23 Feb 2012

Apa Celop Bawa Maksud Lucah?


Apa celop tok? Apa Celop sebuah drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama bersiri Nilapura yang telah pun tamat. Drama 13 episod itu mula disiarkan bermula 20 Februari lepas dan hari siaran adalah hari Isnin.


Apa Celop memaparkan kisah-kisah kehidupan Mat-Mat Rempit dalam menempuhi kehidupan mereka yang dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. Antara barisan-barisan pelakon yang membintangi drama bersiri Apa Celop ini adalah Kamal Adli, Wan Sharmila, Amanda Misbun dan lain-lain. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh pengarah filem dan drama hebat Ahmad Idham.

Bagi sesiapa yang meminati filem Hantu Bonceng bolehlah tonton drama bersiri Apa Celop. Tapi sayang Zizan Razak tak berlakon. Pada pendapat aku filem Hantu Bonceng yang telah ditayangkan pada 31 Ogos 2011 tak berapa nak menarik. Boring dan bosan.

Sekarang ni Ahmad Idham tengah dihujani dengan pelbagai isu-isu berkenaan dengan drama bersiri Apa Celop. Ada sesetengah pihak mengatakan drama bersiri Apa Celop menghina Islam. Dari aspek apa? pelakonkah atau dari jalan ceritanya sendiri?

“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop. “Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujar Ahmad Idham kepada mStar Online.

Ada juga khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa maksud Apa Celop ini adalah "What The F**k". Mana satu ni? menghina Islam ataupun membawa maksud lucah? Apa-apa pun kita tak boleh terus menunding jari. Kita perlu faham dan tahu apa mesej yang ingin disampaikan oleh Ahmad Idham. Mungkin ada mesej-mesej baik yang ingin beliau sampaikan.

By the way, filem Adnan Sempit 2 dah keluar. Menurut kenyataan dari Nisa Kay, dia tonton filem Adnan Sempit 2 sampai menangis-nangis sebab kelakar sangat. Tak sabar nak tengok nanti!

2 comments:

  1. pndapat aku, ahmad idham gunakan tajuk tuk tarik penonton.. dia ni bukan direktor yg power pun.. biasa je pada aku.. naik sbb adnan sempit je..

    hope dia tukar tajuk

    ReplyDelete
  2. @Muhammad Saiazuan Norhalik Hehe..lain org lain pendapatnya..aku rasa dia pandai guna peluang yg ada utk buat duit :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...