19 May 2012

Uncle Usin : Filem Sampah 2012



Filem : Uncle Usin
Pengarah : Husri Haji Husain
Genre : Komedi / Detektif
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Syiqin Kamal,
Pelakon Pembantu : Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya, Yanik Kassim, Ah Chong, Joey, Tauke Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Yazid Search, Black Wings, Eddy Wings, Kudin


Sinopsis

Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik seguru yang membawa haluan masing-masing setelah guru mereka meninggal dunia. 11 (Lakonan Johan) telah disingkirkan dari kumpulan guru beliau dan membawa diri. 13 (Lakonan Zizan) pula adalah murid kesayangan gurunya dan telah menimba ilmu, seterusnya setelah lima tahun, membuka sebuah syarikat penyiasatan persendirian. Beliau telah menjadi popular kerana berjaya menyelesaikan banyak kes menggunakan kemahiran beliau.

Pada suatu hari Cik Julia (lakonan Syiqin Kamal) telah datang ke pejabat 13 atau Spy13 dan meminta bantuan dari Spy13. Mereka perlu membongkarkan dalang yang menyebabkan bapanya koma. Dengan pelbagai alatan canggih dan ajaib, 13 sedia membantu Julia dalam usahanya untuk menyedarkan bapa Julia. Pada masa yang sama, 11 telah muncul dan membantu pak cik tiri Julia, dan bercadang untuk melawan 13 untuk mendapatkan buku rahsia persilatan gurunya. Apakah yang terjadi selepas itu? Bilanya Uncle Usin ni muncul?

Trailer



Komen

Series ikhlas dari hati aku mengatakan filem Uncle Usin ni adalah filem sampah 2012. Babak pertama yang membuatkan saya menganggap filem ini filem sampah apabila babak pertarungan antara Johan dan Zizan di gelanggang persilatan. Efek-efek kuasa yang digunakan dalam filem ini nampak macam budak-budak diploma IT yang baru belajar Adobe Premier.

Best ke jalan cerita? tak kot. Bagi aku jalan cerita memang membosankan. Takde plot langsung.  Takde klimaks. Mendatar je. Dah la jalan cerita membosankan, kadang-kadang ada pelakon yang lupa skrip la. Adui kantoi kot.

Walaupun dalam filem ni ada Johan dan Zizan serta pelakon-pelakon pembantu lain yang agak popular tapi tak membantu langsung. Kadang-kadang ada lawak yang ditunjukkan pada aku dalam filem ini tak berapa nak lawak. Boring. Aku tengok filem ni pun sebab ada Syiqin Kamal.

Yang membuatkan filem ini mendapat title Filem Sampah 2012 adalah kerana dari segi pengguna efek-efek CGI dia. Macam budak-budak diploma yang buat. Dari segi pemilihan perlakon dah terbaik. Cuma jalan cerita dan skrip yang agak macam syok sendiri. Tak tau lah kalau filem ini dibikin untuk tontonan para pelakon dan krew-krew filem sahaja.

Dan siapa dia Uncle Usin? kenapa scene dia cuma 10 minit sahaja?

3 comments:

  1. eh? syiqin kamal who? x kenal plak. xpelah ok mark xnak download. hehe

    ReplyDelete
  2. @RazFiRaSyiqin kamal tak kenal eh?adoi cmne ni?ehehe

    ReplyDelete
  3. klu ctew2 yg ahmad idham buat lg smpah senye, lawak bodoh..permainkan agama..jalan citew byk mengarut...cm citew terbaru, jangan pandang2..aku tgk xsapa sparuh, bru suku..aku dah tutup..nk tgk pun malu..mengarut..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...