31 Dec 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012


Sedar tak sedar kita dah nak melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012.  Rasa sekejap je masa berlalu.  Makan, tidur, berak, makan, tidur, blogwalking.  Tup tup 2012 dah.  

Banyak sebenarnya perkara yang dah berlaku sepanjang tahun 2011 ni.  Kalau nak diceritak satu-satu mahu tahun 2013 pulak habis.  Erk, mungkin aku boleh buat ringkasan kot. Ok kita mula dari awal tahun 2011.  Bagi aku permulaan 2011 aku memang terbaik.  Dengan kewangan yang agak stabil, aku mudah berpoya-poya dan mengamalkan amalan syaitan iaitu membazir.  Astaga.

Masuk je pertengahan tahun, aku mula bertukar kerja.  Orang kata tukar angin.  Masuk je tempat baru ni, hish macam-macam perkara terjadi.  Masuk hospital lah, bos macam palat cirit or die la.  Kewangan pun terumbang ambing.  So aku membuat keputusan untuk mencari kerja lain.  Tapi aku punya pandai,  boleh pulak aku blah awal dari company tuh.  So ini menjadikan aku penganggur berjaya dan disegani selama 3 bulan lamanya.

Ya 3 bulan tu bukannya lama pun kan?. Memang la tak lama.  3 bulan je kan.  Tapi kalau kena macam yang aku kena ni baru padan.  Ya lah tiap-tiap bulan nak kena bayar itu bayar ini.  Paling kurang pun dalam poket kena ada dalam RM500++.  So nak taknak aku terpaksalah buat freelance.  Terpaksa bai, apa boleh buat.

Dah nak akhir tahun, dalam bulan 12 baru-baru ni.  Aku dapat tawaran kerja lain.  Bolehlahkan dari tak bekerja.

So dari ringkasan yang telah buat ni aku dapat rumuskan yang tahun 2011 adalah tahun agak kurang sedikit bagi aku.  InsyaAllah dan mudah-mudahan tahun 2012 dapat memberi aku lebih apa yang aku impikan. Amin.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan kepada semua.  Eh sebelum tu aku nak tanya apa azam tahun baru korang? Dah tanam azam korang tu dalam-dalam ke belum?.  Azam aku tahun 2012 nak operate muka aku jadi macam Harun Aziz (gabungan Harun Salim Bachik dengan Arron Aziz). Hik hik hik.

So di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua yang telah sampai kat blog aku ni semoga anda sukses selalu.  Amin!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...