24 Jan 2012

D-Link DWM-156 3.75G HSUPA USB ADAPTER


Ok bertemu kita lagi dalam rancangan Santai Pagi Petang Siang Malam bersama Abang A. Adli.  Ok tipu je, tu cuma selingan saja nak bagi panjang intro.  Lagipun aku ni bukanlah Keyboard Warrior atau pun Panglima Puiii nak bermadah berhelah panjang-panjang.  Takda idea beb.

Kali ni aku cerita, bukan cerita kot.  Maybe nak story, tak juga mungkin tutorial ringkas? erm atau product intro kot.  Takpelah korang bacalah sampai habis.

Pada entry yang lepas, entry SOPA, PIPA dan Mr. Soparuddin.  Aku ada cerita yang aku ada beli Dlink DWM-156 3.75G HSUPA USB ADAPTER.  Apa tu? ala broadband la yang macam korang pakai tu Broadband Celcom atau Maxis tapi yang ni jenama D-Link.  Kali ni aku nak intro sikit apa yang best dan apa yang tak best pasal menatang ni.


Apa Yang Best?
  • -  Harga berpatutan.  Boleh dapat dalam RM100++.
  • -  Comel....do, macam Boboiyot....do
  • -  So far senang untuk guna.  User friendly la senang citer.
  • -  Support semua sim card dan boleh cucuk Micro SD juga.

Apa Yang Tak Best?
  1. -  Duit aku terbang dalam RM100~.
  2. -  Aku just nak pakai broadband ni seminggu je. Pas Unifi aku ok, aku jual atau frame kan.


Gambarajah dekat atas ni user interface dia.  Aku rasa lagi cantik dari Maxis atau Celcom Broadband punya interface. 

Apa yang aku nak share pada korang.  Pada sesiapa yang nak pakai internet dalam jangka masa yang singkat maybe 1 minggu atau 1 bulan pastu taknak pakai dah korang disarankan untuk beli benda ni dan jangan lupa untuk subscribe sim anda dengan service BROADBAND WEEKLY OR DAILY.  

Memang berbaloi la wa cakap sama lu.  Cuba bayangkan kalau korang subscribe Celcom or Maxis Broadband then tak sampai sebulan taknak pakai dah.  Pastu kalau nak unsubscribe kena denda kan rugi tuh.  Ok terima kasih kerana sudi membaca.

4 comments:

  1. laju x gune bnda ne???




    http://nighberkz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. @NighBerkz’S BlogsLaju tak laju tu bergantung pada service provider jgk..klu signal celcom/maxix/digi dkt kwsn and terbaik..so mmg laju :)

    ReplyDelete
  3. Boleh tanya...waktu kau install 3g modem ini kau perlu setting apa-apa tak ? atau modem ini install setting sendiri..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous : Waktu aku install tu tak perlu setting apa2. Cuma masukkan CD dan ikut step yg diberikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...