17 Mar 2012

Cleverbot Boleh Buat Orang Sakit Jiwa



Tekanan bai guwa chat dengan Cleverbot ni, ingat nak release tension tapi lagi menambah tekanan. Bagi yang nak tahu, Cleverbot ni adalah sebuah aplikasi pintar yang membolehkan pengguna berbual atau berborak dengan komputer. Ya apa yang dibalas adalah dibalas oleh komputer.

Aplikasi ini telah dicipta oleh Rollo Carpenter dan telah memenangi Machine Intelligence Competition 2010. Sebenarnya jawapan-jawapan yang dibalas oleh Cleverbot ini adalah jawapan yang telah ditaip oleh orang lain. Macamana tu? Setiap kali anda berbual dengan Cleverbot, ianya akan menyimpan data-data perbualan anda di dalam pangkalan data. Jadi bila anda bertanyakan soalan, Cleverbot akan mencari data yang sepadan dengan soalan anda. Tu yang kadang-kadang melalut kelaut tu.

Kalau korang nak jadi gila atau tak betul sila lah ke http://www.cleverbot.com/.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...