Oyeah! akhirnya dapat jugak mood untuk update blog ni. Bukan senang beb. Tempoh hari dalam entri aku yang bertajuk Melaka dan Gambir Sarawak aku ada beri sedikit teaser tentang tajuk-tajuk entri yang akan aku tulis taip akan datang. Jadi ini adalah salah satu entrinya.
Bagi yang tak tahu atau tak pernah dengar pasal Gambir sini aku cerita. Gambir ialah sejenis getah kayu yang hanya boleh didapati di Bumi Kenyalang (Sarawak). That's why diberi nama Gambir Sarawak. Setakat ni aku belum pernah lagi jumpa Gambir Selangor, Gambir Kuala Kedah atau lain-lain lagi.
Dulunya Gambir Sarawak ini digunakan sebagai ubat penahan sakit seperti sakit gigi,bengkak gusi dan sebagainya. Ianya bertindak seperti ubat bius untuk memberi rasa kebas kepada pengguna. Juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat gigitan serangga dan kesakitan luaran yang kecil.
Tapi aku rasa Gambir Sarawak ni tak lah popular disebabkan kegunaannya untuk penahan sakit atau untuk mengurangkan kesakitan gigitan serangga tetapi lebih popular untuk kegunaan batin. Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk mengawal proses ejakulasi semasa hubungan kelamin
Haa. Aku bukan nak cerita lucah cuma nak berkongsi ilmu. Semoga kita dapat manfaat bersama. Esok kalau ada orang ajak berborak pasal Gambir Sarawak ni takdelah korang diam membisu. At least tau la Gambir Sarawak ni berasal dari Sarawak kan.
Nak dijadikan cerita. Ada sorang staff pejabat aku ni dia ke Sarawak dalam 2 ke 3 minggu lepas. Ada mesyuarat katanya. Seperti biasa dia ni memang suka belikan staff-staff pejabat yang lain hadiah cenderahati. Jadi untuk perempuan dia belikan kain kalau tak silap aku. Dan yang untuk lelaki boleh pulak dia belikan kami Gambir Sarawak.
Aku dalam hati dah mencarut-carut dah. Apa kejadahnya mamat ni, aku belum kahwin lagi kot. Tapi bila ingat balik Gambir ni boleh digunakan untuk sakit gigi so aku cuma simpan. Aduinya ter pun. Lain kali beli la benda lain. Nasib baik mak aku tak tanya.
No comments:
Post a Comment