13 Apr 2012

Film's Review : Battleship



Sinopsis

Filem penuh aksi arahan Peter Berg ini mengisahkan tentang seorang Leftenan Kanan Alex Hooper yang mengetuai anak kapalnya menentang makhluk asing yang ingin menjajah bumi. Terpisah dengan dunia luar, mereka cuba untuk memerangi makhluk asing itu sehingga ketitisan darah terakhir.

Barisan Pelakon

Liam Nelson (sebagai Admiral Shane), Taylor Kitsch (sebagai Alex Hopper ), Brooklyn Decker (sebagai Samantha), Rihanna (sebagai Raikes) dan ramai lagi.

Rating - 8.5 / 10

Ulasan

Bagi aku filem ini memang terbaik dan amat dinanti-nantikan oleh semua peminat filem luar negara. Penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Aksi peperangan antara kapal laut perang dengan kapal angkasa makhluk asing memang mantap. Dari segi rekaan kostum makhluk asing lagi lah terbaik! dah macam kostum HALO dan yang paling penting Rihanna ada berlakon.

Tapi aku macam rasa agak pelik sikit sebab ada bahagian-bahagian tertentu dalam filem ini dipotong. Mungkin sebab masa tayangan amat panjang kot. Jadi bagi aku memang tak rugilah kalau korang pergi tonton. Kalau nak lagi best sila tengok di GSC MAXX di Times Square. Dengan sistem bunyi yang terbaik dan skrin panggung besar aku jamin korang akan tergamam punya.

4 comments:

  1. Salam kenal. Tak sabar nak tengok filem ni mcm best je..:)

    ReplyDelete
  2. WOWWWW

    Rihanna ade

    kena tengok ni

    kaku tak die berlakon? hehe

    ReplyDelete
  3. @Sherwiena MuzzawerSalam Perkenalan jugak :)...ehehe..aah silalah tgk..dijamin best XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...