10 Jun 2012

Tak Sah Kalau Aku Ke...


Tak sah kalau aku ke Lowyat Plaza tak beli apa-apa. Rasa macam pelik pulak pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling busuk pun mesti ada sebuah majalah hiburan akan aku beli.

Nak cerita la dekat korang, minggu lepas ke minggu ni eh? lupa pulak takpe abaikan pasal tarikh dan masa. Aku temankan sepupu aku ni ke Lowyat Plaza untuk membeli sebiji laptop. Sepupu aku ni lelaki. Tapi silap dia ni jenis cerewet sikit. Macam perempuan la senang cerita. Kalau nak beli sesuatu barang tu mahu dekat 10 kali dia belek. Pusing-pusing kedai lain, datang balik kedai tadi dan akhirnya beli dekat kedai lain.

Aku punya la follow dia dari pagi sampai la ke petang. Ingatkan sekejap je nak beli laptop ni macam nak beli rokok ke kan. Tapi pergi dengan mamat ni aku rasa dekat 8 jam dah aku duk pusing-pusing dalam Lowyat Plaza tu.

Dah alang-alang duduk pusing-pusing dalam Lowyat Plaza tu selama 8 jam aku pun ambil kesempatan singgah ke beberapa kedai menjual peralatan komputer. Cuci mata sambil menambah dosa. Tengok ada barang baik aku angkat dan bayar. Padahal benda tu tak perlu pun bagi aku. T_T

Pusing punya pusing sedar-sedar jam dah masuk waktu tengahari. Jadi kami turun lah sekejap untuk mengisi perut yang lapar di Food Court Lowyat Plaza dekat aras bawah tu. Nasib baik sepupu aku ni belanja. Tapi belanja air je kot. Ok bolehlah, dia pergi order.

Tunggu punya tunggu adalah dekat 20 minit. Tak sampai-sampai dah mamat ni. Kena culik ke apa. Ke dia tengah buat air? aku jenguk sikit tengok dia dah on the way ke meja kami.

"Bro nah air lu." sepupu aku berkata. "Ni air apa?macam kopi ais je." aku bertanya dengan nada hairan. Yalah mana taknya, dia belanjanya aku air apa entah. Dah la warna macam air kopi. Aku pun cuba la rasa. Pergh. Tak boleh blah, macam gam***g rasa dia. Dahlah bawak dia ada biji-biji apa entah. Terus aku tolak air tu aku pergi order air sendiri. Siot punya sepupu nak kenakan aku.

Biji-biji seperti dalam gambar di atas ni la yang memusykilkan aku.
Kredit Gambar : http://wwwcahayacintailahi.blogspot.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...