4 Apr 2012

Unifi vs Astro


Sob sob sob. Akhirnya rumah aku pasang jugak Astro. Huhuhu. Terharu bai. Baru sekarang nak pasang Astro. Mesti korang nak cakap yang aku ni ketinggalan zaman sebab baru sekarang nak pasang Astro kan.


Hello! sorry sikit. Aku bukan seperti yang korang sangkakan. Sebelum aku pindah ke rumah baru aku dah pun pakai Unifi. Lagi lah laju. Ada IPTV. Kalau hujan ke gempa bumi ke mak aku mengamuk atau membebel still masih boleh tengok TV.

Dan setelah pindah ke rumah baru. Telekom Malaysia mula menunjukkan keburukan servis mereka. Dari kontraktor hinggalah ke yang atasan. Malas aku nak layan. Sepatutnya aku nak pindahkan Unifi aku tu kerumah baru kami. Tapi disebabkan ada masalah teknikal TM tak dapat nak laksanakan. Dah la tangguh hingga 2 bulan. Dalam polisi sepatutnya 14 hari je.


Malas nak kecoh-kecoh, aku potong Unifi dan masukkan Streamyx dengan speed yang paling laju. Laju apa kebendanya. Macam nakharomm. Streamyx aku 4mbps tu speed dia macam pakai dial up. Broadband aku rasa lagi laju. Very bad la TM ni.

Sambung balik cerita pasal Astro. Kalau tak silap aku, kelmarin agen Astro mai datang rumah aku nak pasang Astro. Dah la datang malam lepastu hujan-hujan pulak tu. Hebat, pasang piring Astro dalam hujan.

Jadi disebabkan Astro dah pasang dekat rumah aku, jadi aktiviti internet aku akan dikurangkan kepada 80%. Lagi 20% untuk Astro. Hehehe. Lagi-lagi adik aku dah subscribe Astro Mustika. Memang jumaat ni aku nak layan Super Spontan lah. Ok terima kasih!.

10 comments:

  1. alah..bestlah dapat layan super spontan..kat rumah xlanggan mustika lak..layan youtube je la jawabnye

    ReplyDelete
  2. Haha. Main probs with TM. Astro pun ade IPTV what. Awat xamik IPTV. Huhu...

    p/s: Jemput join kuiz, hadiah pun ade. =)

    ReplyDelete
  3. wah memang best layan astro ni.. lagi2 pekej mustika tuh.. huhu berbaloi2.. heheh..

    ReplyDelete
  4. penah pakai unifi.. emang servis die sangat buruk. bile rosak, tggu technician 2 minggu

    ReplyDelete
  5. Alaa,aku xde astro pun kat umah..hari2 layan tV9 dgn tv3 je..itu pun da cukup menyeronokkan..kalau 1,seronok..kalau 2,2 ronok..hehe

    ReplyDelete
  6. @Azhafizah[フィザ]hehe best klu dpt tgk super spontan live ehehehe

    ReplyDelete
  7. @RazFiRahehe tau xpe..nk kata bz sgt rasanya tak kot..

    ReplyDelete
  8. @Nanakalau 3? beronok-ronok-ronok..ekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...