14 Jan 2013

Buletin TV3 Membohong!


Pada 11 Januari 2013 berlaku sebuah kemalangan yang melibatkan 8 buah kenderaan di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Sekolah Menengah Methodist Ayer Tawar. Kemalangan melibatkan dua lori tiga tan, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal itu mengakibatkan empat parah sementara 11 yang lain cedera.

Tindakan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan lain mengundang padah apabila menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak membakar kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kenderaan jenis Toyota Harrier milik JPJ yang membawa tiga anggota dari arah Lumut ke Ipoh, dikatakan menaiki pembahagi jalan untuk memintas sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Bagaimanapun, tindakan drastik kenderaan itu menyebabkan sembilan kenderaan lain yang berada di laluan bersebelahan tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri. - Sumber dari Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lain pula berita yang dipaparkan di Buletin 1.30 TV3 pada 13 Januari 2013.

Tonto dipercayai menjadi dalang kejadian serangan dan bakar kenderaan rasmi JPJ di Air Tawar, Manjung, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Manjung, DSP Ahmad Mat Isa, tindakan itu dipercayai kerana kumpulan berkenaan berang selepas urusan mereka diganggu pihak berkuasa.

DSP AHMAD MAT ISA/TIMBALAN KETUA POLIS MANJUNG.
"Saya juga telah pun mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat dan juga pegawai-pegawai di daerah ini untuk terus memantau keadaan di tempat kejadian dan juga dalam masa terdekat ni kita akan buat tangkapan. Kita telah pun mengenalpasti semua pelaku-pelaku yang terlibat di dalam memusnahkan kenderaan JPJ".

Tonto berkenaan dipercayai mengawasi lori membawa kelapa sawit yang membawa lebih muatan.

Sehingga petang semalam polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes yang berlaku di kilometer 12 jalan Ipoh-Lumut Perak itu.

Dalam kejadian itu sebuah lori kelapa sawit merempuh kenderaan JPJ yang berhenti di lampu isyarat.

Lapan lagi kenderaan turut terlibat.

Beliau turut mengesahkan 4 mangsa dihantar ke Hospital Manjung, manakala 11 lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar. - Sumber dari Buletin 1.30 TV3

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber yang aku dapat dari Forum Lowyat.net, mengatakan : 
  1. Sebuah kenderaan JPJ cuba menghentikan sebuah Lori yang terlebih muatan secara tiba-tiba dihadapan lori tersebut.
  2. 9 kenderaan telah terlibat dalam kemalangan ini. 4 mati, 2 daripada mereka adalah pelajar dan seorang warga emas.
  3. Selepas kemalangan berlaku,  pegawai JPJ yang terlibat berlari meninggalkan kenderaannya.
  4. Orang ramai marah dan membakar kenderaan JPJ.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana satu yang betul ni? TV3 ataupun Sinar Harian?

Patut atau tidak kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini dibakar?

2 comments:

  1. actually.....entahlah as pekerja awam saya rasa saya faham kenapa berita ini diputarbelitkan...ermmm..

    ReplyDelete
  2. Yang tahu cerita sebenar hanyalah mangsa yang terlibat dan saksi kejadian.. kalau kereta JPJ kena bakar, so ada something yang mengundang kemarahan saksi kejadian..

    Berdasarkan video yang saya lihat, ada anggota trafik dan polis mengawal kemarahan orang ramai ketika itu, tetapi tidak berjaya sehinggakan ada yang mengambil kesempatan membakar kenderaan JPJ tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...