28 Apr 2012

Komik Bersih 3.0


Bangun je pagi tadi, tengok dekat bakul motor adik aku ada komik Bersih 3.0. Full colour lagi tu. Apa lagi layan time breakfast la. Hehe.


Best jugak layan komik Bersih 3.0 ni. Lama kot tak layan komik. Dulu selalu layan komik Dragon Ball, komik Doraemon, komik Kawan dan lain-lain lagi. Nasib baik komik Bersih 3.0 ni percuma. Kalau kena beli aku rasa aku tak beli kot.


Dari duduk saja dekat Dataran Merdeka tu baik duduk rumah bersihkan apa yang patut. Tak pun luangkan masa dengan keluarga. Buang masa je duduk dekat Dataran tu, tak datangkan kebaikan dan faedah pun. Kang kalau ada yang sesak nafas kang tuduh polis la punca.

Ingat nak share komik Bersih 3.0 ni dengan korang jugak. Tapi malas pulak nak scan hehe. Padahal scanner pun takda. So apa aktiviti korang hujung minggu macam ni? Duduk rumah blogging saja atau duduk dekat Dataran Merdeka? hehe. Baik ikut macam aku, duduk rumah baca komik Bersih 3.0.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...