23 Jun 2012

Barang Yang Dinanti Telah Tiba

2 comments:

Barang yang dinanti-nantikan oleh aku dah sampai. Rasa teruja beb. Hehehe. Mempersembahkan The New One "HTC Wildfire S". Lama aku tunggu sampai jugak.


Ya la beli online kan. Jadi rasa macam gusar sikit lagi-lagi aku boleh terus buat payment online thru Maybank2u. HTC Wildfire ni aku beli dari Lazada. Ala laman beli belah online tu. Sepatutnya barang ni sampai dalam masa 4 hingga 7 hari bekerja tapi aku rasa tak sampai 4 ke 7 hari tu pun.

Dan untuk menambahkan lagi rasa kegusaran aku tu, ramai orang complaint dekat Facebook Lazada cakap shipping lambat la. Barang out of stock. Customer service macam bengong. Macam-macam lagi la. Nasib baik benda sampai dengan selamat.


So far bagi aku takde masalah sewaktu aku menggunakan HTC Wildfire S ni. Cuma saiz dia agak kecil bagi tangan yang agak gergasi bagi aku ni. Haha.

Aku tengok dekat Facebook Lazada sekarang ni, Lazada ada bagi coupon voucher RM100 untuk pembelian berjumlah RM600 dan ke atas. Apa tunggu lagi? tamat pada 7 Julai 2012. Sila klik link ini untuk ke Facebook Lazada. http://goo.gl/TVWfz

Bagi sesiapa yang nak tengok speksifikasi HTC Wildfires S ni boleh klik pada link ni http://goo.gl/OG2TO. Nanti aku akan kasi sikit review berkenaan dengan HTC Wildfire S ni.

19 Jun 2012

Lay-park Corner - Tempat Lepak Warga Bangi

2 comments:

Laypark Corner sebuah Restoran Makan yang berkonsepkan santai dan sederhana.  Lokasinya terletak di Seksyen 9, Bangi. Waktu perniagaan adalah bermula dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Menawarkan masakan Melayu seperti Asam Pedas dan Ikan Patin Masak Tempoyak pada waktu makan tengahari dan makanan-makanan lain seperti Meatball, Satay dan banyak lagi.

Kredit : http://ceciter.com  

Ulasan


Sabtu lepas, aku dan rakan-rakan bercadang untuk cuba makan di sebuah restoran yang baru dibuka di Seksyen 9, Bangi iaitu Lay-park Corner. Lay-park Corner, restoran ini sebenarnya baru saja beroperasi lebih kurang seminggu. Dengan dekorasi yang santai dan bersederhana, restoran ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk melepak atau bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga sendiri.



Pada malam itu kami telah memesan Meatball untuk 4 orang. Memang menarik Meatball yang disajikan. Walaupun agak kecil tapi kenalah dengan harganya iaitu RM5.90 sepinggan. Sama seperti Meatball di IKEA, tapi Meatball di Lay-park Corner ini sosnya agak sedikit masin.


Keseluruhannya memuaskan dengan suasana yang selesa selain pekerja-pekerja yang peramah. Kalau korang duduk area Bangi atau kawasan yang berdekatan dengan Bangi, bolehlah datang makan-makan dekat kedai ni. Murah dan berpatutan. Next time, kalau ada rezeki kami nak cuba satay di sana. 

Kemudahan


Kalau korang nak tahu, dekat Lay-park Corner ni ada khidmat Wifi percuma!




16 Jun 2012

Sakit Kepala?

2 comments:

Anda selalu diserang sakit kepala? pening-pening. Disini ada petua untuk menghilangkan sakit kepala mengikut petua rawatan Islam.

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

Sepanjang membaca ayat-ayat Al Quran seperti yang dinyatakan diatas, letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala. Terutamanya pada bahagian yang sakit. InsyaAllah mudah-mudahan sakit kepala yang dialami hilang.

Rahsia Garam

3 comments:

Rahsia Garam. Amalan sunnah yang tidak diketahui

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 



Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1.   Kalau penyakit Ghaut, timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2.  Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3.   Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4.   Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5.   Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6.   Cuci perut, minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

14 Jun 2012

Pernah Dengar Lazada?

9 comments:

Pernah korang dengar tak pasal Lazada? Aku pun baru dengar petang tadi. Ala Lazada ni serupa macam Amazon.com juga yang menawarkan jual beli atas talian.

Dengan Lazada, korang boleh beli barangan dan peralatan elektrik seperti komputer, televisyen, telefon bimbit, telefon pintar dan lain-lain lagi dengan mudah dan akan dihantar terus ke rumah korang secara percuma.

Mula-mula aku macam susah nak percaya. Tapi petang tadi member aku ada promo dia punya Handphone Sony Erricson yang baru dia beli dekat Lazada. Siap dia kata dapat discount lepastu ada lagi kupon. Jadi harga memang murah.

Lazada ni pun baru sebenarnya. Tak banyak lagi item-item yang dijual. Kalau korang rajin bolehlah visit laman web Lazada hari-hari mana tau ada promosi atau ada kupon diskaun ke.


Aku pun baru je angkat sebijik telefon dekat Lazada ni. Kalau dekat luar harga dalam 600 lebih tapi dekat Lazada selepas diskaun dapat dalam 500 lebih. Then ditambah lagi dengan kupon diskaun aku dapat beli telefon tu dengan harga RM300 lebih. Berbaloi bai!


Ok dekat atas tu adalah screenshot untuk kupon diskaun yang boleh digunakan. Bila korang masukkan kod kupon tu korang akan dapat potongan sebanyak RM150.00 untuk setiap barangan yang harganya berjumlah RM400 keatas. 

Jadi tunggu apa lagi, kalau nak tau kod kupon dia PM la aku. Cepat-cepat tawaran adalah sehingga 18 Jun 2012 sahaja. Lepastu tunggu la kupon diskaun yang lain kalau ada.

12 Jun 2012

Apa Punya Kalut La Aku Hari Ini

No comments:

Apa punya kalut la aku harini. Pagi tadi, dalam pukul 9 pegawai aku call aku cakap dia ada emergency jadi terpaksa balik dan dia nak suruh aku ganti dia pergi mesyuarat petang nanti.

Ok fine, no problem lah! takat mesyuarat je kot. Apa nak goyang. Lagi-lagi start kul 3 petang ada la masa sikit aku nak ngulor ke tidur-tidur ke. 

Tengah duk mengelamun dekat office tu aku boleh pulak terpikir, ni sebelum aku pergi meeting cun jugak kalau aku balik rumah kejap. Makan-makan, cukur-cukur apa yang patut kan. At least terjaga sikit penampilan aku. Hehe.

Ok tepat pukul 1 pun aku bergerak pulang ke rumah. Sempat kejap singgah ke kedai beli nasi. Boleh pulak hari ni mak aku lambat masak katanya. Sampai je rumah, apa lagi ngap dulu nasi yang ada. Rilek punya rilek, sedar-sedar jam dah pukul 1.45 petang. Aiseh! meeting kul 3 petang bai. Patut dalam pukul 2 petang aku dah boleh bertolak ke Putrajaya.

Tak baru 1.45 petang, aku mandi-mandi dan siap apa semua terus ambil kunci motor terus rempit ke Putrajaya. Waktu tu jam dah menunjukkan dalam pukul 2.10 petang. Alamak minyak pulak dah merah! takpe aku pergi isi dulu.

Sampai stesen minyak aku tengok orang ramai sangat beratur dekat kaunter. Aku ingat makcik-makcik yang jaga kaunter ni mogok, sekali rupanya dia boleh duk buat kerja lambat-lambat. Dia tak tau ke aku dah lambat?

Selesai je isi minyak, jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Waklu, KL - Putrajaya 30 minit je. Takpe aku tawakkal, dan hampir jugak aku nak eksiden hari ini.

Perjalanan harus diteruskan, highway harus diredah. Pukul 2.45 aku dah masuk area Serdang. Ya la aku ikut MRR2. Detik aku dalam hati sempat ni sampai Putrajaya Pukul 2.50. Jalan punya jalan nampak la exit Putrajaya 500 meter lagi dihadapan.

Entah apa punya mamai aku ni, boleh aku exit masuk pergi ke Hospital Serdang. Mak aih, apasal aku boleh silap masuk ni. Nak tak nak aku kena pusing balik ni. Jadi pusinglah aku. Waktu tu jam dah pukul 3 petang.

Kali ni aku dah yakin betul-betul exit Putrajaya aku pecut. Pecut punya pecut. Cantik aku ikut jalan belakang. Ala jalan nak ke Dengkil tu. Cuba lah korang bayangkan betapa jauhnya aku berjalan eh menunggang motorsikal. Penyudahnya pukul 3.10 baru sampai Putrajaya dan pukul 3.15 aku baru masuk join meeting.

Balik aku ikut MEX Highway. Lagi senang.

Borak-borak dengan member aku, aku cakap dekat dia yang aku bertolak dari rumah tadi pukul 2.30. Dia boleh cakap "Kepala hotak kau! pukul 2.30 orang dah masuk dalam bilik meeting". Haha nasib baik pengerusi mesyuarat tak bising.

Jadi aku nak pesan, lain kali kalau boleh korang janganlah terlalu over confident dengan sesuatu benda yang korang tak biasa buat. Lain kalau korang dah selalu buat takpe. Dan lagi satu, biar lambat asalkan selamat. Hampir-hampir aku nak terbabas sebab terlajak waktu nak ambil selekoh.

10 Jun 2012

Tak Sah Kalau Aku Ke...

2 comments:

Tak sah kalau aku ke Lowyat Plaza tak beli apa-apa. Rasa macam pelik pulak pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling busuk pun mesti ada sebuah majalah hiburan akan aku beli.

Nak cerita la dekat korang, minggu lepas ke minggu ni eh? lupa pulak takpe abaikan pasal tarikh dan masa. Aku temankan sepupu aku ni ke Lowyat Plaza untuk membeli sebiji laptop. Sepupu aku ni lelaki. Tapi silap dia ni jenis cerewet sikit. Macam perempuan la senang cerita. Kalau nak beli sesuatu barang tu mahu dekat 10 kali dia belek. Pusing-pusing kedai lain, datang balik kedai tadi dan akhirnya beli dekat kedai lain.

Aku punya la follow dia dari pagi sampai la ke petang. Ingatkan sekejap je nak beli laptop ni macam nak beli rokok ke kan. Tapi pergi dengan mamat ni aku rasa dekat 8 jam dah aku duk pusing-pusing dalam Lowyat Plaza tu.

Dah alang-alang duduk pusing-pusing dalam Lowyat Plaza tu selama 8 jam aku pun ambil kesempatan singgah ke beberapa kedai menjual peralatan komputer. Cuci mata sambil menambah dosa. Tengok ada barang baik aku angkat dan bayar. Padahal benda tu tak perlu pun bagi aku. T_T

Pusing punya pusing sedar-sedar jam dah masuk waktu tengahari. Jadi kami turun lah sekejap untuk mengisi perut yang lapar di Food Court Lowyat Plaza dekat aras bawah tu. Nasib baik sepupu aku ni belanja. Tapi belanja air je kot. Ok bolehlah, dia pergi order.

Tunggu punya tunggu adalah dekat 20 minit. Tak sampai-sampai dah mamat ni. Kena culik ke apa. Ke dia tengah buat air? aku jenguk sikit tengok dia dah on the way ke meja kami.

"Bro nah air lu." sepupu aku berkata. "Ni air apa?macam kopi ais je." aku bertanya dengan nada hairan. Yalah mana taknya, dia belanjanya aku air apa entah. Dah la warna macam air kopi. Aku pun cuba la rasa. Pergh. Tak boleh blah, macam gam***g rasa dia. Dahlah bawak dia ada biji-biji apa entah. Terus aku tolak air tu aku pergi order air sendiri. Siot punya sepupu nak kenakan aku.

Biji-biji seperti dalam gambar di atas ni la yang memusykilkan aku.
Kredit Gambar : http://wwwcahayacintailahi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...