22 Aug 2012

Bersedih-sedih Di Hari Raya

1 comment:

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk Raya keempat. So macamana raya korang? terbaik ke terboeekk? haha. Berapa banyak dapat duit raya? ke berapa banyak dah perhabis untuk duit raya? haha.

Gelak-gelak jugak. Tatkala aku mengarang entri ini aku sebenarnya sedang bersedih-sedih di hari raya yang mulia ini. Kenapa? ye la orang lain sibuk bercuti raya aku pulak sibuk bekerja. Duduk sorang-sorang dekat pejabat ni sambil dengar lagu raya. Lepastu makan kuih raya. Sedih.


By the way, sebenarnya ramai yang dah mula bekerja hari ini. Walaupun jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni belum lagi sesak tapi aku tau ramai dah yang mula bekerja. Yang mula bekerja semalam pun ada jugak.

Di radio-radio dan surat khabar menyatakan bahawa jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur sudah mula sesak. Jadi pandu hati-hati. Biar lambat sampai asalkan selamat.

Sumber : Kosmo Ahad tahun lepas

Nota kaki : Setakat ni duit raya yang berjaya dikumpul adalah dalam RM35. Lepas la buat beli boxer 2 helai.

19 Aug 2012

Kesalahan Berhari Raya

1 comment:

Dalam kita menyambut Hari Raya jangan dilupa ada juga kesalahan-kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Jom tazkirah.

1. Bermegah-megah dengan perhiasan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

3. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

4. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zohor.

5. Minta maaf bermusim : hanya pada hari raya sahaja.

6. Bersalaman antara lelaki dan wanita (ajnabi @ bukan mahram).

7. Makan berlebihan.

8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.... Kredit kepada : Akuameer


18 Aug 2012

Aku Fobia Bila Tiba Hari Raya

No comments:

Aku sekarang ni jadi fobia bila tibanya Hari Raya. Bukan sebab fobia kemalangan jalan raya di hari raya ke. Bukan-bukan. Takde kaitan pun.

Ingat lagi raya tahun lepas. Aku telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas yang amat sangat. Dekat seminggu tak kebah-kebah. Bila check dekat Hospital, doktor syak aku kena demam denggi. What the what, demam denggi? tak mungkin. Jadi duduklah aku selama seminggu di hospital.

Badan aku penuh dengan wayar-wayar ape entah. Dengan tangan habis lebam-lebam sebab kena cucuk nak ambil darah katanya. Sakit bai. Dahlah aku fobia jugak dengan jarum. Huhu.

Last day, waktu nak discharge tu baru la doktor tu beritahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya tekanan darah aku tinggi. Doktor dah suspek aku memang ada penyakit Darah Tinggi. Dah lah keturunan aku memang ada penyakit Darah Tinggi ni. Aku jadi risau. Takpelah redha je. Then doktor pesan jaga makan.

Memang pun sebelum raya dan hari raya tahun lepas memang aku tak jaga makan. Aku bantai makan rendang daging dekat semangkuk jugak lah. Haha. Last-last darah naik. Amek kau.

So guys, cuma nak pesan raya ni nanti jagalah makan dan minum. Kurangkan makan makanan yang berkolestrol dan kurangkan minum minuman yang manis-manis. Ingatlah orang yang tersayang.


Nota kaki : Raya ni aku tak tau nak makan ape. Makan nasi himpit dengan kuah kacang je la gamaknya.

17 Aug 2012

Nak Raya Dah Oi!!

1 comment:

Pejam celik pejam celik. Tup tup dah nak raya. Rasa macam sekejap je. Mana yang puasa penuh ni semuanya excited nak beraya. Sibuk buat persiapan bagai. Tapi macamana pulak dengan yang tak berpuasa penuh ni? haha.

Lama jugak aku tak update blog ni. Mungkin aku sibuk beribadat kot. Hehe. Bila bukak je blogger ni tengok ada dekat 11 entry berstatus Draft yang masih aku belum publish. Banyak bai. Aduu rasa rugi pulak kalau nak diabaikan begitu saja.

e-Kad Raya

Macamana dengan persiapan raya korang tahun ni? Baju raya berapa pasang. Kasut raya, kuih raya, langsir raya semua dah ready ke? Aku pulak macam tahun-tahun sebelum ni. Beraya dengan apa yang ada. Bukan kedekut cuma berjimat. Baju melayu 4 tahun lepas pun masih boleh pakai lagi.

Jadi sebelum aku bercuti dari dunia blogging ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Terimalah e-Kad Raya yang tak seberapa dari aku dekat atas tu.

Nota Kaki : Tahun ni raya macam kurang sedikit sebab aku nak kena bagi duit raya dekat anak-anak buah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...