Aku tak tahu la apa dosa yang telah aku lakukan sehingga aku jadi begini. Cerita dia bermula pada hari Isnin lepas iaitu semalam. Kalau sesiapa ada baca pasal entry Street Photography Style DSLRM1H1F mesti korang tahu aku kemana kelmarin.
Habis je sesi outing semalam, aku pakat la dengan member aku untuk balik ke rumah. Jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Aku nak kena balik cepat sebab petang dalam pukul 6 aku nak ke Kajang pula menghadiri BBQ bersama bekas member-member Politeknik.
Kaki melangkah laju ke stesen LRT KLCC. Malas nak tunggu bas, aku dengan member aku membuat keputusan untuk naik LRT. Disebabkan aku ingin ke arah Gombak dan member aku nak ke arah Kelana Jaya jadi aku suruh dia gerak dahulu.
Bukan apa, tengok tempat mesin membeli token ramai yang beratur. Tanpa membuang masa aku pun beratur. Eh bila tengok dalam dompet aku, alamak! ada sekeping not RM50. Adui nak kena tukar la pulak. Malaslah.
Aku ke kaunter pembelian Kad Touch N Go. Belum pernah lagi aku pakai Touch N Go dan ini adalah pertama kali.
"Bang, kad Touch N Go ada?" aku bertanya.
"Alamak dik, kad Touch N Go semua dah habis lah. Kalau nak topup bolehlah" brader baju merah tu membalas.
"Aduh camne ni bang? tak kesian ke kat saya? nak beratur orang ramai ni" aku membuat ayat simpati.
"Pakai IC pun boleh dik. Bak sini IC abang check tengok" brader tu kesian dekat aku agaknya.
"Nah bang. Kalau boleh saya nak topup RM10 ya!" aku berkata sambil menghulur kad pengenalan aku dan sekeping not RM50.
"Ha dik, lagi 8 minit baru boleh topup. Adik pergi la mana-mana dulu" brader tu menghampakan aku.
Aku apa lagi teruslah beredar sambil mencarut secara sopan di dalam hati. Adui, brader ni kalau nak 'troll' aku pun agak-agak la. Tak kesian dekat aku ke?
Aku tak boleh lama ni. Aku terus menuju ke kedai topup untuk membeli kasut. Eh beli topup la brader takkan beli mee goreng mamak telur mata. Jadi dapat jugaklah aku pecahkan duit.
Bila dah pecahkan duit, aku terus ke mesin untuk membeli token. Nasib baik ada satu mesin tu tak ramai sangat orang beratur. Beratur punya beratur akhirnya sampai jugak ke giliran aku.
Ok destinasi aku rahsia. Tiket 1 je. Jumlah RM1.60. Ok cun. Terus aku masukkan duit kertas bernot RM10. Treeett treeettt mesin tu memulangkan duit aku tanda tak terima. Takpa aku masukkan lagi sehelai. Treeettt treeett. Sama jugak. Sekali baru aku ingat dia tak terima duit bernot RM10. Adui, buat malu je.
Malas dah nak pikir. Malas nak beratur. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik kerumah dengan jalan kaki. Sekurang-kurangnya boleh kurus sikit. Habis cerita.
Ok destinasi aku rahsia. Tiket 1 je. Jumlah RM1.60. Ok cun. Terus aku masukkan duit kertas bernot RM10. Treeett treeettt mesin tu memulangkan duit aku tanda tak terima. Takpa aku masukkan lagi sehelai. Treeettt treeett. Sama jugak. Sekali baru aku ingat dia tak terima duit bernot RM10. Adui, buat malu je.
Malas dah nak pikir. Malas nak beratur. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik kerumah dengan jalan kaki. Sekurang-kurangnya boleh kurus sikit. Habis cerita.
Lama dah tak naik LRT. shah alam nie cuma ada komuter. selalu naik lRT pegi masjid jamed. skrg nie mmg dh tak boleh pkai cash ker?
ReplyDelete@Suriada Sulonghehe..boleh je pakai cash beli token..cume tak boleh nk beli dkt kaunter dh sbb kaunter just utk disable person :)
ReplyDelete