17 Mar 2012

Glitterati With Nuffnang


Der, aku punya membership status dekat Nuffnang dah jadi Ordinary(non-exclusive) bukannya lagi Glitterati. Ini berita sedih bukannya berita gembira.


Tapi tak pa aih, blogging bukan pendapatan utama aku. Aku blogging suka-suka, meluahkan perasaan, ketidakpuashatian dan lain-lain pendek kata aku ikhlas dalam berblogging.

Tapi sedih gak la sebab. Untuk itu aku akan motivasi diri supaya selalulah rajin update blog. Paling busuk pun dalam seminggu tu dua hingga tiga kali update. Tapikan aku pelik tau, macam Abang Ben Ashaari, Nisa Kay dan lain-lain macamana dorang dapat idea untuk update 4 hingga 5 entri dalam sehari. Hebat kan.

Senang je bang, aku pun boleh kalau nak buat macam tu. Tapi tulah, aku ni sibuk mengalahkan Perdana Menteri Russia. Lagipun kalau korang nak selalu rajin update blog korang , rajin-rajinkanlah membaca. Bacalah apa-apa saja artikel yang korang minat. Komen dan blogkan. Then dah dapat satu entri.

Lepas tu rajinkan diri untuk blogwalking, komen-komen dekat blog orang. Baca entri mereka, mungkin dari situ korang boleh dapat idea. Lainlah kalau macam aku ni, masa agak terhad.

Biasanya, pembaca ingin baca tentang isu semasa. Contoh kes rompakan bank ke, tapi tajuk mesti gempak baru la orang rasa teruja nak baca. Betul tak?

Jadi teruskan blogging jangan putus asa dan putus cinta. Eh?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...