Siapa dekat sini pakai telefon pintar Sony Xperia Sola? sila angkat tangan sambil korek hidung! Haha.
Ok kali ni aku nak buat review sikit tentang Sony Xperia Sola ni. Untuk pengetahuan korang aku mula pakai Xperia Sola ni pada 25 September yang lepas. Jadi sekarang ni dah dekat sebulan aku pakai.
PENGENALAN
Xperia Sola membawakan skrin bersaiz 3.7-inci dengan ketumpatan skrin sehingga 265PPI. Skrinnya turut didatangkan dengan Sony Mobile BRAVIA Engine. Ia turut didatangkan ruangan storan terbina sebanyak 8GB dan juga 512MB RAM. Cip pemprosesan yang digunakan pula adalah cip dwi-teras 1GHz Cortex A-9. Xperia Sola hanya membawakan kamera pada bahagian belakang, iaitu kamera 5-megapixel dengan sokongan autofokus, dan rakaman video 720p pada kadar 30FPS. - Sumber
APA YANG BEST
- Xperia Sola didatangkan dengan teknologi "Floating Touch"
- Skrin Xperia Sola memang amat cantik sebab ianya menggunakan enjin Sony Mobile BRAVIA
- Rekabentuk yang agak nipis
- Mempunyai memori dalaman sebanyak 8gb.
- Interface yang memang cantik bagi aku.
APA YANG TAK BEST
- Walaupun kelajuan cip pemprosesannya adalah Dual Core 1Ghz bagi aku masih ada sedikit lag
- Tak ada kamera hadapan. Jadi macamana nak 3G call?
PENDAPAT PERIBADI
Bagi aku overall Xperia Sola adalah terbaik bagi pengguna telefon pintar yang biasa-biasa. Dari segi screen, camera, kelajuan telefon memang aku puas hati. Tapi kalau korang kaki gaming, aku suggest angkat Sony Xperia Play ataupun Play Station 3. Hehe.
Bagi pengguna Xperia Sola yang dah update kepada ICS, mesti korang perasan kan ada fungi Glove Touch. Hebat kan?
Untuk pengguna Xperia Sola, Xperia Go dan Xperia U korang dah boleh update ke Ice Cream Sandwich.
ala.. xde camera dpan.. :(
ReplyDelete