2 Jan 2012

Comel Kucing Aku Ni!


Aku ada seekor kucing yang diberi nama Comel.  Nak kata si Comel ni comel sangat tak la comel sangat pun.  Comel ni sangat unik.  Aku pun tak pasti kenapa aku kata dia unik.  Sebenarnya yang paling tepat Comel ni gedik.

Comel aku rasa dah setahun nak kedua tahun dah aku bela dia.  Dah makin besar.  Tapi, walaupun si Comel ni  seekor kucing jantan yang normal maksud normal bagi aku adalah dia tak mandul atau pun dot dot dot.  Tapi kerja dia suka memerap dalam rumah.  Ada la jugak kadang-kadang dia keluar bersiar-siar naik motor dengan aku.  Hik hik hik.

Sebab apa aku kata dia gedik? sebab si Comel ni tak macam kucing yang lain.  Apa yang aku campak dekat dia semua dia sebat.  Contoh kalau macam aku campak roti, habis.  Kalau aku campak nasi lemak tak makan la.  Kucing mane makan nasi lemak.  Kalau aku campak keropok, licin.  Hebat gak kucing aku.  Kalau bagi nasi tak nak pulak makan.

Lagi satu alasan yang membuatkan aku panggil dia ni gedik.  Si Comel ni hobi dia suka duduk atas mesin basuh mak aku pastu termenung jauh dekat luar.  Mentang-mentang la mesin basuh tu dekat tepi tingkap baik je dia landing kat situ.  Aku tak tau la dia mengenangkan masa depan ke hape ntah.  Tak amik port plak.

Sekarang ni aku tak tau dia dah kenapa baru-baru ni aku dengar suara dia kalau mengiau macam suara Adlin Aman Ramli.  Ah sudah.  Tak pasti la kenapa.  Adoi.

Comel~

10 comments:

  1. Hi Wan, kan...haha aku rasa berpuluh dah haha

    ReplyDelete
  2. saya suka kucing parsi.. hehe.. cute

    ReplyDelete
  3. kucing ko ni dah tiba musim mengawan... sebab tu dia termenung jauh... hahaha...

    ReplyDelete
  4. Liza Nora : hehe alamak rumah saya takde kucin parsing..ekeke

    Ummar Farouk : la ea ke...kesian die xde teman haha

    ReplyDelete
  5. bebel,cute kucing ko :)
    nnt letak cbox ok..xtau nk tinggal jejak kat mane..so,tinggal dkt sini je..hehe
    done follow ur blog :D ..

    ReplyDelete
  6. @akaliliffa142 hehe nanti la next time baru letak..thanks 4 ur suggestion :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...