21 Apr 2012

Cerita Lawak Telekom Malaysia


Pernah satu hari tu aku call Technician TM (Telekom Malaysia) pasal apa internet aku ni selalu sangat DC (Disconnect) je. Disebabkan aku baru je pasang Streamyx dan tak sampai pun 14 hari lagi jadi aku terpaksa call Technician TM ni. Perbualannya adalah seperti dibawah.

Aku : Hello bang, saya ni Latip (bukan nama sebenar) hari tu abang ada datang pasang Streamyx dekat rumah saya tu ingat lagi tak?

Technician TM : Haa ingat lagi. Kenapa eh?

Aku : Bang nak tanya la..kenapa eh internet saya ni asyik DC je? asal malam je selalu DC. Kenapa eh? boleh tolong datang check tak?

Technician TM : Alamak..saya tak pasti la sebab apa. Lagipun saya takleh datang ni bang..Takpa abg tengok dulu internet tu..kalau lagi sekali dia DC call saya. Saya rasa MUNGKIN SEBAB HUJAN LEBAT LA BANG, TU YANG INTERNET PROBLEM TU..

Aku : Oh ea ke? ok nanti kalau ada apa-apa saya call balik..

Aku pun macam blur-blur. Eh sebab hujan lebat internet boleh problem. Macam kelakar je. Sampai sekarang kalau internet aku DC ke mesti aku akan tergelak bila teringat balik ayat Technician TM tu. Aku ingatkan Astro je bila hujan kadang-kadang tergendala rupa-rupanya Streamyx pun sama jugak.

Sorry bang, saya tak bermaksud untuk malukan abang. Cuma disebabkan saya takda idea untuk update blog tu yang saya taip pasal kisah abang ni. Hehe.

Comelkan adik-adik ni? Kredit kepada http://www.inhouseling.com

10 comments:

  1. ermmm macam2 alasan la dirang bagi. haishh~~

    ReplyDelete
  2. @RazFiRahaha tu la pasal..angin je ngan TM ni

    ReplyDelete
  3. haha...dlu time guna streamyx kt ruma parents mcm ne la juga kadang2...xDC mesti slow mcm VAVInyesiput!...hikhik..

    bila hujan,mula la astro pun buat hal...grrr!.
    tapi streamyx laju berbanding berukband ne!hoho

    ReplyDelete
  4. Haha. Ada betul jugak tu sebab tengok pada pemasangan line tu dekat mana. Most of sekarang ni macam Astro IPTV n Unifi, sume tu guna pemasanga line yg hebat cket dpd internet or astro biasa. Thats why mahal n jarang ada gangguan bila hujan terutamanya.

    ReplyDelete
  5. Huhu, lawak kan, biasalah tu.. kadang2 penah gak kena macam tu tapi sekarang nampak nya perhidmatan TM semakin baik...

    ReplyDelete
  6. macam kat kampung i.. ujang lebat tenet pun problem lah.. hampeh tol..

    ReplyDelete
  7. @ecadwinkyashaTau xpe eca..broadband lagi laju dari streamyx

    ReplyDelete
  8. @Mardhiyyah RidzuanOh memang kalau hujan internet akan terganggu ke?hehe

    ReplyDelete
  9. @nasir hamzahBagi saya adalah sedikit improvement :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...