Pada tanggal 5 Februari 2012 sebuah acara BBQ anjuran Persatuan Kanak-Kanak Ribena telah telah dijalankan. Acara BBQ kali ini telah diadakan di Sg Ramal Luar Dalam, Kajang. Seramai 10 orang tetamu kehormat telah turut serta dalam acara kali ini.
Tepat pukul 6 petang acara pun bermula. Seramai 5 orang telah ditugaskan untuk ke Tesco untuk mencari bahan-bahan untuk acara BBQ. Sewaktu dalam perjalanan ingin ke Tesco. Sinzmanual (Bukan Nama Sebenar) telah tertinggal roadtax keretanya di rumah. Situasi itu telah menyebabkan suasana riuh rendah dengan gelak ketawa kami di dalam kereta.
Sampai sahaja di Tesco kami dengan pantas terus menuju ke tempat menjual Ayam. Tapi malang Ayam yang kami idam-idamkan sudah habis. Rupa-rupanya hari tu ada jualan tidak langsung di Tesco dimana harga Ayam yang ditawarkan jauh lebih rendah dari harga Pesaing B. Jadi kami pun meneruskan perjalanan untuk mencari bahan-bahan lain.
Sesi beramas mesra bersama pekerja Tesco |
Antara barang yang sempat kami angkut |
Setelah menyedari yang Ayam sudah habis kami pun terus menuju ke Giant Senawang Utama. Jauhkan perjalanan kami? tapi sebenarnya aku tipu. Kami terus menuju ke Giant Saujana Utama.
Mamat yang berbaju coklat tu sebenarnya Pegawai Kesihatan saje menyamar |
Setelah kesemua bahan-bahan yang diperlukan telah kami beli. Kami bergegas pulang kerana tetamu-tetamu kehormat yang lain telah kelaparan sebab menunggu kami. Tempat pembakaran mayat dan tempat penyembelihan kali ini telah diadakan di rumah Mohd Rizuan Rawzak (Bukan Nama Sebenar). Terima kasih diucapkan.
Sampai dirumah, kami telah menerima kehadiran tetamu-tetamu kehormat lain yang hanya datang membawa perut yang boyot. Kecuali Ahmad Mijan Snaillkuzer (Bukan Nama Sebenar), beliau datang dengan membawa ais.
Tanpa membuang masa yang banyak kami buang tadi, aku selaku Master Chef dari Sri Langkawi memulakan acara menurun. Acara menurun dimulakan dengan membawa ayam turun ke lantai dan dibawa ke tempat pencucian untuk dibersihkan sebelum ramuan-ramuan jijik di campurkan.
Acara mencampur ramuan-ramuan jijik |
Selepas siap ayam yang diperap. Tempat pembakaran pun dah sempurna maka acara BBQ pun bermula. Jadi korang layanlah gambar-gambar yang selebihnya. Sebab aku nak keluar makan ni.
Ceramah Bebas dari Tn Haji Ahmad Shamar |
Acara hidup menghidupi api |
Selesai acara membakar |
Acara luahan perasaan |
seronoknya BBQ!! lama dah tak buat aktiviti macam ni.. ermm.. nak kena plan ni..
ReplyDeletelaporan padat spt skrip berita swasta. kalo karangan spm cnfirm dpt score. hehe.. bdw best sesekali layan bbq nie.
ReplyDeleteNampak macam tan sri shamar tu pegang tangan aku je. wakakakak. GG la.
ReplyDelete@madammondoqhehe...best madam :)
ReplyDelete@Suriada Sulonghehe tau xpe.best..sekali sekala apa salahnya :)
ReplyDelete@Gunblade IVwakaka mainan perasaan ko je tuh..ekeke
ReplyDelete