22 May 2012

Video Klip "Spider - Tapi Bagaimana" Sangat Comel!

6 comments:

Video Klip kumpulan Spider untuk lagu Tapi Bagaimana bagi aku memang agak comel. Sebab apa? sebab ada awek comel. Kan comel kan? hehe. Video klip ni adalah video klip terbaru kumpulan Spider arahan Khairul Hazwan dari RotiKaya Entertaiment. Apa kata korang layan dulu video klip Spider ni.


Comel kan video klip ni dengan awek yang berlakon dalam video klip ni. Walaupun simple dan tak banyak prop yang digunakan tapi jalan cerita senang nak difahami.  Ada yang kata, idea video klip Tapi Bagaimana oleh Spider ni sebenarnya diambil dari Filem Pendek yang bertajuk Signs


Sedikit tentang Filem Pendek Signs. Diarahkan oleh Patrick Hughes dan pelakon utama adalah Nick Russell dan Kestie Morassi.  Tapi yang paling penting awek dalam video klip Spider ni memang comel. Nak kenal dengan awek comel ni? sila lawat dia di http://azuracouture.com/. Sekian terima kasih dari saya yang comel. Erk? ahaha.

20 May 2012

Top 5 Penyanyi Lelaki Vokal Terbaik

9 comments:

Jarang aku ni nak buat ulasan pasal artis. Almaklumlah hamba ni kalau nyanyi pun kelaut. Jadi malulah kalau nak buat ulasan pasal artis-artis Malaysia ni. Kang kalau salah malu pulak kena kutuk tak pasal-pasal.

Entri kali ni aku nak listkan top 5 penyanyi lelaki yang ada dekat Malaysia ni yang mempunyai vokal yang amat mantap terbaik dan kau memang debomm. Kiranya kalau nyanyi dua tiga lagu sekali gus tu tak pancit la. Ayuh kita mulakan dari tempat ke 5.

Tempat ke 5 jatuh kepada Hazama. Kalau korang tengok dia dari Konsert Prelude AF dulu vokal dia biasa-biasa saja. Tapi makin lama makin mantap der. Sampai boleh berduet dengan Meet Uncle Hussain lagi tu. Sampaikan aku pun boleh terminat.

Hazama

Tempat ke 4 pula jatuh kepada Faizal Tahir. Nak kata aku ni minat sangat dengan Faizal Tahir ni tak jugaklah. Tapi bagi aku vokal dia boleh dikatakan terbaik jugak. Tak pancit kot kalau nyanyi dua tiga lagu. Cuba korang kalau karaoke bawak lagu Sampai Syurga. Tengok tercirit ke tak haha.

Faizal Tahir

Tempat ke 3 pula jatuh kepada Fiq Mentor. Mamat ni seperti biasa, suara dan vokal dia memang memukau. Kalau aku pergi karaoke lagu wajib karaoke adalah lagu Fiq iaitu Bukti. Memang mantap.

Fiq Mentor

Tempat ke 2 jatuh kepada Amy Search. Antara lagenda Rock tanah air. Suara dia kalau tarik pergh kalah bai Aril. Lagu Isabella dengan Fantasia Bulan Madu memang menguji vokal aku kalau waktu karaoke aku nyanyi lagu tu hehe.

Amy Search

Dan juara untuk vokal paling mantap dan paling aku minati jatuh kepada Awie. Atau lebih dikenali sebagai Usin. Awie ni walaupun dirinya penuh dengan kontroversi tapi aku still minat sama dia. Suara dia toksah habaq mai lah dari dulu sampai sekarang terbaik der. 

Awie Wings

19 May 2012

Hafiz Juara Astro Mania

6 comments:

Tahniah diucapkan kepada Hafiz dari Empayar Hijau dibawah bimbingan Ahmad Dhani yang telah memenangi tempat pertama Astro Mania. Sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500, 000. Diikuti tempat kedua dimenangi oleh Stacy yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200, 000 dan tempat ketiga digondol oleh Jac membawa pulang hadiah wang tunai RM 100, 000.


Pertandingan akhir Astro Mania memang agak sengit. Kesemua peserta mempunyai vokal yang mantap dan hebat dari segi persembahan. Biasalah artis-artis yang memang berbakatkan.

Tapi yang aku pelik kenapa Aril boleh ke peringkat akhir? nampak sangat permainan Astro ni. Nasib baik Hafiz menang tempat pertama, kalau Aril yang menang mahu aku unsubscribe Astro.

Apa-apa pun persembahan dari Stacy, Hafiz, Hazama dan Jac memang terbaik!. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.




Uncle Usin : Filem Sampah 2012

3 comments:


Filem : Uncle Usin
Pengarah : Husri Haji Husain
Genre : Komedi / Detektif
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Syiqin Kamal,
Pelakon Pembantu : Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya, Yanik Kassim, Ah Chong, Joey, Tauke Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Yazid Search, Black Wings, Eddy Wings, Kudin


Sinopsis

Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik seguru yang membawa haluan masing-masing setelah guru mereka meninggal dunia. 11 (Lakonan Johan) telah disingkirkan dari kumpulan guru beliau dan membawa diri. 13 (Lakonan Zizan) pula adalah murid kesayangan gurunya dan telah menimba ilmu, seterusnya setelah lima tahun, membuka sebuah syarikat penyiasatan persendirian. Beliau telah menjadi popular kerana berjaya menyelesaikan banyak kes menggunakan kemahiran beliau.

Pada suatu hari Cik Julia (lakonan Syiqin Kamal) telah datang ke pejabat 13 atau Spy13 dan meminta bantuan dari Spy13. Mereka perlu membongkarkan dalang yang menyebabkan bapanya koma. Dengan pelbagai alatan canggih dan ajaib, 13 sedia membantu Julia dalam usahanya untuk menyedarkan bapa Julia. Pada masa yang sama, 11 telah muncul dan membantu pak cik tiri Julia, dan bercadang untuk melawan 13 untuk mendapatkan buku rahsia persilatan gurunya. Apakah yang terjadi selepas itu? Bilanya Uncle Usin ni muncul?

Trailer



Komen

Series ikhlas dari hati aku mengatakan filem Uncle Usin ni adalah filem sampah 2012. Babak pertama yang membuatkan saya menganggap filem ini filem sampah apabila babak pertarungan antara Johan dan Zizan di gelanggang persilatan. Efek-efek kuasa yang digunakan dalam filem ini nampak macam budak-budak diploma IT yang baru belajar Adobe Premier.

Best ke jalan cerita? tak kot. Bagi aku jalan cerita memang membosankan. Takde plot langsung.  Takde klimaks. Mendatar je. Dah la jalan cerita membosankan, kadang-kadang ada pelakon yang lupa skrip la. Adui kantoi kot.

Walaupun dalam filem ni ada Johan dan Zizan serta pelakon-pelakon pembantu lain yang agak popular tapi tak membantu langsung. Kadang-kadang ada lawak yang ditunjukkan pada aku dalam filem ini tak berapa nak lawak. Boring. Aku tengok filem ni pun sebab ada Syiqin Kamal.

Yang membuatkan filem ini mendapat title Filem Sampah 2012 adalah kerana dari segi pengguna efek-efek CGI dia. Macam budak-budak diploma yang buat. Dari segi pemilihan perlakon dah terbaik. Cuma jalan cerita dan skrip yang agak macam syok sendiri. Tak tau lah kalau filem ini dibikin untuk tontonan para pelakon dan krew-krew filem sahaja.

Dan siapa dia Uncle Usin? kenapa scene dia cuma 10 minit sahaja?

18 May 2012

Jatuh Cinta Lagi

6 comments:

Actually aku jatuh hati dengan design Modenas Ace 115z ni. Nampak macam mantap kan. Tapi tak taulah macam mana perfomance dia.

Mantap bai, siap ada cooling system lagi. Harga dekat kedai lebih kurang RM 4,598.00 (Dual Starter) tak termasuk cukai jalan dan insurans.


Kalau tengok dari depan nampak macam Nouvo pun ada jugak kan? aku terpikat kot dengan warna merah ni. Mantap der.


Kalau dari sisi pulak nampak sipi-sipi macam Suzuki Belang. Ni kalau aku adjust kasi tukar tayar besar sikit. Lepastu tukar sportrim 5 batang memang cun. Dah la single absorber. Memang aku jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta. Haha

16 May 2012

Helmet Kena Curi

6 comments:

Baru-baru ni helmet aku telah dirembat sewaktu aku berkaraoke di Wangsa Walk Malk, Wangsa Maju. Celaka mana entah yang berani rembat helmet aku. Nak kata helmet aku cantik, taklah cantik sangat. Tapi bolehlah.

Kredit : nasihangit.blogspot.com
Aku tak pasti kenapa dia minat sangat dengan helmet aku. Patutlah hari tu aku rasa lain macam je. Waktu nak keluar dari rumah tu aku rasa lain macam je. Rupa-rupanya helmet aku nak kena rembat. Habis lari bajet aku bulan ni. Elok-elok aku nak beli iPad bulan ni terus tak dapat. Huhu.

Bila aku tengok helmet aku dah takde sebab kena rembat terus aku sms adik aku suruh hantar helmet lebih kalau-kalau ada. "Ngah, anta along helmet satu. Along dekat wangsa walk ni helmet kena rembat. Sekarang tau". Ayat minta simpati aku. Tet tet tet tet. Handphone aku berbunyi, adik aku membalas. "Ak ala, rembat lah helmet orang lain."

Cilakak, adik aku ni. Agak-agak la nak suruh aku rembat helmet orang lain. Kang tak pasal-pasal kena pukul kang. Tetiba aku teringat balik kisah helmet kena rembat ni.

Ada satu hari tu, adik aku ke Ampang Point. Pergi karaoke katanya. Waktu nak balik turun pergi ke tempat parking motor tengok helmet dia dah hilang. Cuak jugak la adik aku. Dia dengan muka selamba, pergi Popular Bookstore beli pisau lipat lepastu.

Lepastu dia turun ke tempat parking motor pergi rembat helmet orang lain. Cilaka mamat ni, kalau kantoi naya je. Muka selamba je. Ish ish.

So kesimpulannya lain kali helmet tu jangan tinggal dekat motor. Kalau nak tinggal pun pastikan korang letak sekali kasut, stokin, spender basah dalam helmet tu. Sure orang tak sanggup nak curi. Haha.

Kongsi dan Menang Wang Tunai

No comments:



Kongsi dan Menang


Kongsikan Artikel-artikel seberapa banyak mungkin dan anda mungkin menjadi pemenang.

Hadiah
Tempat pertama : RM150
Tempat kedua : RM100
Tempat ketiga : RM50
Sagu hati : RM15 X 10

** Pemenang akan dikira melalui jumlah artikel yang terbanyak beserta artikel yang paling banyak dilihat
** Artikel tidak boleh berunsurkan lucah
** Tarikh tutup penyertaan adalah 15hb Jun 2012
** Kongsi Artikel yang telah disubmit di facebook ataupun twitter untuk mendapatkan view


Nak kata baru tak baru sangatlah dah lama kot. Team Kartikel sedang mengadakan pertandingan/peraduan Kongsi dan Menang. Bagi sesiapa yang ingin sertai sila baca syarat-syarat diatas ni atau boleh ke www.kartikel.com untuk lebih lanjut. 

Bagi sesiapa yang nak tahu atau masih belum tahu, Kartikel merupakan sebuah laman ping berbahasa melayu yang membolehkan anda untuk berkongsi artikel-artikel anda dengan mudah, cepat, pantas, adil dan saksama. Ala senang cerita sama macam Busuk.org la.

Bagi aku hadiah dia agak lumayan, kalau kau punya website hit banyak bolehlah promote kan. So good luck! Kalau menang jangan lupa belanja aku Burger Bakar ok.

Selamat Hari Guru!

No comments:

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang berada di Malaysia. Tak lupa juga ribuaan terima kasih kepada Google dan Wikipedia. Tanpa kamu siapalah aku.


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. (Sumber : Wikipedia)

Bila diingat balik, dulu-dulu waktu aku sekolah bila tiba je hari guru aku jadi macam takut. Aku pun pelik orang lain rilek je aku boleh jadi macam takut. Mungkin sebab aku tak tahu nak pilih cikgu mana yang patut diberi hadiah dan hadiah apa yang patut aku beri.

Ada sekali tu aku bagi cawan kaca H.A.C.K.S dekat sorang cikgu ni. Disebabkan aku suka dia jadi aku bagi hadiah tu. Bila diingat balik bagi sesiapa yang tahu H.A.C.K.S tu ada membawa maksud sebenarnya iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Damn, kalau aku jumpa cikgu tu balik mesti malu kot. Nasib baik dah kejadian tu dah nak dekat 14 tahun haha.

Tapi sampai sekarang yang membuatkan aku pelik adalah setiap kali sambutan hari guru, guru yang menerima hadiah paling banyak adalah Guru Disiplin. Pelik, ramai betul peminat dia.

Cer korang kongsikan sikit dengan aku, apa hadiah yang perlu atau patut korang bagi kepada cikgu-cikgu semasa sambutan hari guru?

9 May 2012

Budak 8 Bulan Dipukul

16 comments:

Baru je tadi tak sampai sejam ke dua jam video perempuan cacat mental memukul budak kecil. Aku rasa budak tu umur baru 8 ke 9 bulan. Sampai hati dia boleh pukul macam tu. Binatang pun tak buat anak dia macam tu. Perempuan ni lagi teruk kot dari binatang.

Aku kalau dapat perempuan ni siap lah. Memang aku buat balik benda yang dia buat dekat budak tu. Kesian kot. Tak sampai hati aku nak tengok.

Update dari status di Facebook Polis Diraja Malaysia :

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...