14 Feb 2012

Fakta Ke Auta? #3



1)  Di Bangladesh, pelajar-pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas boleh dihukum penjara jika menipu pada peperiksaan akhir mereka.  Kalau di Malaysia pula, pelajar-pelajar sekolah yang menipu pada peperiksaan akhir mereka akan dipanggil ibu bapa mereka.

2)  Di Holland, anda boleh didenda jika tidak menggunakan bakul sewaktu membeli di kedai runcit.  Kalau hari sabtu di Malaysia adalah hari tanpa plastik.

3)  Di Singapura, ianya adalah salah di sisi undang-undang untuk menjual atau memiliki gula-gula getah.  Kalau jual gula pasir tidak mengapa.

4)  Di Georgia, Amerika Syarikat, keldai tidak boleh disimpan dalam tab mandi.  Kerana ianya menyalahi hak asasi kebinatangan.

5)  Undang-undang Alaska mengatakan bahawa anda tidak boleh melihat rusa Amerika Utara dari kapal terbang.  Kalau tengok atau skodeng orang mandi boleh.

6)  Di Corpus Christie, Texas, ianya haram untuk membela buaya di rumah anda.

7)  Sehingga tahun 1960-an lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan memasuki Disneyland.

8)  Deria rasa kanak-kanak adalah lebih baik daripada deria rasa orang dewasa.

9)  Wanita matang lebih cepat berbanding lelaki.  Ni aku rasa macam tipu.

10)  Bayi menangis tetapi mereka tidak menghasilkan air mata sehingga 1-3 bulan selepas kelahiran.

12 comments:

  1. tau tau nmbr 7 tu..sbb nnti tersilap lelaki ke pompuan.wkwkwkw XD

    ReplyDelete
  2. @ecadwinkyashahaha..moral of story jgn simpan rambut panjang hehe

    ReplyDelete
  3. eh betulla wanita lebih cepat matang. Nape x caye? hehehehe

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Sapa nak bawak masuk keldai dalam bilik ayaq?

    ReplyDelete
  5. 9 tu matang dari segi fizikal jer..especially kalau anak2 mat salleh bentuk badan dah macam mak2 org padahal baru 17thn

    ReplyDelete
  6. yup sokong zarul. yang lain2 tu baru tahu..haha

    ReplyDelete
  7. @Iza Teratak Usanghehe tak pasti la..tapi yg penting sy tak bwk masuk hehe

    ReplyDelete
  8. @ZarulHoho..betul tu abg Zarul..anak mat2 salleh je la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...