23 Jun 2012

Barang Yang Dinanti Telah Tiba


Barang yang dinanti-nantikan oleh aku dah sampai. Rasa teruja beb. Hehehe. Mempersembahkan The New One "HTC Wildfire S". Lama aku tunggu sampai jugak.


Ya la beli online kan. Jadi rasa macam gusar sikit lagi-lagi aku boleh terus buat payment online thru Maybank2u. HTC Wildfire ni aku beli dari Lazada. Ala laman beli belah online tu. Sepatutnya barang ni sampai dalam masa 4 hingga 7 hari bekerja tapi aku rasa tak sampai 4 ke 7 hari tu pun.

Dan untuk menambahkan lagi rasa kegusaran aku tu, ramai orang complaint dekat Facebook Lazada cakap shipping lambat la. Barang out of stock. Customer service macam bengong. Macam-macam lagi la. Nasib baik benda sampai dengan selamat.


So far bagi aku takde masalah sewaktu aku menggunakan HTC Wildfire S ni. Cuma saiz dia agak kecil bagi tangan yang agak gergasi bagi aku ni. Haha.

Aku tengok dekat Facebook Lazada sekarang ni, Lazada ada bagi coupon voucher RM100 untuk pembelian berjumlah RM600 dan ke atas. Apa tunggu lagi? tamat pada 7 Julai 2012. Sila klik link ini untuk ke Facebook Lazada. http://goo.gl/TVWfz

Bagi sesiapa yang nak tengok speksifikasi HTC Wildfires S ni boleh klik pada link ni http://goo.gl/OG2TO. Nanti aku akan kasi sikit review berkenaan dengan HTC Wildfire S ni.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...