Sekejap je dah nak masuk bulan April kan. Pejam celik pejam celik kentut sikit, masa pun berlalu dengan segannya. Kita sebagai manusia yang hina ni kena lah bersyukur kerana di panjangkan umur untuk menikmati rahmat yang tuhan beri.
Tinggalkan bulan Mac atau April, jom baca entri aku yang bertajuk Dulu vs Sekarang. Dulu, apa yang korang rasa korang masih ingat? waktu kecik-kecik ke? waktu zaman sekolah rendah ke? korang ingat lagi tak? Best tak waktu dulu-dulu?
Sekarang ni korang rasa macamana. Hidup korang berubah atau masih macam dulu-dulu?
Kalau sesiapa yang lahir tahun 80-an mesti banyak kenangan kan? dulu-dulu waktu kecik balik je sekolah rendah terus pergi sekolah agama tak pun pergi kelas mengaji. Then malam buat kerja sekolah dekat rumah.
Sekarang? ada lagi ke budak-budak yang lalui apa yang kita lalui? Aku tengok sekarang ni, budak-budak sekolah balik je sekolah rendah terus ke kelas tuisyen. Takpun ke kelas piano atau kelas muzik. Malam pulak duduk rumah on9 bai. Main Facebook, bukak Twitter, update blog dan lain-lain.
Kita dulu main apa eh? dulu mana ada Facebook, Twitter atau lain-lain. Aku sebenarnya rindu zaman dulu-dulu. Jom tengok video dekat bawah ni.
~Series inilah generasi aku. Rindu bai nak main tutup botol.~
hhaha. comel video ni
ReplyDelete@RazFiRahehe teringat zaman dulu2 :)
ReplyDelete