31 Mar 2012

Dulu vs Sekarang

2 comments:

Sekejap je dah nak masuk bulan April kan. Pejam celik pejam celik kentut sikit, masa pun berlalu dengan segannya. Kita sebagai manusia yang hina ni kena lah bersyukur kerana di panjangkan umur untuk menikmati rahmat yang tuhan beri.

Tinggalkan bulan Mac atau April, jom baca entri aku yang bertajuk Dulu vs Sekarang. Dulu, apa yang korang rasa korang masih ingat? waktu kecik-kecik ke? waktu zaman sekolah rendah ke? korang ingat lagi tak? Best tak waktu dulu-dulu?

Sekarang ni korang rasa macamana. Hidup korang berubah atau masih macam dulu-dulu? 

Kalau sesiapa yang lahir tahun 80-an mesti banyak kenangan kan? dulu-dulu waktu kecik balik je sekolah rendah terus pergi sekolah agama tak pun pergi kelas mengaji. Then malam buat kerja sekolah dekat rumah.

Sekarang? ada lagi ke budak-budak yang lalui apa yang kita lalui? Aku tengok sekarang ni, budak-budak sekolah balik je sekolah rendah terus ke kelas tuisyen. Takpun ke kelas piano atau kelas muzik. Malam pulak duduk rumah on9 bai. Main Facebook, bukak Twitter, update blog dan lain-lain.

Kita dulu main apa eh? dulu mana ada Facebook, Twitter atau lain-lain. Aku sebenarnya rindu zaman dulu-dulu. Jom tengok video dekat bawah ni.


~Series inilah generasi aku. Rindu bai nak main tutup botol.~

Zaman Dah Moden

No comments:

Zaman dah moden der. Lu takyah nak pelik pulak kalau lu tengok budak baru darjah 6 dah ada Twitter. Budak tingkatan 1 dah ada berpuluh-puluh follower dekat blog dia. Tak pun lu jangan nak pelik kalau lu jumpa baby yang baru lahir seminggu dah ada Facebook.

Lu jangan pelik la der. Zaman dah moden. Semua dihujung jari. Opss lu jangan terasa lak der. Guwa tak tuju dekat sesiapa pun dekat luar sana. Guwa tuju dekat diri guwa je.

Guwa sekarang ni acapkali jugak lah blogwalking ke blog adik-adik ni. Ada yang guwa jumpa baru tingkatan 1, ada yang darjah 6 tapi nasib baik guwa tak jumpa yang darjah 1. Kalau tak memang guwa ketuk ketampi dekat toilet tanda protes.

Hari ni ada orang ngurat adik dekat sekolah

Dekat Facebook guwa, bila bukak je tengok ada friend request. Klik-klik tengok muka macam bapak budak, sekali tengok umur aisey baru darjah 6 da. Yang guwa takleh blah, kalau komen-komen dekat wall member-member lain yang tak sebaya dengan dia ayat mengalahkan bapak budak.

Ada pernah satu kes ni, aku ada join satu group yang dirahsiakan. Ala biasa lah budak-budak. Benda orang tengah serius dia boleh pergi main-main. Sekali kena sound setepek dengan bapak budak. Dah kena sound tak makan saman pulak tu. Adui.

Dah puas dekat Facebook, create akaun Twitter pulak. Macam-macam, lepas ni aku tak tau pulak dorang nak create apa. Jangan create akaun dekat laman-laman porn dan upload video sendiri sudah.

Celaka Punya Lipan

3 comments:

Ada satu hari tu, tak pasti lah hari apa. Tapi seingat aku dia hari yang ada dalam kalendar la. Macam biasa balik kerja badan letih. Salin baju, mandi, pergi dapur makan then hisap rokok. Badan pun letih ya amat, mata pula minta ditutup.

Oklah aku surrender. Ingat nak lelap kejap dekat atas kerusi sofa tapi rumah aku takda sofa jadi aku pun baring la ditempat perbaringan.

Sedap bai, perut dah kenyang. Badan dah mandi jadi rasa selesa. Apa tunggu lagi, tidur la jawabnya. Sedang aku sedap tidur, aku rasa macam ada benda yang menggigit ketiak aku. Hurm, nak kata rumah aku ada bela kucing tak jugak. Atau rumah aku ada bela hamster mustahil. Takkan aku ada bela kala jengkingkan.

Aku dengan antara sedar tak sedar, seluk tangan masuk dalam baju tarik benda yang menggigit aku tu. Tengah raba-raba, memang la meraba sebab dalam gelap. Apasal benda alah ni badan macam cacing pulak ni. Sepantas kilat aku ambil benda tu terus campak ke arah dinding.

Dengan rasa agak gusar aku bangun tekan suis lampu. OMJ lipan dow!. Lipan bai yang gigit aku tu. Macam haram J. Tengah sedap tidur boleh pulak si lipan ni menyelinap masuk dalam baju aku sampai dekat ketiak aku boleh dia gigit kan.

Aku rasa ni la lipan yang gigit aku tu

Aku pun tak pasti dari mana dia datang. Kemana arah tuju dia, aku tak sempat tanya semua tu. Dan yang paling aku musykil macamana dia boleh masuk ke dalam baju aku sampai ke ketiak aku. Siut betul. Dan inilah pertama kali aku pegang lipan. Selama ni geli kan, ni pertama kali.

Aku harap malam-malam akan datang dia tak melawat aku lagi. TT_TT

Gambir Oh Gambir

No comments:

Oyeah! akhirnya dapat jugak mood untuk update blog ni. Bukan senang beb. Tempoh hari dalam entri aku yang bertajuk Melaka dan Gambir Sarawak aku ada beri sedikit teaser tentang tajuk-tajuk entri yang akan aku tulis taip akan datang. Jadi ini adalah salah satu entrinya.

Bagi yang tak tahu atau tak pernah dengar pasal Gambir sini aku cerita. Gambir ialah sejenis getah kayu yang hanya boleh didapati di Bumi Kenyalang (Sarawak). That's why diberi nama Gambir Sarawak. Setakat ni aku belum pernah lagi jumpa Gambir Selangor, Gambir Kuala Kedah atau lain-lain lagi.

Dulunya Gambir Sarawak ini digunakan sebagai ubat penahan sakit seperti sakit gigi,bengkak gusi dan sebagainya. Ianya bertindak seperti ubat bius untuk memberi rasa kebas kepada pengguna. Juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat gigitan serangga dan kesakitan luaran yang kecil.

Tapi aku rasa Gambir Sarawak ni tak lah popular disebabkan kegunaannya untuk penahan sakit atau untuk mengurangkan kesakitan gigitan serangga tetapi lebih popular untuk kegunaan batin. Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk mengawal proses ejakulasi semasa hubungan kelamin

Haa. Aku bukan nak cerita lucah cuma nak berkongsi ilmu. Semoga kita dapat manfaat bersama. Esok kalau ada orang ajak berborak pasal Gambir Sarawak ni takdelah korang diam membisu. At least tau la Gambir Sarawak ni berasal dari Sarawak kan.

Nak dijadikan cerita. Ada sorang staff pejabat aku ni dia ke Sarawak dalam 2 ke 3 minggu lepas. Ada mesyuarat katanya. Seperti biasa dia ni memang suka belikan staff-staff pejabat yang lain hadiah cenderahati. Jadi untuk perempuan dia belikan kain kalau tak silap aku. Dan yang untuk lelaki boleh pulak dia belikan kami Gambir Sarawak.


Aku dalam hati dah mencarut-carut dah. Apa kejadahnya mamat ni, aku belum kahwin lagi kot. Tapi bila ingat balik Gambir ni boleh digunakan untuk sakit gigi so aku cuma simpan. Aduinya ter pun. Lain kali beli la benda lain. Nasib baik mak aku tak tanya. 

29 Mar 2012

Izara Aishah Tunggu Aku

11 comments:

Sebelum guwa tidur ingat guwa nak luahkan sikit la pasal kekecewaan guwa yang terbuku dalam hati ni. Yalah, mana taknya Lisa Surihani dah kahwin, Ana Raffali dah nikah, Scha Alyahya dah dilamar Awal Ashaari dan Liyana Jasmay yang dah selamat bertunang.

Adui semua tu idaman guwa tuh. Tapi takpalah siapalah guwa ini. Setakat ada sebijik motor dan sebijik laptop untuk blogging. Tak setaraf bai. Harta paling mahal guwa ada pun budi bahasa tu je. Hehehe.

Dan guwa nak ucapkan tahniah pada mereka semua dan selamat berbahagia. Kalau boleh guwa sekarang ni tengah tunggu Izara Aishah. Agak-agak jadi tak dia nak tunang dengan guwa bulan 8 ni gamaknya. Kalau jadi nanti guwa jemput korang okay!

Izara MMS guwa gambar dia
Dan ucapan takziah buat Asmawi Ani dan keluarga kerana kejadian rumah beliau di pecah masuk oleh penjenayah asing. 

Melaka dan Gambir Sarawak

No comments:

Pergh lama seyh guwa tak update blog. Rasa macam tak kena je hidup guwa ni. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang. Last update 22 Mac der dan sekarang dah 29 Mac dekat 7 hari juga guwa tak update blog.

Busy, ngalahkan Kak Ijat dengan Abg Ahjib. Ekeke. Biasalah, sibuk dengan urusan dunia. Urusan akhirat tak reti pulak nak sibukkan?

Banyak sebenarnya guwa nak cerita dekat blog ni. Banyak guwa nak kongsikan dengan pembaca. Yang mana sudi datang singgah lagi sekali guwa ucapkan terima kasih. Yang mana sudi komen tu jemput-jemput datang rumah waktu raya nanti.

Jadi guwa rasa better bagi sedikit teaser dekat korang. Antara topik-topik atau cerita-cerita yang guwa nak kongsikan dengan korang adalah seperti ringkasan lawatan guwa tempoh hari ke Negeri Melaka. Buat apa? macam biasalah der, melawat kawasan. Lagi-lagi dah nak dekat pilihanraya ni. Hehe.

Guwa nak cerita pasal gambir Sarawak. Uik Gambir Sarawak der, yang orang pakai untuk dot dot dot tu. Hehehe. Sabar ar, nanti guwa cerita.

Guwa ada story pasal isu semasa juga. Banyak bang tak terkira tapi guwa cuba untuk sharekan dengan korang satu persatu. Masak.

Guwa ada jugak nak share dekat korang cerita kelakar yang dialami oleh guwa sendiri. Tapi bila dipikirkan balik menyirap gak guwa hahaha.

So sebelum guwa nak tutup karangan jahanam ni guwa kasi up satu gambar yang dapat guwa rakamkan sewaktu berada di Melaka. Tapi guwa rasa pelik, apasal ayat guwa ni macam artis-artis ar? marah mak guwa kalau dia tau ni.

Kalau lu orang perasan, guwa ada dekat Meriam Buluh tu

22 Mar 2012

Serangga Pelik Serang Indonesia

20 comments:

Sejenis serangga yang dikenali sebagai Tomcat atau kumbang Paederus telah menyerang Surabaya, Jawa Timur. Ini telah menggemparkan penduduk-penduduk disana.


Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya. Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.


Kalau korang nak tahu, seranggan Tomcat ni banyak sebenarnya dekat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernama. Dulu waktu belajar memang popular la serangga ni. Sampai ada pelajar yang panggil serangga ni dengan nama Charlie sebabnya tak tahu nama saintifik dia.

Biasanya serangan serangga ni akan mengakibatkan kulit macam melecur dan akan gatal-gatal. Sebenarnya tak bahaya pun. Ambil masa 1-2 minggu untuk baik. Tapi dengan syarat jangan makan benda yang menggatalkan.

Jangan nak pelik sangat, benda ni berlambak-lambak dekat Poli aku belajar dulu tak kecoh pun. Takde pun masuk surat khabar. Ingat lagi aku pernah kena dekat dengan mata, pergh aku rasa macam dah down. Sebab benda ni suka menyerang dekat bahagian badan yang terdedah. Dia menyerang waktu malam pulak tu, waktu orang tengah tidur.

Bangun je pagi tengok-tengok dah ada kesan kena pancut dengan Charlie. Ha ha.

21 Mar 2012

Blogger Syok Sendiri

17 comments:

Sekarang ni ramai blogger yang syok sendiri termasuklah juga aku. Taip entri panjang-panjang tapi takde sorang pun yang baca. Senang cerita sendiri taip sendiri baca.

Kenapa fenomena sebegini boleh berlaku?salah blogger atau salah pembaca? mungkin dua-dua juga salah.


Entri Boring. Entri yang ditulis atau ditaip adalah boring. Baru baca tajuk tapi dah terasa boring memang tak boleh buat apa. Entri yang menarik orang untung dibaca adalah Entri yang tajuknya menarik, tertarik dan kau memang deboom.

Entri Panjang Lebar. Entri yang ditaip adalah tersangat panjang lebar hingga membuatkan pembaca rasa malas nak baca. Baru baca satu perenggan bila skrol mouse ke bawah tengok ada lagi 10 perenggan. Jadi pembaca akan timbul rasa malas.

Blog Berat. Blog anda berat? ramai yang komplen? padankan. Biasa pembaca-pembaca blog ni suka benda yang memudahkan. Ni masuk blog anda nak kena tunggu loading. Dah la loading ambil masa hingga 10 minit. Lagi la kesian kalau pembaca tu pakai broadband dan mempunyai sambungan internet yang perlahan.

Dah la loading lambat, lepastu ada pulak notification selamat datang ke blog blah blah blah. Bila klik ok ada keluar lagi, contoh ayat seperti anda boleh tapi jangan copy. What the hal, kalau aku jadi pembaca tu dah lama aku close windows, shutdown komputer dan tidur. 

Loading lambat, lepastu notification berlambak-lambak mintak pulak pembaca like Facebook dia. Kalau tak like kena tunggu sampai 45 saat. Eh suka hati la, aku nak baca artikel dekat blog kau ke atau nak like Facebook ko?

Banyak lagi sebenarnya, tapi takpe aku akan sambung lagi di masa akan datang. Teruskan membaca dan support blog aku. Terima kasih.

Syiling 10 sen boleh jadi RM280

21 comments:

Antara tajuk yang aku baca dari Kosmo Online. Wah menarik kan, syiling 10 sen boleh jadi RM280. Tapi bukan semua syiling 10 sen, hanya syiling 10 sen yang tercatat tahun 1971.

Kredit Gambar kepada Pemilik Asal

Apa yang specialnya dengan tahun 1971 ni? sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.

“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.

Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.

Ayat-ayat dekat atas ni aku petik dari artikel di Kosmo Online.  Jadi bagi sesiapa yang ada tabung tu bolehlah mula semak satu-satu syiling yang korang ada. Kalau tak silap aku syiling 50 sen pun ada yang berharga tapi tak pasti tahun berapa. 

Biasanya orang mencari syiling-syiling seperti ini kerana ada nilai-nilai tersendiri. 

20 Mar 2012

Pendrive Murah

11 comments:

Tengahari tadi aku sempat ke Digital Mall, Petaling Jaya dengan rakan sepejabat. Niat nak teman rakan sepejabat hantar laptop yang rosak dan cuci-cuci mata. Alih-alih, cuci entah kemana akhirnya aku merembat sebiji Pendrive 8GB jenama Philips yang berharga RM20.50. Uik 50sen pun dorang nak kira jugak ke?


Setakat ni harga Pendrive Philips ni la yang paling murah aku pernah jumpa. Kalau harga yang lain-lain dalam RM23 hingga RM24. Ala yang murah pun boleh jugak pakai boleh jugak simpan lagu, gambar, dokumen-dokumen. Kalau beli yang mahal-mahal esok kalau hilang tak ke garu kepala.

Tapi sebenarnya aku agak pelik sebab ni pertama kali aku jumpa Pendrive yang berjenama Philips. Kalau peti sejuk atau mesin basuh jenama Philips tu banyak la jumpa. 

Penting sebenarnya jika anda memiliki sebiji Pendrive. Bagi aku saiz 8GB ni dah memadai. Muat la untuk simpan lagu, gambar atau dokumen-dokumen penting. Tapi ingat, sila jaga Pendrive anda seperti jaga sebuah komputer. Pastikan bebas dari sebarang virus. Kalau dah dijangkiti virus, pandai-pandailah.

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !

5 comments:


Blog aku ni merupakan sebuah blog personal pada dasarnya. Tetapi disebabkan permintaan ramai, aku telah mengubah niche blog Bebeldotsorang ni kepada blog yang universal. Semua benda ada dalam blog ni seperti lawak, cerita sedih, pengalaman, isu semasa dan lain-lain lagi. Tapi apakan daya, sendiri karang sendiri baca.

Kenapa aku berblog? Aku berblog kerana aku rasa aku perlu berblog sebab aku nak sampaikan apa yang tak puas hati yang terbuku dalam hati aku ni. Apa yang tak kena pada mata aku, aku akan komen dan kritik kaw-kaw punya dalam blog ni. Ikut suka aku nak bebel pasal apa

Bagi korang yang nak join segmen oleh Abang Ben Ashaari ni sila klik link berikut atau boleh juga klik pada header Abang Ben di atas. 

Seks Jadi Trend Popular

4 comments:

Seks, bogel dan lain-lain lagi jadi Trend Popular dekat Kartikel. Uiks ape tu Kartikel? Kartikel adalah sebuah laman web yang menyediakan khidmat perkongsian artikel dalam Bahasa Melayu sahaja. Selain Bahasa Melayu tak dibenarkan.

Kalau sesiapa yang selalu ke laman web Kartikel mesti korang perasan yang antara muka laman web mereka berubah dari masa ke semasa. Maknanya semakin menarik dan mesra pengguna. Kalau tak percara silalah ke laman web Kartikel disini www.kartikel.com.

Dan apa yang aku perasan dekat Kartikel dia ada senaraikan apa trend yang popular yang dicari oleh pengguna di Kartikel. Cuba teka apa yang popular? dah semestinya Seks, Bogel dan lain-lain.


Siapa Rafizi? atau Rafizi Hamdan, adalah seorang pelumba basikal Le Tour de Langkawi yang meninggal tempohari kerana dilanggar oleh sebuah kereta di Hulu Klang. Takziah saya ucapkan.

Tak paham dengan kehendak rakyat Malaysia. Ramai yang menggunakan medium internet untuk mencari bahan bacaan lucah, gambar-gambar bogel dan lain-lain lagi yang boleh merosakkan minda.

Melayu Suka Hidu Gam

No comments:

Agak-agak korang marah tak bila aku tulis Melayu suka hidu gam? marahkan? Sekarang ni dekat Facebook tengah panas dengan video Budak Melayu Hisap Gam Sambil Gaduh. Bagi sesiapa belum tengok sila tengok video di bawah dan sila jangan terkejut. Inilah perangai budak-budak Melayu kita sekarang. Video kredit kepada Ameno World.


Aku sebenarnya tak paham dengan perangai budak-budak Melayu zaman sekarang. Bangsa lain ramai-ramai berlumba nak masuk institut pengajian, berlumba nak skor 20A tapi yang ni memang jahanam. Aku rasa budak-budak ni baru tingkatan 1 atau 2 kot. Tengok gaya badan dan gaya percakapan masih ada ciri-ciri kanak-kanak mereka yang menunjukkan mereka masih belum matang.

Belum cukup matang untuk mengenal yang mana baik atau yang mana buruk. Bodoh! kalau darjah 1 aku boleh terima. Nak salahkah siapa? Mak bapak? rakan sebaya? masyarakat?

Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil. Mak bapak sekarang ni perlu lebih peka dengan aktiviti anak-anak. Biarlah kalau mereka duduk dirumah sahaja jangan dimarah kerana tak keluar, tak bersosial. Nanti kalau keluar karang terlebih pulak sosialnya, biar je mereka duduk dirumah supaya senang diawasi.

Kalau perangai budak-budak Melayu sekarang macam ni, aku rasa dalam masa 20 tahun lagi bangsa Melayu akan jadi pelarian di bumi sendiri. Ramai pemuda melayu ke pusat serenti, gadis-gadis melayu ke Rumah Perlindungan. Sedih aku tengok bangsa sendiri.

Kenangan Dulu-Dulu Part 3

No comments:


Aku ingat lagi waktu sekolah-sekolah dulu. Waktu zaman buta IT. Jadi dekat semua sekolah telah dibina makmal komputer dan pelajar-pelajar diberi kelas komputer secara percuma ataupun secara berbayar.

Dari sekolah rendah lagi pelajar telah diperkenalkan dengan dunia IT. Ingat lagi bila waktu kelas Bbahasa Inggeris je kalau angin cikgu baik kitorang akan masuk ke makmal komputer.

Macam-macam la belajar, dari main permainan komputer, tengok video dan macam-macam lagi. Semuanya untuk mengenalkan kita dengan dunia IT. Zaman sekolah rendah bagi aku mungkin tak wajib kalau aku nak kenal semua bahagian-bahagian komputer ni. Cukup sekadar tahu bukak permainan komputer dah memadai.

Masuk je sekolah menengah jadi bengap. Lagi-lagi waktu kelas komputer. Memang haramjay. Ingat lagi waktu tingkatan 2, kelas komputer waktu pagi pukul 11 macam tu. Cikgu bagi tugasan suruh taip sesuatu dekat dalam Microsoft Word dan simpan dalam disket lepastu hantar 

Aku punya la buta IT nak bukak  Microsoft Word satu hal, nak taip lagi la terhegeh-hegeh. Lepastu nak "save" punya la buta sebuta-buta ITnya. Sampaikan nak "save" pun aku jeling budak sebelah. Bila masa dah tamat dan cikgu pun suruh hantar disket, aku pun gelabah sebab kerja tak siap lagi. Pakat nak "copy" member punya kerja.

Pergi dekat komputer dia, cucuk disket pastu tanya member. "Weh macam mana nak copy ni?" Member aku punya pandai dia jawab "Ko bukak Word, lepastu ko pergi dekat File lepastu klik copy". Aku pun balas "Eh macam tu je ke?senang gile". Bajet dah copy lepastu "save", close Word dan terus hantar dekat cikgu. Bangga je muka, padahal hantar disket kosong. Buta IT betul.

17 Mar 2012

Kenangan Dulu-Dulu Part 2

6 comments:

Kredit : http://normj1001.blogspot.com 

Kek Hiro, korang pernah makan? Rugi bagi sesiapa yang tak pernah makan. Benda ni waktu aku kecik-kecik dulu favourite. Ingat lagi, tiap-tiap petang aku dengan adik-adik aku akan tunggu bai roti lalu untuk beli jajan-jajan macam Kek Hiro dan keropok-keropok. Lepastu ramai-ramai lepak depan TV tengok Power Rangers. Heaven bai.

Kalau tak silap aku, Kek Hiro ni lagi sedap dari Cocopie. Harga seingat aku dalam RM0.50. Sekarang ni tak tau la berapa harga dia. Ada jual lagi dan aku pernah jumpa, tapi tak sebesar Kek Hiro waktu aku kecik-kecik dulu. 

Cleverbot Boleh Buat Orang Sakit Jiwa

2 comments:


Tekanan bai guwa chat dengan Cleverbot ni, ingat nak release tension tapi lagi menambah tekanan. Bagi yang nak tahu, Cleverbot ni adalah sebuah aplikasi pintar yang membolehkan pengguna berbual atau berborak dengan komputer. Ya apa yang dibalas adalah dibalas oleh komputer.

Aplikasi ini telah dicipta oleh Rollo Carpenter dan telah memenangi Machine Intelligence Competition 2010. Sebenarnya jawapan-jawapan yang dibalas oleh Cleverbot ini adalah jawapan yang telah ditaip oleh orang lain. Macamana tu? Setiap kali anda berbual dengan Cleverbot, ianya akan menyimpan data-data perbualan anda di dalam pangkalan data. Jadi bila anda bertanyakan soalan, Cleverbot akan mencari data yang sepadan dengan soalan anda. Tu yang kadang-kadang melalut kelaut tu.

Kalau korang nak jadi gila atau tak betul sila lah ke http://www.cleverbot.com/.

Kenangan Dulu-Dulu Part 1

6 comments:


Pernah makan coklat Tofi Luk ni? rasa dia toksah cakap la memang sedap. Aku dulu time sekolah rendah sukan makan Tofi Luk ni. Kalau mak aku suruh pergi kedai ke memang aku akan pow mak aku Tofi Luk ni. Addict gila bai.

Bagi aku, rasa dia lagi sedap dari Cadburry. Tapi tulah aku taste orang miskin. Ada ke orang nak makan Tofi Luk ni? Sekarang ni kalau cari dekat kedai memang aku tak jumpa. Tak tahu la kalau dah tak jual atau memang taknak jual dekat aku kan.

Harga dia kalau tak silap aku, RM0.60 kot. Dulu time budak-budak favourite la makan benda ni sama Cloud9. Dulu mana mampu nak makan Coklat Mars, Snickers dan lain-lain tu. Dah bekerja baru la dapat merasa.

Glitterati With Nuffnang

2 comments:

Der, aku punya membership status dekat Nuffnang dah jadi Ordinary(non-exclusive) bukannya lagi Glitterati. Ini berita sedih bukannya berita gembira.


Tapi tak pa aih, blogging bukan pendapatan utama aku. Aku blogging suka-suka, meluahkan perasaan, ketidakpuashatian dan lain-lain pendek kata aku ikhlas dalam berblogging.

Tapi sedih gak la sebab. Untuk itu aku akan motivasi diri supaya selalulah rajin update blog. Paling busuk pun dalam seminggu tu dua hingga tiga kali update. Tapikan aku pelik tau, macam Abang Ben Ashaari, Nisa Kay dan lain-lain macamana dorang dapat idea untuk update 4 hingga 5 entri dalam sehari. Hebat kan.

Senang je bang, aku pun boleh kalau nak buat macam tu. Tapi tulah, aku ni sibuk mengalahkan Perdana Menteri Russia. Lagipun kalau korang nak selalu rajin update blog korang , rajin-rajinkanlah membaca. Bacalah apa-apa saja artikel yang korang minat. Komen dan blogkan. Then dah dapat satu entri.

Lepas tu rajinkan diri untuk blogwalking, komen-komen dekat blog orang. Baca entri mereka, mungkin dari situ korang boleh dapat idea. Lainlah kalau macam aku ni, masa agak terhad.

Biasanya, pembaca ingin baca tentang isu semasa. Contoh kes rompakan bank ke, tapi tajuk mesti gempak baru la orang rasa teruja nak baca. Betul tak?

Jadi teruskan blogging jangan putus asa dan putus cinta. Eh?

Shiro Menang Raja Lawak 6

2 comments:

Raja Lawak Musim 6 telah dimenangi oleh Kumpulan Shiro. Seriously, aku tak kenal siapa Shiro ni mula-mula. Ingatkan anjing Shin Chan yang bernama Shiro tu. Rupa-rupanya salah sebuah kumpulan yang masuk bertanding dalam Raja Lawak Musim ke-6

Gambar dipinjam dari Facebook Shiro

Tahniah diucapkan pada Shiro dan pemenang-pemenang yang lain. Keputusan penuh Raja Lawak ke-6, tempat pertama dimenangi oleh Shiro, tempat kedua Zero dan tempat ketiga Cuit.

Dan terus terang, Raja Lawak Musim ke-6 ni aku tak pernah tengok lagi. Patut Astro dah patut berhentikan rancangan Raja Lawak ni. Sebab aku tengok kebanyakkan pelawak-pelawak yang masuk bertanding ada yang tiru-tiru pelawak-pelawak dekat luar sana.

Apa-apa pun aku terhibur dengan lawak Afdlin, Awie, Hans Issac dan Nabil dalam Cuci The Musical Last Kopek. Mereka memang terbaik! Salute.

16 Mar 2012

Najib Dah Berserban Sekarang

6 comments:


Kan bagus kalau Perdana Menteri kita macam ni dan juga isterinya. Takpa aih, mai kita doakan mereka agar selamat dan sejahtera. Jangan lupa doakan sekali supaya beliau dan isteri dapat jadi macam ni. Amin : )

Sumber : Facebook.

Cuci The Musical Last Kopek Mantap!

4 comments:

Cuci The Musical Last Kopek memang mantap der! Series ini bukan main-main. Untuk pengetahuan korang inilah pertama kali aku menonton teater muzikal tak sangka memang aku puas hati dan terhibur.

Dengan lawak-lawak bersahaja dan spontan dari Adflin sebagai Fairil si abang besar yang suka menasihati adik-adiknya, Hans Issac sebagai Khai yang lurus bendul dan blur-blur, juga Awie sebagai Jojo yang lembut orangnya tapi muka ganas dan yang paling rare, Nabil sebagai C'Tan yang memang tak boleh nak serius. 

Barisan Pelakon yang menjayakan Cuci The Musical Last Kopek

Disebabkan Cuci The Musical season yang lepas aku tak pernah tengok, ada kawan mengatakan jalan cerita masih sama cuma ada pertukaran pada watak dan diberi nafas dengan lawak-lawak sempoi, bersahaja dan spontan dari para pelakon.

Banyak part-part yang memang kelakar gila, aku rasa kalau korang tengok confirm gelak sampai perut cramp. Dengan si Nabil (C'tan) yang tak reti nak series, si Douglas Lim (Wira) "berkungfu", Harun Salmi Bachik (Tan Sri) yang lupa nama sendiri dan korang akan rasa beruntung sebab dapat tengok Vanidah Imran (CJ) bershuffle pakai tumit tinggi. Haha.

Memang dalam masa lebih kurang 4 jam tu penuh dengan gelak ketawa. Yang paling aku tak boleh blah, ada satu scene si Afdlin nasihat adik-adik dia dan si Nabil pun tiru gaya Afdlin. Memang pecah perut. 

Oppss tak boleh cerita banyak-banyak. Kalau korang nak tengok masih sempat lagi. Cuci The Musical ni akan berakhir pada 18 Mac 2012 ni. Tiket pun tak mahal mana. So dicadangkan korang pergi tengok ramai-ramai.

Aku nak ucapkan tahniah pada team Cuci The Musical sebab berjaya membawa teater ini dengan berjaya!. Sekalung tahniah!

Tapi aku rasa terkilan sebab balik awal, tak dapat bergambar dengan Vanidah Imran dan lain-lain sebab masa dah time untuk balik. Esoknya keja bai. Hehe.

15 Mar 2012

Tiket Free!

No comments:

Disebabkan aku adalah seorang pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta berdedikasi. Ya la, selalu buat kerja disaat-saat akhir. Selalu submit kerja lewat. Selalu bagi alasan kalau tak siap kerja. Jadi bos aku dengan bebesar hati telah memberi aku sekeping tiket untuk ke Cuci the Musical 3 Last Kopek pada 15 Mac jam 8.30 malam. Malam ni la kan?


Disebabkan aku belum mempunyai pasangan, jadi aku telah diberi sekeping je tiket. Cis. Untuk pengetahuan korang, (merujuk kepada pembaca blog ini yang sudi membaca artikel ini) ini adalah pertama kali dalam hidup aku menonton teater muzikal. Kalau konsert "free", gigs dan lain-lain dah banyak kali. Jadi disebabkan pertama kali aku agak teruja. Hehe. Terima kasih bos!

Jadi nantikan review dari aku dan gambar-gambar (tu pun kalau ada). Eh padahal Cuci the Musical season lepas pun aku tak tengok tapi nak bagi ulasan jugak. Adui.

8 Mar 2012

Graf Nuffnang Pelik

5 comments:

Pergh lama seh aku tak update blog. Last update adalah pada 26 Februari 2012 tu pun entri pasal Kerja Itu Ibadah. Bukan kekeringan idea, tapi sebenarnya adalah disebabkan kekangan waktu dan juga kesibukan dengan kerja.

Jadi pada sesiapa yang komen atau singgah di blog ini walaupun hanya taip "BW" ataupun dalam bahasa manusianya Blogwalking nanti kalau ada masa aku balas komen korang dan singgah ke blog korang. Thank you so much. Love you like a love song bebeh. Hehe~

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac. Kejap je rasa. Disebabkan blog ini dah lama tak berupdate jadi graf-graf dekat Nuffnang aku jadi tak betul. Kesian aku.


Kalau korang tengok graf dekat atas ni macam pelik kan, yang tengah-tengah tu mencanak naik. Apa kes? ni semua kes pasal Video Seks Jadi Bualan la ni. Nampak sangat orang Malaysia suka baca tentang cerita-cerita Seks. Sorry to say.

Jadi pada pagi ini aku berjanji untuk terus gigih berblogging walau apa jua halangan yang menimpa akan ku redah juak. Biasalah, pagi-pagi buta mesti kepala aku ting tong padahal pukul 8 pagi nanti nak pergi kerja.

Dan disebabkan pagi ni aku baik hati, ambil kau sekali tiga entri aku post. Sebenarnya dekat seksyen Draft aku ada banyak lagi entri-entri yang sudah lengkap tapi aku tak tahu bila masanya nak publish.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya ini. Sekian, dari saya insan yang lemah ini.

Berkayak di Kg Baru

No comments:

Disebabkan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor ramai penduduk yang terkandas. Dan yang paling menarik mangsa banjir terpaksa berkayak di Kampung Baru.

Kira ok lah berkayak, kalau tiba-tiba keluar tajuk "Mangsa Banjir berJet Ski di Kampung Baru" tak ke terkesima kita sekejap. Video ni aku dapat dari Channel Youtube Harian Metro. Jom tengok.


Aku rasa baru je hujan tak sampai 4 ke 5 jam macam tu dah banjir. Kalau la lepas ni, hujan dari pagi sampai ke tengah malam dan berlarutan sehingga 2 hari mungkin seluruh kawasan dekat Kuala Lumpur ni akan ditelenggami banjir. Ya lah, Terowong SMART pun banjir dengan cerita.

Kuala Lumpur Banjir Lagi

No comments:

Hujan lebat yang turun tidak berhenti sejak petang hingga malam tadi telah mengakibatkan banjir berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor.  Antara kawasan yang telah dikhabarkan dilanda banjir kilat ini adalah di beberapa kawasan seperti di Kampung Baru, Bukit Bintang, Masjid Jamek, dan Ampang.

Dan yang paling hebat, Terowong Smart yang dikatakan telah menelan belanja sehingga berbillion ringgit sebagai Projek Tebatan Banjir pun turut dilanda banjir.  Jom tengok gambar-gambar yang aku jumpa di internet tapi tak tahu sama ada betul atau tidak. Terima kasih kepada pemilik asal gambar-gambar berikut!.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...