Agak-agak korang marah tak bila aku tulis Melayu suka hidu gam? marahkan? Sekarang ni dekat Facebook tengah panas dengan video Budak Melayu Hisap Gam Sambil Gaduh. Bagi sesiapa belum tengok sila tengok video di bawah dan sila jangan terkejut. Inilah perangai budak-budak Melayu kita sekarang. Video kredit kepada Ameno World.
Aku sebenarnya tak paham dengan perangai budak-budak Melayu zaman sekarang. Bangsa lain ramai-ramai berlumba nak masuk institut pengajian, berlumba nak skor 20A tapi yang ni memang jahanam. Aku rasa budak-budak ni baru tingkatan 1 atau 2 kot. Tengok gaya badan dan gaya percakapan masih ada ciri-ciri kanak-kanak mereka yang menunjukkan mereka masih belum matang.
Belum cukup matang untuk mengenal yang mana baik atau yang mana buruk. Bodoh! kalau darjah 1 aku boleh terima. Nak salahkah siapa? Mak bapak? rakan sebaya? masyarakat?
Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil. Mak bapak sekarang ni perlu lebih peka dengan aktiviti anak-anak. Biarlah kalau mereka duduk dirumah sahaja jangan dimarah kerana tak keluar, tak bersosial. Nanti kalau keluar karang terlebih pulak sosialnya, biar je mereka duduk dirumah supaya senang diawasi.
Kalau perangai budak-budak Melayu sekarang macam ni, aku rasa dalam masa 20 tahun lagi bangsa Melayu akan jadi pelarian di bumi sendiri. Ramai pemuda melayu ke pusat serenti, gadis-gadis melayu ke Rumah Perlindungan. Sedih aku tengok bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment