26 Feb 2012

Kerja Itu Ibadah


Hari Isnin muncul je ramai yang secara tiba-tiba diserang penyakit malas.  Penyakit yang tiada ubat atau pun penawar melainkan kalau adanya langkah-langkah pencegahan awal.  Dari yang muda sampai la yang ke tua.  Semua akan diserang penyakit malas bila tibanya hari Isnin. 


Yang tua malas nak ke tempat kerja manakala yang muda pula malas nak ke tempat belajar. Untunglah jikalau anda ni seorang surirumah dah tentu 24 jam sehari anda akan dihabiskan dengan membuat kerja-kerja rumah.

Kerja itu adalah satu ibadah. Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, yang kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Ingat tu! anggaplah semua kerja yang anda lakukan adalah sebagai sebuah ibadah. Dengan niat yang betul, halal dan lain-lain lagi anda boleh mendapat pahala. Ayuh kita tempuh hari Isnin dengan muka yang penuh dengan senyuman.

10 comments:

  1. luahan hati orang yang dah bekerjaya...hehe

    ReplyDelete
  2. setiap apa pun yg kita buat kena ada niat yg btol.. ;)

    ReplyDelete
  3. kalau surirumh malas..lagi dahsyat..alamat tak makan laa sume org dlm rmh tu :)

    ReplyDelete
  4. malasnya kalau kelas pagi isnin pukul 8..huhu

    ReplyDelete
  5. @Muhammad Saiazuan Norhalikhehe bila dah bekerja rasa nak belajar, bila belajar rasa nak bekerja..aduuiii

    ReplyDelete
  6. @madammondoqbetul tu madam..baru la dpt pahala hehe

    ReplyDelete
  7. @ayanutsekeke tau xpa aih..surirumah la pekerja paling gemilang, cemerlang dan terbilang :)

    ReplyDelete
  8. @Nanabukan awak sorang je malas..sy pun sama hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...