Laypark Corner sebuah Restoran Makan yang berkonsepkan santai dan sederhana. Lokasinya terletak di Seksyen 9, Bangi. Waktu perniagaan adalah bermula dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Menawarkan masakan Melayu seperti Asam Pedas dan Ikan Patin Masak Tempoyak pada waktu makan tengahari dan makanan-makanan lain seperti Meatball, Satay dan banyak lagi.
Kredit : http://ceciter.com |
Ulasan
Sabtu lepas, aku dan rakan-rakan bercadang untuk cuba makan di sebuah restoran yang baru dibuka di Seksyen 9, Bangi iaitu Lay-park Corner. Lay-park Corner, restoran ini sebenarnya baru saja beroperasi lebih kurang seminggu. Dengan dekorasi yang santai dan bersederhana, restoran ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk melepak atau bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga sendiri.
Pada malam itu kami telah memesan Meatball untuk 4 orang. Memang menarik Meatball yang disajikan. Walaupun agak kecil tapi kenalah dengan harganya iaitu RM5.90 sepinggan. Sama seperti Meatball di IKEA, tapi Meatball di Lay-park Corner ini sosnya agak sedikit masin.
Keseluruhannya memuaskan dengan suasana yang selesa selain pekerja-pekerja yang peramah. Kalau korang duduk area Bangi atau kawasan yang berdekatan dengan Bangi, bolehlah datang makan-makan dekat kedai ni. Murah dan berpatutan. Next time, kalau ada rezeki kami nak cuba satay di sana.
Kemudahan
Kalau korang nak tahu, dekat Lay-park Corner ni ada khidmat Wifi percuma!
penah duduk bangi tp x jumpe lak kedai ni. hehehe
ReplyDelete@RazFiRa Baru bukak hehe..
ReplyDelete