23 Sept 2012

Membeli Belah di IPmart.com


Pernah membeli belah di IPmart.com? tak pernah? pernah dengar IPmart.com? tak pernah juga? Baiklah kali ni aku akan kongsikan dengan korang pengalaman aku membeli belah secara online di laman web IPmart.com ini.

Bagi yang tak tahu, tak pernah dengar dan taknak ambil tahu, IPmart.com ni serupa je macam Lazada yang menawarkan pembelian barangan secara online atau atas talian. Cuma IPmart.com ini menawarkan barang-barang seperti telefon pintar atau telefon pintar, tablets, laptop, PC, aksesori telefon dan pelbagai lagi. IPmart.com mungkin tak ramai yang tahu sebab mereka tidak mempromosikan jenama mereka seperti Lazada dimana iklan Lazada ada dimana-mana.

IPmart.com adalah 100% berbeza dengan Lazada, di IPmart.com barangan yang anda tempah serta sudah membuat bayaran, barangan anda akan dihantar dalam masa 1 hingga 4 hari selepas pengesahan terhadap tempahan anda dibuat. Berbeza pula dengan Lazada yang mengambil masa dari 4 hingga 7 hari masa bekerja bergantung kepada produk yang ditempah.


Yang bestnya, IPmart.com juga menawarkan penghantaran secara COD iaitu "Cash on delivery" dimana anda perlu membayar apabila barang telah tiba. Setakat ini ianya terhad pada sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

Harga yang ditawarkan di pula adalah murah sedikit daripada harga yang ditawarkan di Lazada. Setakat ini, aku belum lagi dengar tentang aduan yang dibuat terhadap IPmart.com. Cukup dengan pengenalan IPmart.com ni. Jom aku kongsikan sedikit pengalaman sewaktu membeli belah di IPmart.com ni.

19 September 2012

Setelah puas membuat kajian, ujian dan lain-lain lagi aku membuat keputusan untuk membeli sebuah telefon pintar yang baru di laman web IPmart.com. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari Lazada.

20 September 2012

Aku menerima panggilan dari Customer Service IPmart.com untuk pengesahan produk yang aku beli dari mereka. Boleh dikatakan Customer Service yang menelefon aku tu mesra. Dengan bagi salam dan cara dia bercakap dah macam kami ni kenal dekat 5 tahun. Cewahh.

Customer Service IPmart.com berjanji, bahawa kurier mereka akan menghantar barang yang aku tempah tu pada keesokkanya.

21 September 2012

Barang telah tiba pada tangan aku tepat pukul 12.30 tengahari. Dikurier kan oleh syarikat Ta Q Bin. Barang dibungkus dengan baik.

Packaging yang diterima dari IPmart
Barangan yang diorder
Kesimpulannya, pengalaman aku membeli belah di IPmart.com ni adalah memuaskan. Dengan penghantaran yang mengambil masa yang singkat, harga murah sedikit dan juga Customer Service yang agak mesra dan bagus.

Korang bolehlah lawati IPmart.com dengan klik pada link ini - IPmart.com

10 comments:

  1. dia punya barang tu ori dari sony ke? ke sony china? ke boleh juga? ke? ke??

    mohon direview lagi, sebab aku pun rasa nak beli gak kat situ. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. di IPmart ada 2 kategori. Satu original warranty dari pengeluar sendiri ataupun warraty dari IPmart.

      Yang ni saya beli yg warranty dari IPmart. Jadi harganya murah sedikit.

      Delete
  2. camna nak buat pembayaran ? saya stuck di situ . . .

    ReplyDelete
  3. selalu gak beli kat situ..mmg bole dipercayai dan murah..satu lagi kt superbuy.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu..superbuy saya belum pernah cuba lagi.

      Delete
  4. betul ke ipmart ada COD? kamu COD jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ipmart ada menyediakan khidmat COD...sewaktu saya membeli disini saya pilih khidmat COD..boleh rujuk link dibawah dan semak poskod kawasan anda adakah ada khidmat COD atau sebaliknya

      http://www.ipmart.com.my/main/page_cod.php

      Delete
  5. Mcm mne nk buat pembayaran?

    ReplyDelete
  6. ape beza ipmart warranty tu?x original ke brg tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...