Nak dijadikan cerita, eh jap korang tau tak Tagged tu ape? kalau tak tau korang "Google" dulu. Kalau dah tau teruskan sambung membaca. Malam kelmarin, aku dengan sepupu aku Jenol online sama-sama. Niat nak bantu si Jenol ni buat surat permohonan kerja. Alih-alih terbuka Facebook pastu melaratlah ke Tagged.
Semasa aku nak login Tagged sempatlah jugak aku terangkan apa yang best dan apa yang tak best pasal Tagged ni. Maklumlah sepupu aku ni buta IT. Ha ha ha. Harap dia tak baca blog aku ni.
Sedang kami godek-godek Tagged, aku pun klik bahagian "Match". "Match" ni aku tak tau apa fungsi dia. Yang aku tau cuma klik YES atau NO. Kalau awek cun, aku klik YES la. Kalau tak cun aku klik pangkah, shutdown laptop pergi tidur.
Tengah sedap klik YES aku pun sembanglah dengan sepupu aku.
"Nol, ko tengok awek ni comel doh!" ujar aku sambil menggosok mata yang mengantuk.
"Mana-mana? comel sangat ke?" Jenol membalas dengan pantas.
"Ni ha, muka comel gila. Jom tengok picture dia." aku berseronoh.
"Haha ni muka macam jagung, comel pebenda nya. Hahaha" Jenol berkata-kata dengan gaya bersahaja sambil di sambut dengan gelak ketawa kami berdua.
Cilaka punya Jenol. Aku tak tahu pulak, ada orang muka macam jagung. Jenol..Jenol. Dah kau pergi tidur la Jenol. Ha ha ha.
~Tamat~
No comments:
Post a Comment