19 Jun 2013

Bagaimana Mengenalpasti Yoobao Powerbank Asli Atau Palsu (20 Gambar)

1 comment:

Kini permintaan produk seperti Powerbank dikatakan semakin mendapat permintaan yang tinggi dipasaran seiring dengan dengan permintaan tinggi produk seperti telefon pintar. 

Penggunaan Powerbank ini dikatakan agak popular kerana keupayaannya untuk mengecaj telefon anda dimana-mana sahaja. Disebabkan permintaan pasaran yang agak tinggi, ada sesetengah syarikat yang cuba untuk mengaut keuntungan dengan meniru produk yang asal dan dijual pula dengan harga yang murah. Ini menyebabkan lambakan produk Powerbank palsu.

Antara jenama Powerbank yang agak popular adalah jenama Yoobao. Yoobao Powerbank adalah keluaran sebuah syarikat dari China. Walaupun jenama ini dikilangkan di negara China, ianya juga tidak terlepas dari dipalsukan oleh syarikat lain untuk mengaut keuntungan.

Mari kita lihat perbezaan Yoobao Powerbank yang asli dengan yang palsu.






















Sumber : Yoobao

23 Apr 2013

Video Gwiyomi Nora Danish Si Hot Mama

2 comments:


Disebabkan Nora Danish lagi comel dari Video Gwiyomi Wawa Zainal jadi terpaksa la aku share dengan korang :P

21 Apr 2013

15 Mar 2013

Bila Superhero Di Sponsor

1 comment:

Jom kita tengok bila Superhero-superhero di sponsor oleh syarikat-syarikat yang terkenal. Hasil karya oleh Roberto Vergati Santos seorang Pengarah Seni di vanGoGh Creative dari Itali.

 
 
 
 
 
 

Sumber : Room181

8 Feb 2013

Kisah 50 Sen

1 comment:



Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya. 

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Sumber - Facebook

29 Jan 2013

Makna Merdeka bagi Seorang Pelajar IPT

2 comments:


Filem Merdeka paling pendek pernah aku tengok. Haha.

26 Jan 2013

Iklan Wawa Zainal Yang Menggoda

3 comments:



Pergh berdebar-debar bila aku tengok Wawa Zainal dalam iklan Lip Ice ni. Hehe

20 Jan 2013

Video Ilusi Yang Senggama Minda!

No comments:

Jom tonton video ilusi yang agak menarik!

15 Jan 2013

Kini Sharifah Zohra Jabeen Seorang Penyanyi

No comments:

Dengarkan lagu beliau. Layan jugak. Haha

Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) Ditubuh

2 comments:

Kuala Lumpur, 14 Januari - Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. 

Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - Wartawan Johan MG

Sumber : Facebook / Harian Metroll


14 Jan 2013

Buletin TV3 Membohong!

2 comments:

Pada 11 Januari 2013 berlaku sebuah kemalangan yang melibatkan 8 buah kenderaan di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Sekolah Menengah Methodist Ayer Tawar. Kemalangan melibatkan dua lori tiga tan, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal itu mengakibatkan empat parah sementara 11 yang lain cedera.

Tindakan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan lain mengundang padah apabila menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak membakar kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kenderaan jenis Toyota Harrier milik JPJ yang membawa tiga anggota dari arah Lumut ke Ipoh, dikatakan menaiki pembahagi jalan untuk memintas sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Bagaimanapun, tindakan drastik kenderaan itu menyebabkan sembilan kenderaan lain yang berada di laluan bersebelahan tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri. - Sumber dari Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lain pula berita yang dipaparkan di Buletin 1.30 TV3 pada 13 Januari 2013.

Tonto dipercayai menjadi dalang kejadian serangan dan bakar kenderaan rasmi JPJ di Air Tawar, Manjung, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Manjung, DSP Ahmad Mat Isa, tindakan itu dipercayai kerana kumpulan berkenaan berang selepas urusan mereka diganggu pihak berkuasa.

DSP AHMAD MAT ISA/TIMBALAN KETUA POLIS MANJUNG.
"Saya juga telah pun mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat dan juga pegawai-pegawai di daerah ini untuk terus memantau keadaan di tempat kejadian dan juga dalam masa terdekat ni kita akan buat tangkapan. Kita telah pun mengenalpasti semua pelaku-pelaku yang terlibat di dalam memusnahkan kenderaan JPJ".

Tonto berkenaan dipercayai mengawasi lori membawa kelapa sawit yang membawa lebih muatan.

Sehingga petang semalam polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes yang berlaku di kilometer 12 jalan Ipoh-Lumut Perak itu.

Dalam kejadian itu sebuah lori kelapa sawit merempuh kenderaan JPJ yang berhenti di lampu isyarat.

Lapan lagi kenderaan turut terlibat.

Beliau turut mengesahkan 4 mangsa dihantar ke Hospital Manjung, manakala 11 lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar. - Sumber dari Buletin 1.30 TV3

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber yang aku dapat dari Forum Lowyat.net, mengatakan : 
  1. Sebuah kenderaan JPJ cuba menghentikan sebuah Lori yang terlebih muatan secara tiba-tiba dihadapan lori tersebut.
  2. 9 kenderaan telah terlibat dalam kemalangan ini. 4 mati, 2 daripada mereka adalah pelajar dan seorang warga emas.
  3. Selepas kemalangan berlaku,  pegawai JPJ yang terlibat berlari meninggalkan kenderaannya.
  4. Orang ramai marah dan membakar kenderaan JPJ.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana satu yang betul ni? TV3 ataupun Sinar Harian?

Patut atau tidak kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini dibakar?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...