4 Feb 2012

Nak Dijadikan Cerita #7 - Sambal


Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku tak ingat la hari apa tarikh dia bila tapi yang aku ingat aku ada pergi ke Lowyat Plaza dengan member aku.  

Aku macam biasa, memang suka pergi berjalan-jalan.  Buang masa, cuci mata sambil mengumpul dosa.  Adik-adik abang! jangan ikut ya perangai abang.  Eh macam la blog aku ni pembacanya dari semua golongan ada yang tua atau yang muda.  Perasan je.

Ok sambung balik cerita.  Dah habis pusing satu Lowyat Plaza, aku dengan member aku ni pun terasa lapar.  Jadi masing-masing bercadang untuk makan.  Kami pun dengan langkah yang pantas macam Zombi menuju ke Bukit Bintang Plaza.

Dah sampai di sana, kami terus ke tingkat atas sekali.  Bagi yang biasa dekat sana, mesti korang tahu yang tingkat atas sekali ada tempat letak kereta dan medan selera.

Masuk je medan selera tu, aku terus menuju ke Restoran Mamak Riyadh (bukan nama sebenar).  Tanpa buang masa aku terus ke tempat hidangan lauk untuk mengambil nasi dan lauk pauk.  Cedok punya cedok, eh baru perasan pinggan aku dah tak muat.  Ok sampai disini saja.

Sebelum aku nak undur diri, aku terperasan semangkuk sambal belacan dekat tempat hidangan lauk tuh.  Memang sedang elok, waktu aku nak ambil sambal tu ada la seorang mamak dekat situ.  Maka terjadilah perbualan seperti dibawah.

"Aney, ini sambal apa eh?" aku bertanya sambil mata tertumpu pada mangkuk sambal itu.

"Ha ini sambal................." dia menjawab lepas tu diam membisu.

"Ini sambal belacan ke?" aku bertanya lagi sekali.

"Ha betul la kot............" dia menjawab.

"Aik, you kerja sini takkan tak tahu ini sambal ape? ape da..." aku membalas dengan nada sedikit marah.

"Eh saya tak kerja sini.  Saya datang sini mahu makan" dia memberitahu.

"La ye ke? you bukan kerja sini ke? kenapa you tak bagitau awal-awal? sorry la" aku meminta maaf.

Adui, apa punya nasiblah punyalah boleh silap orang.  Nasib baik mamak tu tak tangankan aku.  Kalau tak makan nasi dengan sambal belacan pakai straw la jawabnya. Ha ha ha.

3 comments:

  1. ni btol2 bebel sorang2...skali silap orang maa...

    salam kenal =)

    ReplyDelete
  2. @cerita bestHehe terima kasih Pak Joe sebab sudi follow blog saya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...