Tengahari tadi aku sempat ke Digital Mall, Petaling Jaya dengan rakan sepejabat. Niat nak teman rakan sepejabat hantar laptop yang rosak dan cuci-cuci mata. Alih-alih, cuci entah kemana akhirnya aku merembat sebiji Pendrive 8GB jenama Philips yang berharga RM20.50. Uik 50sen pun dorang nak kira jugak ke?
Setakat ni harga Pendrive Philips ni la yang paling murah aku pernah jumpa. Kalau harga yang lain-lain dalam RM23 hingga RM24. Ala yang murah pun boleh jugak pakai boleh jugak simpan lagu, gambar, dokumen-dokumen. Kalau beli yang mahal-mahal esok kalau hilang tak ke garu kepala.
Tapi sebenarnya aku agak pelik sebab ni pertama kali aku jumpa Pendrive yang berjenama Philips. Kalau peti sejuk atau mesin basuh jenama Philips tu banyak la jumpa.
Penting sebenarnya jika anda memiliki sebiji Pendrive. Bagi aku saiz 8GB ni dah memadai. Muat la untuk simpan lagu, gambar atau dokumen-dokumen penting. Tapi ingat, sila jaga Pendrive anda seperti jaga sebuah komputer. Pastikan bebas dari sebarang virus. Kalau dah dijangkiti virus, pandai-pandailah.
wow leh tahan murah
ReplyDeleteBiasa 8GB RM45
ReplyDelete@RazFiRaHehe boleh tahan murah jgk la..huhu
ReplyDelete@X Lupa Dot Comtak sure la..smlm tgk harga standard dalam RM23-25 cmtu
ReplyDeleteaha agk murah lah..nk g bli jgk lah..hehe
ReplyDelete@are_lin@yuhehe boleh tahan murah jgk la
ReplyDeleterm20 for 8gb?..dah murah ne.
ReplyDelete@ecadwinkyashaYeah betul tuh murah habis dah ni
ReplyDeleteaku jual pendrive 8G, RM18 je..tp brand IMATION la..pendrive dia mmg ok..
ReplyDeleteaku jual 4G rm12, 8G rm20, 16G rm29..
ReplyDeletesalam mizie, blh bg nombor contact. saya nak call urgent utk tempahan pen drive... 0192103035 farhan..
ReplyDelete