20 May 2012

Top 5 Penyanyi Lelaki Vokal Terbaik


Jarang aku ni nak buat ulasan pasal artis. Almaklumlah hamba ni kalau nyanyi pun kelaut. Jadi malulah kalau nak buat ulasan pasal artis-artis Malaysia ni. Kang kalau salah malu pulak kena kutuk tak pasal-pasal.

Entri kali ni aku nak listkan top 5 penyanyi lelaki yang ada dekat Malaysia ni yang mempunyai vokal yang amat mantap terbaik dan kau memang debomm. Kiranya kalau nyanyi dua tiga lagu sekali gus tu tak pancit la. Ayuh kita mulakan dari tempat ke 5.

Tempat ke 5 jatuh kepada Hazama. Kalau korang tengok dia dari Konsert Prelude AF dulu vokal dia biasa-biasa saja. Tapi makin lama makin mantap der. Sampai boleh berduet dengan Meet Uncle Hussain lagi tu. Sampaikan aku pun boleh terminat.

Hazama

Tempat ke 4 pula jatuh kepada Faizal Tahir. Nak kata aku ni minat sangat dengan Faizal Tahir ni tak jugaklah. Tapi bagi aku vokal dia boleh dikatakan terbaik jugak. Tak pancit kot kalau nyanyi dua tiga lagu. Cuba korang kalau karaoke bawak lagu Sampai Syurga. Tengok tercirit ke tak haha.

Faizal Tahir

Tempat ke 3 pula jatuh kepada Fiq Mentor. Mamat ni seperti biasa, suara dan vokal dia memang memukau. Kalau aku pergi karaoke lagu wajib karaoke adalah lagu Fiq iaitu Bukti. Memang mantap.

Fiq Mentor

Tempat ke 2 jatuh kepada Amy Search. Antara lagenda Rock tanah air. Suara dia kalau tarik pergh kalah bai Aril. Lagu Isabella dengan Fantasia Bulan Madu memang menguji vokal aku kalau waktu karaoke aku nyanyi lagu tu hehe.

Amy Search

Dan juara untuk vokal paling mantap dan paling aku minati jatuh kepada Awie. Atau lebih dikenali sebagai Usin. Awie ni walaupun dirinya penuh dengan kontroversi tapi aku still minat sama dia. Suara dia toksah habaq mai lah dari dulu sampai sekarang terbaik der. 

Awie Wings

9 comments:

  1. fiq da xde lagu baru kan?..minat hazama punya vokal..heheh

    ReplyDelete
  2. hafiz xde ker?? anuar zain?

    ReplyDelete
  3. @ecadwinkyashafiq xtau la..rasanya xde lagu baru huhu..hazama vokal memang not bad :)

    ReplyDelete
  4. @RazFiRaanuar zain?sape tuh?hik3...hafiz biasa2 je vokal dia huhu

    ReplyDelete
  5. akak sokong sebabvokal arrtis otai memang x leh ditandingi oleh artis la ni, tapi artis baru pd akak hafiz tetap de best aar

    ReplyDelete
  6. Sudirman no1. Piercing clear altotenor. Awie vocal range xsmpi 5b kot. Azlan tw Plg tinggi 5f. Tp sudirman nyanyi di note 5f dn bukanya menjerit. Sudirman vocal range sebaris ngan penyanyi terhebat dunia seperti freddy mercury dan michael jackson.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...