29 Jan 2013

Makna Merdeka bagi Seorang Pelajar IPT

2 comments:


Filem Merdeka paling pendek pernah aku tengok. Haha.

26 Jan 2013

Iklan Wawa Zainal Yang Menggoda

3 comments:



Pergh berdebar-debar bila aku tengok Wawa Zainal dalam iklan Lip Ice ni. Hehe

20 Jan 2013

Video Ilusi Yang Senggama Minda!

No comments:

Jom tonton video ilusi yang agak menarik!

15 Jan 2013

Kini Sharifah Zohra Jabeen Seorang Penyanyi

No comments:

Dengarkan lagu beliau. Layan jugak. Haha

Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) Ditubuh

2 comments:

Kuala Lumpur, 14 Januari - Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. 

Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - Wartawan Johan MG

Sumber : Facebook / Harian Metroll


14 Jan 2013

Buletin TV3 Membohong!

2 comments:

Pada 11 Januari 2013 berlaku sebuah kemalangan yang melibatkan 8 buah kenderaan di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Sekolah Menengah Methodist Ayer Tawar. Kemalangan melibatkan dua lori tiga tan, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal itu mengakibatkan empat parah sementara 11 yang lain cedera.

Tindakan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan lain mengundang padah apabila menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak membakar kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kenderaan jenis Toyota Harrier milik JPJ yang membawa tiga anggota dari arah Lumut ke Ipoh, dikatakan menaiki pembahagi jalan untuk memintas sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Bagaimanapun, tindakan drastik kenderaan itu menyebabkan sembilan kenderaan lain yang berada di laluan bersebelahan tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri. - Sumber dari Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lain pula berita yang dipaparkan di Buletin 1.30 TV3 pada 13 Januari 2013.

Tonto dipercayai menjadi dalang kejadian serangan dan bakar kenderaan rasmi JPJ di Air Tawar, Manjung, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Manjung, DSP Ahmad Mat Isa, tindakan itu dipercayai kerana kumpulan berkenaan berang selepas urusan mereka diganggu pihak berkuasa.

DSP AHMAD MAT ISA/TIMBALAN KETUA POLIS MANJUNG.
"Saya juga telah pun mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat dan juga pegawai-pegawai di daerah ini untuk terus memantau keadaan di tempat kejadian dan juga dalam masa terdekat ni kita akan buat tangkapan. Kita telah pun mengenalpasti semua pelaku-pelaku yang terlibat di dalam memusnahkan kenderaan JPJ".

Tonto berkenaan dipercayai mengawasi lori membawa kelapa sawit yang membawa lebih muatan.

Sehingga petang semalam polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes yang berlaku di kilometer 12 jalan Ipoh-Lumut Perak itu.

Dalam kejadian itu sebuah lori kelapa sawit merempuh kenderaan JPJ yang berhenti di lampu isyarat.

Lapan lagi kenderaan turut terlibat.

Beliau turut mengesahkan 4 mangsa dihantar ke Hospital Manjung, manakala 11 lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar. - Sumber dari Buletin 1.30 TV3

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber yang aku dapat dari Forum Lowyat.net, mengatakan : 
  1. Sebuah kenderaan JPJ cuba menghentikan sebuah Lori yang terlebih muatan secara tiba-tiba dihadapan lori tersebut.
  2. 9 kenderaan telah terlibat dalam kemalangan ini. 4 mati, 2 daripada mereka adalah pelajar dan seorang warga emas.
  3. Selepas kemalangan berlaku,  pegawai JPJ yang terlibat berlari meninggalkan kenderaannya.
  4. Orang ramai marah dan membakar kenderaan JPJ.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana satu yang betul ni? TV3 ataupun Sinar Harian?

Patut atau tidak kenderaan milik anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini dibakar?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...