22 Jul 2012

Kenangan Berpuasa Part 1

6 comments:

Agak-agak valid lagi tak kalau aku baru nak ucap Selamat Berpuasa? hehe. Ala rilek ar geng baru 2 hari kot puasa. Amacam? ok tak haha. Jangan ada yang pagi-pagi buka periuk nasi, goreng telur mata makan dengan kicap. Opss macam biasa buat pulak aku hehe.

Nak cerita dekat korang sikit kenangan aku waktu dulu-dulu semasa di bulan Ramadhan. Ada kenangan pahit ada juga kenangan manis.

Tiap-tiap nak masuk bulan puasa atau ramadhan biasa kanak-kanak ni gembira diorang lain macam sikit. Gembira diorang ni bukan main pelik lagi. Yalah mana tak nya gembira nak dapat duit raya waktu hari raya nanti dengan kegembiraan untuk bermain mercun bersama rakan-rakan. Aku dulu-dulu waktu kecil pun sama jugak.

Nak diceritakan waktu tu umur aku baru 7 ke 8 tahun entah. Ada satu malam tu aku beritahu mak aku, aku nak ke masjid pergi solat terawih. Padahal nak pergi main mercun atas bukit sebelah masjid. Hehe. Orang lain sibuk berterawih, aku dengan geng-geng sibuk duduk cucuh mercun thunderclap, mercun mancis la dan macam-macam lagi. Pernah satu kali tu pak imam sound kitorang pakai speaker dekat masjid tu je. Haha. Kenangan-kenangan.

Mercun Mancis - Kredit :  http://zulfikarhazri.blogspot.com

Banyak lagi kenangan aku sebenarnya, nanti-nantilah bila aku rajin sikit aku kongsikan lagi. By the way dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam semoga puasa dan ibadah anda diterima oleh Nya. Amin. Doa ni bukan takat wish je.

p/s : Hari ini mak aku masak Nasi Ayam weh. Bau ayam dia je dah menusuk sampai lubang hidung plus lubang telinga. Dugaan dugaan.

5 Jul 2012

Jualan Sempena Ramadhan dari Carlsberg

2 comments:


Apa kes ni? siapa yang patut dipersalahkan? "Carlsberg Green Label Can - Ramadhan Sale". Gambar ni diambil di sebuah pasaraya di Sri Petaling. Ini macam dah mencabar kredibiliti Umat Islam. Macam mempersendakan bulan Ramadhan.

4 Jul 2012

Abraham Lincoln: Vampire Hunter - Tak Rugi Tengok

No comments:


Sipnosis

Filem ini mengisahkan tentang Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 berjuang membunuh Pontianak. Kisah bermula apabila Ibu kepada Abraham Lincoln ini dibunuh oleh Pontianak. Ini menyebabkan Abraham Lincoln menyimpan angan-angan untuk membalas dendam ke atas kematian ibunya.

Henry Sturgess, seorang pemuda yang telah menolong dan melatih Abraham Lincoln untuk menjadi seorang pembunuh Pontianak yang hebat. Kewujudan Pontianak tidak pernah berhenti ini menyebabkan Abraham Lincoln mengambil keputusan untuk berhenti membunuh mereka lalu menyambung hasratnya untuk menjadi seorang peguam dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 16 yang berjuang untuk menghapuskan penghambaan.

Ulasan

Filem ini telah diadaptasikan dari novel karangan Seth Grahame-Smith. Filem ini diarahkan oleh Timur Bekmambetov yang juga pengarah bagi filem Wanted, Night Watch, Day Watch dan banyak lagi. Filem ini bagi aku biasa-biasa saja. Nak kata teruja sangat tak jugak. Bagi sesiapa yang menggemari filem-filem yang berunsurkan aksi memang diwajibkan tonton filem ini.

Pada pandangan aku, plot filem ni tak membosankan. Ada konflik dan macam-macam lagi. Penuh dengan aksi lawan, aksi grafik yang memang awesome. Berbaloi jugak la kalau korang pergi tengok dekat wayang. Cerita ni agak best jugak sebab ada Mary Elizabeth Winstead yang comel dan cantik.

Rating 4 / 5 bintang

Workspace Idaman Aku

No comments:

Semua orang dambakan tempat bekerja yang bersih, kemas, teratur dan selesa. Tak kira lah tempat kerja di pejabat anda atau di rumah sendiri. Kadang-kadang tempat bekerja kitalah juga kita buat sebagai tempat untuk berfikir, memerah otak, merehatkan minda, makan dan lain-lain lagi.

Bagi aku, tempat bekerja yang sesuai bagi aku adalah tempat bekerja yang besar atau luas dan tidak serabut. Yang penting teratur dan bersih. Jom kita tengok tempat bekerja atau Workspace idaman aku.




Gambar-gambar diatas ini adalah koleksi foto oleh Marknutter's. Aku amat meminati workspace yang direka oleh beliau. Dengan tempat yang luas, bersih dan teratur. Tapi sayang aku bukan Mac User haha. Nak tengok workspace aku yang terkini? Ni ha yang bawah ni.

Jemm kepala otak weh! ahaha

2 Jul 2012

Best Tak DiGi Prepaid Smart Plan?

16 comments:

Best Tak DiGi Prepaid Smart Plan? bagi aku la nak kata tak best tu tak jugak. Haha. Actually memang terbaik setakat ni. Tak mendatangkan masalah lagi pada aku malah memudahkan kerja-kerja seharian aku.

Dulu ramai kata, pakai line DiGi ni macam duduk dalam hutan walaupun kau duduk dekat bandar. Nak dapatkan line dia punya lah susah. Ni kan line 3G untuk internet. Hurm mesti lagi hampeh punya. Hello itu dulu kot. Sekarang DiGi line dia ok takde masalah bagi aku. Walaupun line 1-2 bar, aku still lagi boleh akses internet tanpa mencarut-carut.


Ramai member-member aku tanya, kenapa kau pakai Prepaid? kenapa tak pakai postpaid je? Aku jawab, suka hati aku la. Hahaha. Ada juga yang bertanya, kenapa tak pakai Umobile? bagi aku, setiap provider ni ada kebaikan dan keburukan dia. Jadi jangan ikut orang ikut kata hati anda sendiri.

Actually, bagi mereka yang tak mengutamakan internet seperti aku ni cuma sekadar untuk check in dekat Facebook, Foursquare, nak check email waktu dalam tren ke bolehlah pakai DiGi Prepaid Smart Plan ni.

Senang, bila tamat tempoh je agak-agak korang nak pakai internet topup la dalam RM10 dah boleh akses balik. Kalau malas nak topup atau tak cukup duit tak payah topup.

Harga Starter Pack Digi Prepaid Smart Plan ni taklah mahal cuma RM25 sahaja. Dan didatangkan sekali dengan 100mb internet data, 30 minit panggilan percuma dan 30 sms dan mms percuma. Ala 100mb tu takkan habis la, percaya la cakap aku. Melainkan kalau korang kaki tengok youtube ke, kaki download mp3 ke itu lain.


Jadi jika anda pengguna smartphone atau telefon pintar yang tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk line internet anda, aku sarankan korang pakai DiGi Prepaid Smart Plan.  Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah ke laman web DiGi.

5 Aplikasi Android Yang Patut Anda Install

No comments:

1. Foursquare



Foursquare adalah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk berkongsi tempat-tempat menarik yang mereka lawati dan berkongsi tips-tips menarik yang boleh dijadikan panduan apabila anda kunjungi tempat berikut.

Perisian ini adalah percuma.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

2. Instagram



Instagram adalah sebuah aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berkongsi gambar-gambar mereka. Daftar akaun anda di laman Instagram di telefon pintar anda dan bolehlah anda memuat naik gambar-gambar anda dan ubahsuai nya untuk jadikannya lebih menarik.

Perisian ini adalah percuma.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

3. WhatsApp Messenger



WhatsApp Messenger adalah sebuah aplikasi mesej yang boleh didapati untuk pengguna telefon pintar Android, BlackBerry, iPhone, Windows Phone dan Nokia. Menggunakan sambungan 3G atau WiFi untuk berhubung dengan rakan-rakan atau keluarga. WhatsApp membenarkan anda untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, nota audio, dan mesej video. 

PERCUMA! untuk tahun pertama.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

4. Flipboard



Flipboard aplikasi yang mengumpulkan berita-berita dunia dan berita dari dunia sosial anda dalam satu tempat. Mempunyai antaramuka yang menarik. Memudahkan kerana anda tidak perlu untuk ke setiap laman web yang anda minati untuk mengikuti perkembangannya.

Perisian ini adalah percuma. Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

5. MySettings


MySettings aplikasi yang mengumpulkan kesemua setting untuk telefon pintar anda di dalam satu antaramuka. Mudah dan amat pantas.

Perisian ini adalah percuma. Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

Jika anda pengguna Android yang tegar ayuh kongsikan aplikasi-aplikasi yang anda rasakan menarik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...