1 Feb 2012

SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI


Hari Rabu bersamaan 1 Februari 2012.  Hari ni jatuhnya Hari Wilayah jadi hari cuti bagi orang yang bekerja di Wilayah.  Aku rasa amat beruntung kerana aku duduk di Selangor dan bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Seronok rasanya bercuti.

Hari ni aku tak buat apa-apa langsung.  Terasa sifat kemalasan bersimpang siur di setiap nadi-nadi aku ini.  Dari pagi tadi aku asyik menghadap komputer riba menghabiskan masa separuh hari dengan berjalan-jalan ke blog-blog blogger Malaysia.  Dengan niat nak cari idea untuk entri terbaru di blog aku.

Dari satu blog ke satu blog yang lain aku berjalan.  Membaca setiap isi kandungan yang ditaip oleh tuan empunya blog.  Ah apakah semua ini? tiada satu pun idea yang aku dapat untuk entri blog aku.

Tangan terus mengetik tetikus hinggalah aku tiba di blog BEN ASHAARI.  BEN ASHAARI, nama yang cukup lagenda bagi para blogger.  Ini pertama kali aku singgah ke blog BEN ASHAARI.  Sebelum ini hanyalah nama dan banner sahaja yang terpampang di depan mata tapi kali ini aku singgah di blognya.


Melihat entrinya yang bertajuk Segmen Cerita Kreatif : Blogger dan Cermin Mata dengan tak semena-menanya aku terpikir.  Eh ni peluang baik,  aku tak pernah lagi join segmen anjuran Abang Ben Ashaari.  Apa kata aku cuba mana tau ada rezeki untuk blog aku menjadi tatapan pembaca.  Kata-kata tersebut terdetik di hati sambil ku tersenyum tanda bangga.  Alhamdulillah akhirnya ada juga idea untuk kemaskini blog.


Tepat 2 petang, aku memulakan tugasan aku.  Yalah dalam segmen anjuran Abang Ben Ashaari, beliau meminta untuk mereka sebuah cerita kreatif berdasarkan gambar cermin mata seperti diatas.

Aku mula menaip.  Menaip dan terus menaip.  Berfikir dan terus berfikir mencari idea sekreatif yang mungkin.  Puas aku berfikir bagaimana untuk mereka sebuah cerita tentang cermin mata dan juga perlu dikaitkan dengan blogger.  Aku tiba-tiba menjadi buntu.  Termenung jauh sebentar dan aku pun berbaring memandang ke siling.  Mana tahu kalau-kalau boleh dapat idea ke.

**********************

Dan cerita pun bermula.....

Aku seorang yang kacak, hitam dan lagi bergaya. Itu apa yang teman-teman aku selalu katakan. Bukan untuk membangga diri tapi memang kebenaran. 

Aku sebenarnya berasal dari Itali sebuah negara yang cukup indah. Tapi kini aku menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Mengikut kedua ibu bapaku atas sebab-sebab yang aku sendiri pun tak pasti.

Hidup aku cukuplah bahagia. Ramai teman sepermainan. Disenangi ramai dan ada juga yang cemburu dengan kesenangan aku ini. Pernah satu hari tu, aku disakat oleh orang-orang yang tidak menyenangi aku. Mereka menolak aku sehingga jatuh ke longkang. Habis calar badan dan tangan-tangan ku. Tapi tak mengapa aku rela.

Pada suatu hari, keluarga aku telah ditimpa kecelakaan. Bapa dan Ibuku telah dilarikan oleh sesuatu yang tidak dapat aku gambarkan. Tinggallah aku yatim piatu tidak beribu bapa. Hidup keseorangan tiada lagi tempat bermanja dan berkasihan.

Aku terus dihimpit kesusahan, aku telah disisihkan. Aku diusir jauh dari teman-teman aku. Aku keseorangan. Hinggalah tiba suatu hari. Aku terdengar suara seorang lelaki misteri. 

"Bang, cermin mata yang hitam ni berapa harga?" tanya lelaki misteri itu.

"Oh yang ni harga dia saya bagi abang RM25 je la" balas pemuda lembut itu.

"Oh ok bang saya amik yang ni. Barang rare ni. Dah tak jumpa lagi dah dekat mana-mana Downtown" lelaki misteri yang dari tadi membelek-belek aku bercerita.

"Eh jap! Abang ni blogger yang legend tu kan? Abang ni Abang Ben Ashaari kan? eh betul la. Pergh saya memang minat la dekat Abang. Saya selalu pergi blog abang tau. Memang best la bang ni. Abang punya pasal harga spek tu RM20 je la bang" Ujar pemuda lembut yang pada mulanya agak malu-malu untuk berbicara itu.

"Oh RM 20 je bang? ok terima kasih banyak-banyak" jawab lelaki misteri itu sambil menghulurkan wang bernot sepuluh dua keping dan terus berlalu pergi dari kedai menjual cermin mata itu.

Mulai hari itu aku telah bertuankan seorang blogger yang bernama BEN ASHAARI. Seorang yang cermat. Beliau menjaga aku seperti menjaga hartanya yang paling berharga.

Aku di dalam cerita diatas adalah sebuah Cermin Mata hitam berjenama Rayban. Dibuat di Itali dan telah diimport ke Malaysia dan seterusnya aku telah dijual di Downtown Danau Kota.

**********************

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara mak aku yang sedang membebel.  Entah apa biji butir yang dibebelkan pun aku tak pasti.  Aku bangun dan terus melihat jam di dinding.  Alamak! jam dah pukul 4.45 minit petang pukul 5 nanti Segmen Cerita Kreatif : Blogger dan Cermin Mata oleh Abang Ben Ashaari akan tutup.  Cis!, rupa-rupanya aku telah terlelap sewaktu berbaring ingin mencari idea.  Sekian.

26 comments:

  1. hehe. selit tuan punya segmen skali neh. =)
    jom baca yana punye pulak.

    ReplyDelete
  2. paling suke kat ending tuh...^_^v btw gd luck ya...

    ReplyDelete
  3. hahaha..bleh plak terlelap...
    menarik bro..alang2 dh singgah guwa follow la..

    ReplyDelete
  4. haha..mimpi rupenye..btw good luck ye..

    ReplyDelete
  5. hihihi. punya la berfikir sampai terlelap. eehhe. nasib baik sempat post kan kamu. hihi :D comei la spek bermonolog sndiri. :D

    ReplyDelete
  6. cish..abang ben punya pasal spek harga 20 je!.x aci mcm neyh.hahaha...

    ReplyDelete
  7. hihi , kreatif !! ^-^

    ReplyDelete
  8. hi... datang sini dari segment B.A

    ReplyDelete
  9. @FL blogh0useehehe ok jap g saya singgah blog yana :)

    ReplyDelete
  10. @EZAD AMIRekeke..TQ bro sbb sudi follow wa ekeke

    ReplyDelete
  11. @ecadwinkyashahehe patut org tu kasi la RM10 ke..kan?hehe

    ReplyDelete
  12. Best2! :DD

    Tak menyesal singgah baca kat sini tadi. hihi

    Dari segmen yang sama! :) gud luck~ :D

    ReplyDelete
  13. @bebeldotsorangapa lak..patut org bagi free je lah!.hahaha

    ReplyDelete
  14. sama segmen
    follow awk cam best jak bloh nie...

    http://merpatipurple-kis.blogspot.com/2012/02/ben-ashaari-ajak-baca-blog-aku.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...