada En Elkay Lee
Bergambar beramai-ramai di World Press Photo 11 Exhibition di KLCC kredit kepada En Sharulfizam Adam







p/s : Kalau nak tengok lebih bolehlah ke Flickr aku disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...