Hari berganti hari, masa berganti waktu. Nasi sekali makan dua pinggan. Aku sebenarnya tengah buntu, tak tahu nak update ape sebenarnya kat blog ni. Terlampau busy pun ea jugak. Takkan nak update pasal kucing je manjang. Aku taknaklah jadi lelaki kucing seperti yang dihebahkan di media massa.
Kang kalau aku cerita benda merepek-repek, ada ke orang nak melawat singgah baca entry dekat blog aku ni? atau aku akan dicop sebagai mamat merepek ataupun lelaki kerepek.
Kalau aku update pasal Dato' Sri Anwar Ibrahim kang orang kata aku pembangkang. Kang kalau aku update pulak pasal Saiful Bukhari kang ada pulak yang kata aku "die hard fan" Saiful Bukhari butthurt. Wahai duniawi, sudah-sudahlah dengan fitnah.
Aku rasa dekat luar tu mesti ramai yang butthurt bila mengetahui Dato' Sri Anwar Ibrahim telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bahawa tidak bersalah. Aku dengar cerita kecoh dekat Jalan Duta, sampai 3 letupan. Aku tak tau la letupan apa, aku malas dah nak ambik tau pasal politik Malaysia ni.
Tak lama lagi pilihanraya akan berlangsung, macam-macam la fitnah akan sampai dan keluar. Aku sebagai pengundi, nak kata aku ni pembangkang tak jugak. Nak kata kerajaan tak jugak. Mungkin sampai masa nanti aku akan undi Makcik Maimun kot.
Tak lama lagi pilihanraya akan berlangsung, macam-macam la fitnah akan sampai dan keluar. Aku sebagai pengundi, nak kata aku ni pembangkang tak jugak. Nak kata kerajaan tak jugak. Mungkin sampai masa nanti aku akan undi Makcik Maimun kot.
perghh sokong kunci...hekhke
ReplyDelete@NighBerkz’S BlogsWakaka..yeah! untung kot klu undi Parti Kunci..nnt setiap pembelian kunci boleh dpt free 1 lg kunci haha
ReplyDeleteSo cutee cik maimun :)
ReplyDelete@chuare (:Cute kan haha..
ReplyDelete