3 Feb 2012

Nak Dijadikan Cerita #6 - Google


Nak dijadikan cerita, hari jumaat hari tu hari pertama aku bekerja dekat pejabat baru aku.  Baru je masuk hari pertama dah dapat dua tiga kerja.  Tapi tak mencabar sangat pun.

Orang-orang dekat pejabat aku ni pun satu.  Patut hari pertama bawaklah aku jalan-jalan satu pejabat berkenalan.  Ni tak, tinggalkan aku seorang-seorang layan Facebook.  Bukan salah aku ok.

Dari pagi sampai la tengahari puas dah aku layan Facebook.  Masuk pulak lepas makan tengahari, sambung balik.  Apa boleh buat hari pertamakan.

Petang tu, sedang sibuk aku komen-komen gambar-gambar seksi dekat Facebook ada seorang staf tu tegur aku.

"Eh, awak ni staf baru kan?nama sape?" gadis bertudung putih tu bertanya pada aku.

"Aah baru masuk.  Nama saya Shukri Al-Kutuban. Panggil Shukuri je" aku membalas.

"Saya nak tanya ni, awak tau tak macamana nak burn cd dekat Mac?" dia bertanya.

"Saya tau......tau Google je" aku membalas sambil gaya membuat lawak.

Gadis bertudung putih tu terus beredar dengan muka macam marah.  Ha ha ha.  Mana la aku tahu guna Mac.  Kalau tak tahu cuba "Google". Ha ha ha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...