28 Apr 2012

Duduk dan Bantah

10 comments:


Kalau korang tengok video Bersih 3.0 dekat Youtube seawal pukul 2.00 pagi orang ramai dah berkumpul di Dataran Merdeka. Setahu aku Bersih 3.0 akan mula pada pukul 2.00 petang. Ni apa kejadah pukul 2.00 pagi lagi orang dah mula berkumpul. Ada kecelaruan maklumat ke?

Ni macam mana ni? tengah duduk dan bantah lepas tu hari hujan dengan lebat sambil diiringi kilat sabung menyabung. Tak kan nak duduk jugak dekat tengah-tengah Dataran tu? kena patah petir nak salah kan DBKL? nak salahkan Dato' Bandar Kuala Lumpur?

Komik Bersih 3.0

No comments:

Bangun je pagi tadi, tengok dekat bakul motor adik aku ada komik Bersih 3.0. Full colour lagi tu. Apa lagi layan time breakfast la. Hehe.


Best jugak layan komik Bersih 3.0 ni. Lama kot tak layan komik. Dulu selalu layan komik Dragon Ball, komik Doraemon, komik Kawan dan lain-lain lagi. Nasib baik komik Bersih 3.0 ni percuma. Kalau kena beli aku rasa aku tak beli kot.


Dari duduk saja dekat Dataran Merdeka tu baik duduk rumah bersihkan apa yang patut. Tak pun luangkan masa dengan keluarga. Buang masa je duduk dekat Dataran tu, tak datangkan kebaikan dan faedah pun. Kang kalau ada yang sesak nafas kang tuduh polis la punca.

Ingat nak share komik Bersih 3.0 ni dengan korang jugak. Tapi malas pulak nak scan hehe. Padahal scanner pun takda. So apa aktiviti korang hujung minggu macam ni? Duduk rumah blogging saja atau duduk dekat Dataran Merdeka? hehe. Baik ikut macam aku, duduk rumah baca komik Bersih 3.0.

25 Apr 2012

Baju, Seluar Lama Nak Buat Apa?

No comments:

Tekanan tak bila korang buka je almari baju then tengok-tengok berlambak seluar yang tak boleh lagi dipakai disebabkan dah tak muat?

Aku tekanan kot. Dah la semua seluar kerja aku basuh. Nak pakai untuk esok dah takde seluar. Nak tak nak kena la selongkar almari baju cari seluar yang masih muat. Bila ingat balik, dulu-dulu time aku kaya shopping tak ingat dunia kot. Dalam sebulan je ada la dalam 2-3 kali aku pergi shopping. Mengalahkan perempuan.

Jadi pada sesiapa yang pernah mengalami situasi sebeginikan aku nak tanya dekat korang, apa yang akan korang lakukan pada seluar atau baju yang korang tak muat tu?


Bagi dekat adik beradik ke atau bagi pada sedara mara ke atau sedekahkan kepada anak-anak yatim ke kan. Aku nak je sedekah mana-mana seluar atau baju yang aku tak muat ni pada adik-adik aku. Tapi masalahnya adik-adik aku lagi besar daripada aku. Aisey.

Kalau nak sedekahkan kepada sedara mara pulak semuanya badan kecil-kecik. Gi mana sih? Nak sedekah pada anak-anak yatim, aku pun anak yatim jugak. Hehe.

Jadi aku ambil keputusan untuk simpan seluar atau baju yang aku tak muat nak pakai ni dengan harapan pada masa akan datang aku akan dapat pakai seluar atau baju ni semula. Haha. Harapan tinggal harapan.

Sekarang ni aku nak sahut cabaran 30 hari tanpa makan malam. Anjuran oleh aku sendiri. Hik Hik. Macam naharom. Takpalah ini adalah salah satu cara untuk aku turunkan berat badan. Kalau nak pergi jogging malas. Nak pergi gym malas jugak sebab dah lama aku tak pergi. Agak-agak korang dapat ke aku turunkan berat badan aku ni? atau makin bertambah? mari sama-sama kita saksikan. Hehe.

Oh ye sekarang ni aku tengok ramai blogger-blogger yang join Samsung Global Blogger. Nak join tapi macam malas. Hehe. Hadiah menarik bai, silap-silap korang boleh menang trip ke London kot. Join ar, kalau menang nanti jangan lupa share hadiah dengan aku.

24 Apr 2012

Beza Mamak Dulu Dengan Sekarang

2 comments:


Aku pernah mengalami situasi macam ni. Kalau dulu, datang-datang je kedai Mamak jerit je kalau nak order. Tak pun baru je duduk tak sampai 5 minit Mamak dah sampai nak ambil order. Itu dulu punya cerita la. Sekarang ni lain dah.

Kalau sekarang ni, biasa tak kalau korang ke kedai Mamak duduk dulu dalam 15 minit then baru Mamak datang nak ambil order walaupun dah panggil banyak kali. Kalau pelayan tu dah datang dekat meja kita then dia cakap sorry sebab busy ke takpa jugak. Ni tak dah la dekat 15 minit baru nak ambil order lepastu siap buat muka macam terpaksa pulak.

Tak semua kedai Mamak macam ni. Hanya certain-certain la. Baru-baru ni aku nak lepak minum dekat kedai Mamak tu. Tempat biasa aku lepak. Dulu boleh dikatakan balik je kerja memang lepak situ. Hari tu aku datang duduk kejap then aku tengok mana pelayan-pelayan ni? ceh dorang tengah bantai tengok TV. 

Aku pun panggil la suruh ambil order. Boleh pulak dia buat muka macam tanya dekat aku nak apa? Damn. Takkan aku datang kedai Mamak tu nak tengok TV lepastu balik tidur. Yenna Dei!

21 Apr 2012

Cerita Lawak Telekom Malaysia

10 comments:

Pernah satu hari tu aku call Technician TM (Telekom Malaysia) pasal apa internet aku ni selalu sangat DC (Disconnect) je. Disebabkan aku baru je pasang Streamyx dan tak sampai pun 14 hari lagi jadi aku terpaksa call Technician TM ni. Perbualannya adalah seperti dibawah.

Aku : Hello bang, saya ni Latip (bukan nama sebenar) hari tu abang ada datang pasang Streamyx dekat rumah saya tu ingat lagi tak?

Technician TM : Haa ingat lagi. Kenapa eh?

Aku : Bang nak tanya la..kenapa eh internet saya ni asyik DC je? asal malam je selalu DC. Kenapa eh? boleh tolong datang check tak?

Technician TM : Alamak..saya tak pasti la sebab apa. Lagipun saya takleh datang ni bang..Takpa abg tengok dulu internet tu..kalau lagi sekali dia DC call saya. Saya rasa MUNGKIN SEBAB HUJAN LEBAT LA BANG, TU YANG INTERNET PROBLEM TU..

Aku : Oh ea ke? ok nanti kalau ada apa-apa saya call balik..

Aku pun macam blur-blur. Eh sebab hujan lebat internet boleh problem. Macam kelakar je. Sampai sekarang kalau internet aku DC ke mesti aku akan tergelak bila teringat balik ayat Technician TM tu. Aku ingatkan Astro je bila hujan kadang-kadang tergendala rupa-rupanya Streamyx pun sama jugak.

Sorry bang, saya tak bermaksud untuk malukan abang. Cuma disebabkan saya takda idea untuk update blog tu yang saya taip pasal kisah abang ni. Hehe.

Comelkan adik-adik ni? Kredit kepada http://www.inhouseling.com

20 Apr 2012

Surat Dari Pelay Boy

2 comments:

Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas.

Masak bila si Pelay Boy tulis surat cinta! Kredit kepada http://penpatah.blogspot.com.

18 Apr 2012

Lagi Pembeli Ditipu!

6 comments:

Baru-baru ni kecoh dekat Forum Lowyat pasal kes penipuan di PC Fair. Kisah berlaku dimana seorang pembeli membeli sebuah External Hard Disk 500gb telah ditipu oleh penjual di PC Fair yang baru-baru ini diadakan.

Tanpa syak wasangka, pembeli terpikat untuk membeli External Hard Disk itu kerana harga yang ditawarkan adalah lebih murah daripada harga biasa. Bila pulang ke rumah, pembeli itu mula pelik kerana saiz External Hard Disk itu tidak sama dengan apa yang sepatutnya jadi beliau pun membuka casing External Hard Disk itu dan mendapati bahawa Hard Disk nya telah digantikan dengan skru dan batang besi.



Nasi dah jadi bubur, nak pergi ke kedai mungkin alamat yang tertera diresit adalah palsu. Jadi bagaimana? Kejadian ini telah memalukan dan mencalarkan imej Pikom PC Fair.


Nasihat untuk pembeli-pembeli diluar sana. Jika anda ingin membeli sesebuah barangan IT atau elektrikal, pastikan anda suruh tuan kedai itu tunjuk kan isi kandungan atau testing dahulu di komputer hingga anda puas hati. Takpun sila bawa bersama dengan anda orang yang tahu atau arif tentang barangan yang anda ingin beli.

Kredit kepada Lowyat Forum.

16 Apr 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

6 comments:


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :-

1.  Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2.  Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

3.  Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4.  Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5.  Jika membacanya 1,000 kali, InsyaAllah rezeki kita akan bertambah.

6.  Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7.  Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

15 Apr 2012

Burger Bakar Kaw Kaw, Sedap Ke?

6 comments:

Burger Bakar Kaw Kaw, sedap ke? hurm bagi aku not bad lah. Baru-baru ni Burger Bakar Kaw Kaw ni jadi popular sekejap sampai keluar dekat suratkhabar The Star. Padahal dah lama dah stall Burger Bakar Kaw Kaw ni wujud.


Nak kata sedap, hurm ok not bad. Dengan daging burger yang dibakar dan dengan roti burgernya lembut juga tak lupa kepingan cheese yang cair bila masuk dalam mulut pergh cukup untuk memuaskan nafsu makan aku ni. Penantian selama 1 Jam Setengah berbaloi juga akhirnya. 

Sempat gak guwa temuramah awek dekat dalam tu

Ramai tak? sorry gambar gelap

Bagi sesiapa yang nak tahu lokasi gerai Burger Bakar Kaw Kaw ni bolehlah rojok peta dibawah. Ala tak susah la kalau nak pergi. Agak kalau korang nampak orang beratur ramai-ramai tepi jalan ha tu lah dia Gerai Burger Bakar Kaw Kaw.


Pesanan akan mula diambil bermula pada pukul 7.30 malam. Jadi sila datang awal untuk mengelakkan anda dari beratur panjang. Kalau tak nak beratur panjang, sila datang pukul 10.00 malam. Oh ye, lupa nak bagitau Gerai Burger Bakar Kaw Kaw ni waktu tamat operasinya berdasarkan pada stok daging burger. Kalau daging burger cepat habis jadi awal la mereka akan tutup.

Kalau korang nak layan gambar-gambar yang boleh membuatkan anda terliur sila ke laman Facebook Burger Bakar disini https://www.facebook.com/burgerbakar.

13 Apr 2012

Film's Review : Battleship

4 comments:


Sinopsis

Filem penuh aksi arahan Peter Berg ini mengisahkan tentang seorang Leftenan Kanan Alex Hooper yang mengetuai anak kapalnya menentang makhluk asing yang ingin menjajah bumi. Terpisah dengan dunia luar, mereka cuba untuk memerangi makhluk asing itu sehingga ketitisan darah terakhir.

Barisan Pelakon

Liam Nelson (sebagai Admiral Shane), Taylor Kitsch (sebagai Alex Hopper ), Brooklyn Decker (sebagai Samantha), Rihanna (sebagai Raikes) dan ramai lagi.

Rating - 8.5 / 10

Ulasan

Bagi aku filem ini memang terbaik dan amat dinanti-nantikan oleh semua peminat filem luar negara. Penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Aksi peperangan antara kapal laut perang dengan kapal angkasa makhluk asing memang mantap. Dari segi rekaan kostum makhluk asing lagi lah terbaik! dah macam kostum HALO dan yang paling penting Rihanna ada berlakon.

Tapi aku macam rasa agak pelik sikit sebab ada bahagian-bahagian tertentu dalam filem ini dipotong. Mungkin sebab masa tayangan amat panjang kot. Jadi bagi aku memang tak rugilah kalau korang pergi tonton. Kalau nak lagi best sila tengok di GSC MAXX di Times Square. Dengan sistem bunyi yang terbaik dan skrin panggung besar aku jamin korang akan tergamam punya.

12 Apr 2012

Pelakon Luar Setaraf Pembantu Rumah

4 comments:

TAK sudah-sudah kontroversi yang dicipta oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi. Selepas isu tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan, keluar pula isu Zed membelakangkan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dalam membuat sebarang keputusan berhubung persatuan tersebut.

Abang Sembilu Kasih

Belum lagi reda kedua-dua isu yang ditimbulkan, Zed sekali lagi mencipta kontroversi baharu apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial Twitternya mengenai kemenangan pelakon Singapura, Aaron Aziz menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru-baru ini.

Walaupun kenyataan di laman sosial Twitternya tidak menulis nama Aaron tetapi ramai pengikutnya yang tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Zed itu.

Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: ‘AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!’

Apa yang membuat khalayak meluat apabila Zed menafikan pula kenyataan tersebut ditujukan kepada Aaron. Kalau begitu siapa yang dimaksudkan Zed? Kenapa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu? Adakah untuk kepentingan sendiri atau sekadar suka mencari publisiti?

Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media.

Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?

Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.

Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?

Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar.

Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular.

Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan.

Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?

Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka.

Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?

Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini.

Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?

Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.

Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan?

Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri.

Apa nak jadi entah. Pasal anugerah dalam bidang hiburan pun nak bergaduh nak bercemburuan. Tak perlu kot. Anugerah tu tak bawa masuk kubur pun bila mati nanti. Biasalah, dalam diri manusia mesti ada sifat cemburu. Menang salah, tak menang salah. Undi salah tak undi salah. Apa boleh buat.

Sumber artikel diatas diambil dari Kosmo! Online.

10 Apr 2012

Malaysia dan Bersih 3.0

4 comments:

Hidup hidup! Hidup hidup! Abah Kau!

Bersih 3.0 kali akan diadakan pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka bermula pada pukul 2 petang dan berakhir jam 4 petang. Bersih 3.0 kali ini akan meminta para pembersih untk Duduk dan Bantah.


Antara senarai tuntutan yang telah disenaraikan adalah seperti di bawah :
1. Bersihkan Senarai Undi
2. Mereformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa Kempen Minima 12 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Aku bukan nak memihak kepada sesiapa samada pembangkang mahupun kerajaan. Semuanya ada kepentingan masing-masing. Betul tak? malas nak ulas panjang-panjang. Nanti kena gantung.

Ingat lagi tak waktu Bersih 2.0? aku ingat lagi. Memang tekanan. Seluruh pelusuk jalan masuk ke Kuala Lumpur penuh dengan sekatan jalan raya. Jalan sesak tak ingat. Waktu tu kalau tak silap aku, aku melarikan diri ke Kajang dan aku tengok jalan sesak bermula dari Tol Sg Besi hingga ke Seremban gamaknya.

Sana-sini sekatan jalan raya. Habis satu bandar Kuala Lumpur lumpuh. Peniaga-peniaga terpaksa tutup kedai dan aku berharap Bersih 3.0 kali ni akan diadakan dalam keadaan yang damai dan tak menyusahkan orang lain.

Korang duduk diam-diam sambil bantah dan makan keropok lekor ok? Jangan gaduh-gaduh dengan polis. Nanti kalau ada yang sesak nafas kang kata polis yang pijak pulak. Apa-apa pun insyaAllah, Bersih v10.1 aku akan join. Tu pun kalau ada la. Hehehe.

Hidup hidup! Hidup hidup! Abah Kau!

Petua Menduduki Rumah Baru

4 comments:


1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut : Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

InsyaAllah, jika ada ilmu-ilmu yang bermanfaat akan saya kongsikan dengan anda semua untuk amalan kita bersama. Alhamdulillah.

4 Apr 2012

Unifi vs Astro

10 comments:

Sob sob sob. Akhirnya rumah aku pasang jugak Astro. Huhuhu. Terharu bai. Baru sekarang nak pasang Astro. Mesti korang nak cakap yang aku ni ketinggalan zaman sebab baru sekarang nak pasang Astro kan.


Hello! sorry sikit. Aku bukan seperti yang korang sangkakan. Sebelum aku pindah ke rumah baru aku dah pun pakai Unifi. Lagi lah laju. Ada IPTV. Kalau hujan ke gempa bumi ke mak aku mengamuk atau membebel still masih boleh tengok TV.

Dan setelah pindah ke rumah baru. Telekom Malaysia mula menunjukkan keburukan servis mereka. Dari kontraktor hinggalah ke yang atasan. Malas aku nak layan. Sepatutnya aku nak pindahkan Unifi aku tu kerumah baru kami. Tapi disebabkan ada masalah teknikal TM tak dapat nak laksanakan. Dah la tangguh hingga 2 bulan. Dalam polisi sepatutnya 14 hari je.


Malas nak kecoh-kecoh, aku potong Unifi dan masukkan Streamyx dengan speed yang paling laju. Laju apa kebendanya. Macam nakharomm. Streamyx aku 4mbps tu speed dia macam pakai dial up. Broadband aku rasa lagi laju. Very bad la TM ni.

Sambung balik cerita pasal Astro. Kalau tak silap aku, kelmarin agen Astro mai datang rumah aku nak pasang Astro. Dah la datang malam lepastu hujan-hujan pulak tu. Hebat, pasang piring Astro dalam hujan.

Jadi disebabkan Astro dah pasang dekat rumah aku, jadi aktiviti internet aku akan dikurangkan kepada 80%. Lagi 20% untuk Astro. Hehehe. Lagi-lagi adik aku dah subscribe Astro Mustika. Memang jumaat ni aku nak layan Super Spontan lah. Ok terima kasih!.

3 Apr 2012

Suami Buncit, Suami Yang Baik

No comments:


Hi saya adalah seorang yang buncit. Jadi peratus untuk saya menjadi seorang suami yang baik adalah 100%. Sesiapa yang masih mencari calon suami boleh terus hubungi saya di talian 012-5235145. Terima kasih.

Hahaha mesti korang gelikan? Aku sendiri pun geli haha. Aku jumpa ayat perangsang minda ni dekat Facebook jadi apa salahnya kalau aku sharekan dengan korang kan? Untung bai jadi buncit ni. Boleh jadi seorang suami yang baik.

Aku tak tau la kenapa ada orang kata suami yang baik adalah seorang suami yang buncit. Mungkin sebab suami yang buncit ni tak banyak komplain. Tak banyak bunyi. Mungkin la. 

1 Apr 2012

Facebook Bukan Diari

14 comments:

Facebook bukan diari, untuk pengetahuan korang Facebook bukanlah diari online yang boleh korang tulis kisah hidup seharian dekat situ. Facebook adalah sebuah laman sosial yang menghubungkan orang. So jangan nak mengedik nak update status setiap minit. Ianya menjengkelkan.


Kalau korang perasan, dalam banyak-banyak kawan korang dekat Facebook mesti ada ciri-ciri suka update status setiap minit ataupun setiap saat. Betul tak? sampaikan ada yang terpaksa block post-post dari diorang. Jom kita kaji watak-watak pengguna-pengguna di Facebook.

1. MODEL - Suka tukar gambar profil setiap hari.

2. PENJENAYAH - Suka tukar nama setiap hari.

3. PERASAN BAGUS - Namanya menggunakan simbol- simbol sehingga menyusahkan kawan-kawan nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T sepatutnya Jimat)

4. WARTAWAN - Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting!

5. PENGGANAS - Suka menyebarkan link yang menakutkan (Contoh - sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan atau bencana dan sebagainya)

6. BINTANG FILEM - Suka kemaskini status setiap 5 minit.

7. BINGUNG - Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status.

8. PERASAN HEBAT - Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa! ( Contoh - OTW ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam)

9. BUDAK HINGUSAN - Selalu menampilkan gambar dengan pelbagai gaya (Contohnya - ambil gambar dengan mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut?)

10. SHOWOFF - Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat gambar profil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...