16 May 2012

Selamat Hari Guru!


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang berada di Malaysia. Tak lupa juga ribuaan terima kasih kepada Google dan Wikipedia. Tanpa kamu siapalah aku.


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. (Sumber : Wikipedia)

Bila diingat balik, dulu-dulu waktu aku sekolah bila tiba je hari guru aku jadi macam takut. Aku pun pelik orang lain rilek je aku boleh jadi macam takut. Mungkin sebab aku tak tahu nak pilih cikgu mana yang patut diberi hadiah dan hadiah apa yang patut aku beri.

Ada sekali tu aku bagi cawan kaca H.A.C.K.S dekat sorang cikgu ni. Disebabkan aku suka dia jadi aku bagi hadiah tu. Bila diingat balik bagi sesiapa yang tahu H.A.C.K.S tu ada membawa maksud sebenarnya iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Damn, kalau aku jumpa cikgu tu balik mesti malu kot. Nasib baik dah kejadian tu dah nak dekat 14 tahun haha.

Tapi sampai sekarang yang membuatkan aku pelik adalah setiap kali sambutan hari guru, guru yang menerima hadiah paling banyak adalah Guru Disiplin. Pelik, ramai betul peminat dia.

Cer korang kongsikan sikit dengan aku, apa hadiah yang perlu atau patut korang bagi kepada cikgu-cikgu semasa sambutan hari guru?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...