Amboi, kalau ada perkataan-perkataan yang agak 18sx laju je korang klik kan? Anyway, hukum solat berkemban. Mesti ada yang nak tergelak sampai berguling-guling disebabkan soalan ini. Ada juga ya orang yang ingin bertanyakan soalan begini. Ada, masih ada.
Kadang-kadang benda seremeh beginilah tak ada yang ambil tahu atau mungkin tiada sesiapa pun yang terlintas di fikiran apa hukumnya jika solat dalam keadaan berkemban? Haramkah? Berdosakah? atau mungkin juga jatuh Makruh?
Mustahil jika seorang perempuan Islam solat dalam keadaan berkemban. Bagi yang sudah lupa, syarat-syarat sah solat adalah menutup aurat bagi lelaki iaitu antara pusat dengan lutut manakala aurat bagi wanita pula adalah seluruh badan, kecuali muka dan telapak tangan.
Aku sebenarnya nak berkongsi dengan korang semua koleksi soal jawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Walaupun kadang kala ada soalan-soalan yang boleh dikatakan kelakar tapi ada betulnya. Jikalau ada keraguan eloklah bertanya dengan orang yang arif.
Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus memang munasabah. Cuba korang bayangkan, kalau korang ingin berjumpa dengan Menteri ke Artis ke mesti pakai segak-segak. Kemas, bersih dan wangi. Apa salahnya kalau nak menghadap Allah kita pakai pakaian yang kemas. Ni tak solat pun masih ada yang nak berkemban.
Kadang-kadang ada soalan yang memang saja menguji keimanan Ustaz Azhar Idrus. Nasib baik Ustaz Azhar Idrus ni baik hati orangnya. Tak sombong dan yang paling penting ringan tangan untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya di Facebook beliau.
Kalau korang nak tengok Koleksi-koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus yang telah di printscreen kan bolehlah ke link ini http://goo.gl/KY3HU. Terima kasih.
kadang2 soklan tak masuk akal pun ditanya... sian ustaz.. hehehh
ReplyDelete@deno Hehe pening kepala ustaz nak jawab :)
ReplyDeletei mmg suka dengor jawapan ustaz azhar idrus ni.. terbaik!!
ReplyDeletesalam ustaz, apa hukumnye... eh bukan kat sini eh..sory.. kbai
ReplyDeletehehehhe pemalas betul.....ape salahnye pakai baju
ReplyDeletesoalan agak ridiculous gak..huhu dah mcm pakar motivasi aku tgk
ReplyDeletesoalan kadang2 mengarut tapi memang pernah terlintas kat fikiran kan?
ReplyDelete@madammondoq tau xpe madam..mmg bernas :)
ReplyDelete@SnaillkuZA™ bukan dekat sini tapi dekat sana.haha
ReplyDelete@My MiRa tau xpe kan..ape salahnya nk menghadap tuhan tu
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik hehe tau xpe..klu aku jadi Ustaz Azhar, konpem aku tak layan hehe
ReplyDelete@yad'z hehe takat ni belom lagi hehe
ReplyDelete