12 Jun 2012

Apa Punya Kalut La Aku Hari Ini


Apa punya kalut la aku harini. Pagi tadi, dalam pukul 9 pegawai aku call aku cakap dia ada emergency jadi terpaksa balik dan dia nak suruh aku ganti dia pergi mesyuarat petang nanti.

Ok fine, no problem lah! takat mesyuarat je kot. Apa nak goyang. Lagi-lagi start kul 3 petang ada la masa sikit aku nak ngulor ke tidur-tidur ke. 

Tengah duk mengelamun dekat office tu aku boleh pulak terpikir, ni sebelum aku pergi meeting cun jugak kalau aku balik rumah kejap. Makan-makan, cukur-cukur apa yang patut kan. At least terjaga sikit penampilan aku. Hehe.

Ok tepat pukul 1 pun aku bergerak pulang ke rumah. Sempat kejap singgah ke kedai beli nasi. Boleh pulak hari ni mak aku lambat masak katanya. Sampai je rumah, apa lagi ngap dulu nasi yang ada. Rilek punya rilek, sedar-sedar jam dah pukul 1.45 petang. Aiseh! meeting kul 3 petang bai. Patut dalam pukul 2 petang aku dah boleh bertolak ke Putrajaya.

Tak baru 1.45 petang, aku mandi-mandi dan siap apa semua terus ambil kunci motor terus rempit ke Putrajaya. Waktu tu jam dah menunjukkan dalam pukul 2.10 petang. Alamak minyak pulak dah merah! takpe aku pergi isi dulu.

Sampai stesen minyak aku tengok orang ramai sangat beratur dekat kaunter. Aku ingat makcik-makcik yang jaga kaunter ni mogok, sekali rupanya dia boleh duk buat kerja lambat-lambat. Dia tak tau ke aku dah lambat?

Selesai je isi minyak, jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Waklu, KL - Putrajaya 30 minit je. Takpe aku tawakkal, dan hampir jugak aku nak eksiden hari ini.

Perjalanan harus diteruskan, highway harus diredah. Pukul 2.45 aku dah masuk area Serdang. Ya la aku ikut MRR2. Detik aku dalam hati sempat ni sampai Putrajaya Pukul 2.50. Jalan punya jalan nampak la exit Putrajaya 500 meter lagi dihadapan.

Entah apa punya mamai aku ni, boleh aku exit masuk pergi ke Hospital Serdang. Mak aih, apasal aku boleh silap masuk ni. Nak tak nak aku kena pusing balik ni. Jadi pusinglah aku. Waktu tu jam dah pukul 3 petang.

Kali ni aku dah yakin betul-betul exit Putrajaya aku pecut. Pecut punya pecut. Cantik aku ikut jalan belakang. Ala jalan nak ke Dengkil tu. Cuba lah korang bayangkan betapa jauhnya aku berjalan eh menunggang motorsikal. Penyudahnya pukul 3.10 baru sampai Putrajaya dan pukul 3.15 aku baru masuk join meeting.

Balik aku ikut MEX Highway. Lagi senang.

Borak-borak dengan member aku, aku cakap dekat dia yang aku bertolak dari rumah tadi pukul 2.30. Dia boleh cakap "Kepala hotak kau! pukul 2.30 orang dah masuk dalam bilik meeting". Haha nasib baik pengerusi mesyuarat tak bising.

Jadi aku nak pesan, lain kali kalau boleh korang janganlah terlalu over confident dengan sesuatu benda yang korang tak biasa buat. Lain kalau korang dah selalu buat takpe. Dan lagi satu, biar lambat asalkan selamat. Hampir-hampir aku nak terbabas sebab terlajak waktu nak ambil selekoh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...