18 Apr 2012

Lagi Pembeli Ditipu!


Baru-baru ni kecoh dekat Forum Lowyat pasal kes penipuan di PC Fair. Kisah berlaku dimana seorang pembeli membeli sebuah External Hard Disk 500gb telah ditipu oleh penjual di PC Fair yang baru-baru ini diadakan.

Tanpa syak wasangka, pembeli terpikat untuk membeli External Hard Disk itu kerana harga yang ditawarkan adalah lebih murah daripada harga biasa. Bila pulang ke rumah, pembeli itu mula pelik kerana saiz External Hard Disk itu tidak sama dengan apa yang sepatutnya jadi beliau pun membuka casing External Hard Disk itu dan mendapati bahawa Hard Disk nya telah digantikan dengan skru dan batang besi.



Nasi dah jadi bubur, nak pergi ke kedai mungkin alamat yang tertera diresit adalah palsu. Jadi bagaimana? Kejadian ini telah memalukan dan mencalarkan imej Pikom PC Fair.


Nasihat untuk pembeli-pembeli diluar sana. Jika anda ingin membeli sesebuah barangan IT atau elektrikal, pastikan anda suruh tuan kedai itu tunjuk kan isi kandungan atau testing dahulu di komputer hingga anda puas hati. Takpun sila bawa bersama dengan anda orang yang tahu atau arif tentang barangan yang anda ingin beli.

Kredit kepada Lowyat Forum.

6 comments:

  1. Sangat sokong!!! Ade jugak kena tipu siang2 macam tu. ALhamdulillah xpenah kena lagi. Kalau setakat singgit dua xpe jugak. Huhu... Tapi sayang, MUDAH dah susah nak dipercayai. SEkarang LOWYAT plak??? Adeiiii... Nasib baik admin lowyat semuanya aktif2 belaka dalam penyebaran maklumat2 pasal tipu menipu ni.

    ReplyDelete
  2. kesian dekat mangsa kan?!......
    eca pun beli harddisk masa pc fair dkt 1Borneo.alhamdulillah,xde la nak menipu sgt cmne.

    ReplyDelete
  3. @Mardhiyyah Ridzuanhehe air yg tenang jgn sangka takde buaya...eh?haha

    ReplyDelete
  4. @ecadwinkyashaheehe..kena berhati-hati la kan..klu tak senang ditipu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...